Monday, May 5, 2014

WANITA DAN BELIA DIKAGUMI PENYAIR ARAB SAUDI

Penyair terkenal Arab Saudi, Ni'mah Ismail Nawwab

Cara Malaysia melayan wanita dan golongan belia dengan memberi peluang dan hak kepada mereka untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan negara telah dikagumi seorang penyair terkenal Arab Saudi, Ni'mah Ismail Nawwab. 

Beliau telah menghadiri syarahan umum bertajuk 'Wanita dan Belia di Arab Saudi: Hakikat Semasa' di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS).

Malaysia boleh dijadikan model untuk Arab Saudi dari segi memastikan wanita dan belia memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat.


Ni'mah berkata: "Perkara paling menarik tentang Malaysia yang saya dapati ialah kepelbagaian agama yang ada di sini.

"Malaysia patut berbangga dengan kedudukannya sebagai negara Islam, wanita dan belianya boleh melibatkan diri untuk merancang dan menyertai usaha membangunkan negara. Ini sesuatu yang amat mengagumkan.

"Saya tahu wanita dan belia di Malaysia telah mencapai kemajuan besar dan mereka terus mencari lebih banyak peluang, saya rasa ini sesuatu yang amat baik bagi Malaysia," katanya.

No comments:

Post a Comment