Sunday, August 31, 2014

#MERDEKA DARI GOOGLE



Hari ini, 31 Ogos 2014 Malaysia meraikan hari kemerdekaannya dan Google Malaysia juga telah mengucapkan dengan "Selamat Hari Merdeka" di Google Doodle. Bunga Raya atau nama saintifiknya rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia.

Gambar di atas akan kelihatan untuk beberapa hari di Google Search.

Bagi meraikan hari merdeka kita, kumpulan artist dari Google Doodles telah merekabentuk susunan kelopak bunga raya yang membentuk perkataan Google. 

Sepanjang hari ini juga, jika dilayari Google Search, gambar berikut akan terpapas di skrin kita.

Sebenarnya, artist yang dimaksudkan adalah Red Hong Yi telah merekabentuk satu lagi susunan dengan kelopak berwarna merah muda yang menyebabkan pihak Google sukar untuk memilih! 


Kedua-duanya sangat menarik tetapi akhirnya yang di atas telah terpilih kerana bagi pendapat Google itulah Malaysia hari ini, penuh dengan warna pelbagai bangsa, budaya dan ugama.

Terima kasih Google dan semoga diteruskan menghargai Malaysia pada setiap 31 Ogos bagi memperingati perjuangan kemerdekaan dari jajahan British.


Friday, August 29, 2014

JIHAD SEKS WANITA MALAYSIA DI SYRIA MASIH KHABAR ANGIN

Gambar hiasan

Pada awalnya ini telah dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider;
Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider.
Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-malaysia-sertai-jihad-timur-tengah-sebagai-perempuan-penghibur-dedah#sthash.pZMjqC0f.dpuf
Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-malaysia-sertai-jihad-timur-tengah-sebagai-perempuan-penghibur-dedah#sthash.pZMjqC0f.dpuf
 Seperti biasa, TMI akan berteka-teki dengan tidak menyatakan sumber maklumat mereka;
Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.

Namun ini jawapan dari Kementerian Dalam Negeri;
Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-malaysia-sertai-jihad-timur-tengah-sebagai-perempuan-penghibur-dedah#sthash.pZMjqC0f.dpuf
Datuk Wan Junaidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat ini belum ada bukti yang menunjukkan wanita Malaysia menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). 
Beliau berkata setakat ini berita itu masih dianggap khabar angin dan sedang disiasat. 
Wan Junaidi berkata demikian dalam sidang akhbar ketika diminta mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider dua hari lepas yang mendakwa terdapat sekurang-kurang tiga wanita negara ini yang menyertai ISIS untuk menawarkan 'Jihad Al-Nikah' atau jihad seksual. 
Menurut portal berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai perisik, Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam. 
Berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL), Wan Junaidi berkata pihak berkuasa negara sedang mengesan di mana mereka terbabit sedang berada dan siapa mereka. 
Ditanya jumlah mereka yang dipercayai terlibat dengan ISIL itu, beliau berkata dalam lingkungan 20 orang. 
"Mereka bukan kumpulan yang besar, kecil sahaja tapi pada pendapat saya mereka terbabit adalah kumpulan yang sesat kerana mereka beranggapan kalau mati dalam peperangan ia bermakna mati syahid," katanya. 
Wan Junaidi menjelaskan umat Islam di negara yang mahu terlibat dalam perang jihad perlu mendapat persetujuan negara dan diisytiharkan oleh fatwa negara. 
"Tetapi dalam kes ISIS dan ISIL, tiada fatwa negara mengisytiharkannya. Perjuangan mereka tidak boleh diterima oleh negara kita dan banyak negara Islam lain juga tidak menyokong perjuangan mereka (itu)," katanya. 
Dalam pada itu, timbalan menteri itu berkata pihak berkuasa negara sedang memantau pergerakan keluar masuk rakyat negara ini ke luar negara bagi mengenal pasti kemungkinan ada antara mereka melibatkan diri dengan pergerakan kumpulan pengganas. 
"Kita tidak mahu Malaysia menjadi tempat untuk melatih pengganas atau tempat berteduh untuk orang yang mempunyai fahaman sebegini," tegas Wan Junaidi. --BERNAMA

Monday, August 25, 2014

CALLING ALL MOTHERS BACK TO WORK


Mothers in Malaysia who have stopped working to raise their families are being enticed to rejoin the labor market as the country tries to boost Southeast Asia’s lowest female workforce participation rate.

The government is collaborating with companies to increase child-care facilities, Rohani Abdul Karim, minister for women, family and community development, said in an interview. The ministry is working with companies including Citigroup Inc. (C) and General Electric Co. to raise the female participation rate to 55 percent by 2015 from 52.4 percent now. 

Prime Minister Najib Razak has offered tax incentives to companies that establish nurseries and allow flexible work arrangements to encourage more women to resume their careers. With about two-thirds of women citing family as the main reason for leaving the workforce, alleviating child-care strains will support Najib’s efforts to spur economic growth and become a high-income nation by 2020.  

According to data compiled by the World Bank, about 46.8 percent of Malaysia’s women of aged 15 to 64 were employed in 2012, the lowest rate in Southeast Asia. That compares with 78.6 percent in Vietnam, 70.8 percent in Thailand, 65.1 percent in Singapore and 53.4 percent in Indonesia, the data showed. 

Most women drop out of the workforce to look after their children due to a lack of child-care facilities. To lure them back into the job market, the government is also assisting women to become franchise holders of businesses worth RM50,000 ringgit or below.

The cost of women leaving work isn’t just economic. If they leave the workforce, they’ll be dependent on their husbands for the income. So in case there’s a breakdown of the marriage, it’ll be harder for them to return to the workforce. These are the social consequences.

In a Diversity in the Workplace survey last year of 122 publicly-traded Malaysian companies, only 6 percent had child-care centers, while less than a fifth provided mothers’ rooms. 

About a third of companies offered some sort of flexible work arrangements, according to the report commissioned by TalentCorp, a government agency tasked with attracting and fostering talent to meet the needs of businesses. 

Some companies have taken the lead in the country to retain female workers. The Malaysian unit of Citibank opened a child-care center for employees in 2010. The local units of Royal Dutch Shell Plc and General Electric (GE) offer benefits such as flexible working hours or extended maternity leave. 

Its about time that mothers are welcome back to the market because they have skills, knowledge and experience to contribute to the workplace and economy.


WANITA MCA WOMEN'S LEGAL AND ADVISORY CENTRE FOR ALL WOMEN

Wanita MCA Chairman Datuk Heng (5th from right) flanked by Wanita MCA central committee members, shaking hands with Supt Ong from Bukit Aman CID

In conjunction with Malaysia National Women’s Day today, Wanita MCA will establish a centre named Women’s Legal and Advisory Aid Centre at Wisma MCA which is expected to be finalized before 1 Oct 2014.
 
The main objective is to offer legal consultation services and advice to women especially women who are victims of sexual harassment, domestic violence and etc.

Adding that “the counseling service is open to all Malaysians irrespective race, background, religion which includes Syariah and civil law, problems with loan sharks, family law on family matters and marriage.

Emphasising that this latest programme by Wanita MCA to uplift the rights of women is open to all races in Malaysia but the service is limited to women only.

The main aim is to empower the rights and interests of women especially in defending their legal rights so that they are given help and protection in case they encounter problems or threats from any quarters.

Women’s Legal and Advisory Aid Centre will liaise with Bukit Aman’s Sexual Women and Child Investigation Division on cases received. It will also liaise with the Legal Aid Bureau from both the Prime Minister’s Department where such matters come under the purview of Dato’ Nancy Shukri, Minister in the Prime Minister’s Department as well as the Legal Aid Bureau from the Bar Council.

The Wanita MCA Women’s Legal and Advisory Aid Centre will be officially launched on 11 October 2014 during the Wanita MCA Annual General Assembly.

TIPS KESELAMATAN UNTUK WANITA



SEMASA BERJALAN

1. Berjalanlah di kawasan yang mempunyai cukup kadar cahaya dan elakkan jalan-jalan atau kaki lima yang gelap atau samar-samar.

2. Berjalan dalam langkah yang yakin. Jangan menggunakan telefon bimbit atau tercari-cari beg duit ketika itu kerana ia akan menghilangkan tumpuan anda pada apa yang berlaku di sekeliling.

3. Tangan anda mesti sentiasa bebas daripada memegang sesuatu yang akan menyukarkan anda daripada melawan apabila diserang.  Elakkan memakai beg tangan bertali panjang yang boleh terhayun ke sana ke mari.

4. Berjalanlah bertentangan daripada arah trafik supaya anda tidak diserang dari belakang.

SEMASA MEMANDU

1. Jangan letakkan beg tangan atau briefcase di tempat duduk penumpang tetapi sebaliknya letakkan di lantai kereta. Pastikan kesemua pintu kereta dikunci.

2. Sekiranya anda rasa sedang diekori pandulah terus ke balai polis berdekatan dan jika mempunyai telefon bimbit buatlah panggilan ke balai polis untuk memberikan keterangan. (Simpanlah nombor telefon Balai Polis yang berdekatan sama kamu)

SEMASA MENAIKI KENDERAAN AWAM

1. Sentiasa ingat nama pemandu dan nombor teksi yang anda naiki. Jika anda mempunyai telefon bimbit SMS kan nama dan nombor itu kepada salah seorang kawan anda.

2. Pastikan kenderaan awam itu tidak dikunci.

3. Jika di dalam bas seboleh-bolehnya duduklah berhampiran dengan pintu untuk turun.

SEMASA DALAM BANGUNAN ATAU TEMPAT LETAK KERETA

1. Letak kereta di tempat yang ada kemasukan cahaya serta sberhampiran pintu masuk dan keluar atau lif.

2. Jika anda ternampak sesiapa yang mencurigakan berulang alik berhampiran kereta anda, menimbulkan syak atau ada seseorang yang duduk bersendirian di dalam kereta berdekatan kereta anda, segera minta pengawal bertugas di situ menemankan anda ke kereta.

3. Sebelum pergi ke kereta pastikan kuncinya telah anda pegang di tangan. Ia boleh dijadikan senjata sekiranya anda tiba-tiba diserang.

4. Periksa kereta anda sesegera mungkin sebelum memasukinya bagi memastikan tidak ada sesiapa berada berhampiran. Sebaik berada di dalam kereta kunci terus pintu dan pandu keluar segera. Berlengah-lengah di tempat letak kereta akan menjadikan anda sasaran penyerang.

SEKIRANYA DISERANG

1. Menjeritlah sekuat-kuat hati. Jeritan seperti "Api... api..." akan menarik perhatian orang segera kepada anda.

2. Peralatan kecemasan peribadi yang anda ada juga berkesan untuk mengejutkan perhatian sekeliling serta orang yang cuba menyerang.

3. Sekiranya penyerang itu meminta barangan milik anda seperti telefon bimbit, wang, barang kemas; serahkan sahaja. Yang penting, jika anda boleh lari buang sahaja barang berharga itu ke satu arah dan larilah ke arah yang bertentangan dengannya.

4. Jika anda dicampak ke dalam kereta tendang cermin bahagian sisi belakang dan lambaikan tangan anda ke luar dari lubang itu.

SEKIRANYA ANDA TINGGAL DI KONDOMINIUM DAN MENGGUNAKAN TEMPAT LETAK KERETA

1. Buat laporan mengenai orang-orang yang disyaki dan sebagainya kepada pengawal yang bertugas. Kemudian buat ulangan pertanyaan untuk mengetahui apa tindakan yang telah diambil.

2. Awas dengan keadaan sekeliling serta tempat di mana anda selalu meletak kereta.

3. Elakkan situasi yang merbahaya.

4. Jangan sekali-kali membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki kondominium anda.

5. Minta bukti pengenalan diri untuk orang asing yang datang tiba-tiba dan mengakui dia pengawal kondominium, pekerja pencuci di situ dan sebagainya.

6. Akhir sekali anda perlu sentiasa tahu di mana tempat untuk melaporkan sebarang kejadian yang berlaku di sekitar premis anda

HARAP DAPAT MEMBANTU KEPADA SEMUA WANITA DI LUAR SANA

Friday, August 22, 2014

RAKYAT #MALAYSIA BERKABUNG #MH17 ... UPDATES

Kemaskini Hari Malaysia Berkabung...


1. Bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.

2. Rakyat Malaysia diminta bertafakur selama 1 minit bagi menghormati jenazah tragedi pesawat MAS #MH17.

3. Zahirkan doa anda mengikut agama masing-masing.


Laporan dari Netherland;


Berikut adalah senarai jenazah yang dibawa pulang ke Malaysia;



Juruterbang dan kru pesawat MH6129 yang bertanggungjawab membawa pulang 20 jenazah mangsa nahas #TragediMH17. Dari kiri, Pegawai Penerbangan, Yap Yoon Kong; Kapten Bakri Othman, Datuk Kapten Misman Leham, Kapten Zaim Khalid.


Rakyat Malaysia yang prihatin;

Sejak pukul 9 pagi tadi, pihak media telah berkumpul di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur bagi mengikuti upacara penghormatan terakhir bagi penumpang dan krew MH 17.




 Sekitar di KLIA;



Rakyat yang prihatin;

Guru-guru dan seluruh pelajar Sekolah Kebangsaan Subang turut mengadakan bacaan yassin.





Thursday, August 21, 2014

TAFAKUR 1 MINIT ESOK... APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Monday, August 18, 2014

HARI PERKABUNGAN NEGARA PADA 22 OGOS, APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?

Pada 22 Ogos ini, serentak tibanya jenazah mangsa tragedi MH17 ke tanah air, Jabatan Perdana Menteri, JPM telah menetapkan garis panduan pada hari perkabungan negara. 

Sebagai rakyat Malaysia, apa yang perlu kita sama-sama lakukan sebagai menghormati ketibaan jenazah-jenazah mangsa MH17 nanti...




Berikuta adalah garis panduannya;

  • Semua pihak perlu mengibarkan jalur gemilang separuh tiang di seluruh negara. 
  • Semua acara berunsur hiburan juga perlu ditangguhkan pada hari berkenaan. 
  • Tata cara pakaian berwarna suram terutama bagi petugas yang terlibat dengan istiadat perkabungan. Pakaian bagi petugas lelaki beragama Islam digalakkan memakai songkok tanpa lilitan warna putih. Manakala wanita perlu memakai selendang hitam. 
  • Rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen ditangguhkan. Ia diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan. 

Panduan ini perlu dipatuhi semua pihak termasuk sektor swasta dan orang awam. Hari perkabungan negara bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia ke atas mangsa tragedi. 

'NIKAH SIRI' DI BATAM HADAPI BANYAK RISIKO



Semakin ramai lelaki Malaysia yang kemaruk untuk mendapat bini rahsia sanggup ke Pulau Batam, Indonesia bagi melakukan urusan pernikahan yang mengenakan mahar semurah Rp1,000 (27 sen) hingga Rp10,000 atau RM2.70 saja mata wang Malaysia.

Lebih menarik apabila status pernikahan dilakukan jurunikah tanpa tauliah daripada pemerintah Indonesia itu adalah sah walaupun tidak mengikut prosedur dan upacara ini dikenali oleh rakyat tempatan sebagai 'nikah siri'.

Pernikahan dengan gadis dari negara jiran yang tidak diketahui latar belakang keluarga dan keturunan oleh lelaki Malaysia kebanyakannya hanyalah indah khabar dari rupa.
 
Lelaki yang memilih untuk bernikah di negara jiran terutama menggunakan khidmat sindiket perlu bersedia berdepan pelbagai risiko termasuk wanita pilihannya itu mungkin berstatus isteri kepada lebih daripada seorang lelaki. 

Pengerusi Pertubuhan SukaGuam Malaysia (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya yang mengendalikan kes berkaitan dengan undang-undang syariah menerima banyak aduan berkaitan masalah dihadapi lelaki yang bernikah di negara jiran. 

Ada satu kes, lelaki berumur 38 tahun terkejut apabila mendapati isteri yang baru dua hari dinikahinya berada bersama lelaki lain di dalam sebuah bilik ketika dia cuba membuat kunjungan mengejut. Apabila disiasat, lelaki itu rupa-rupanya suami wanita berusia 21 tahun yang dikahwininya itu.

Malah, wanita itu mempunyai enam lagi suami dan mengakui dia berkahwin semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah daripada semua 'suami-suaminya' itu.

Ada kes yang diterima SukaGuam, kegembiraan suami hanya bertahan selama empat atau lima bulan sebelum tembelang isteri mulai terbongkar sedikit demi sedikit menyebabkan suami terpaksa berdepan tekanan emosi sehingga mengganggu kehidupan sehariannya.

Tidak salah jika mahu memperisterikan gadis asing, tetapi seelok-eloknya kenalilah bakal isteri sedalam-dalamnya terutamanya latar belakang keluarga dan menuruti perkahwinan yang mematuhi rukun serta mengikut saluran undang-undang di negara ini.

Friday, August 15, 2014

TAN HONG MING & UMMI KHAZRIENA ... IKLAN MERDEKA PETRONAS 2009

Masihkah kita ingat Iklan Merdeka 2009 ini?




5 tahun lalu, pelakon kecil Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena telah melakonkan iklan khas untuk Hari Merdeka.

Mesej yang ingin disampaikan sangat mudah... anak-anak kita suci daripada sebarang kekeliruan diskriminasi bangsa. Mereka memilih rakan yang disayangi bukan berdasarkan warna kulit atau pengaruh fahaman politik. Selagi rakan mereka menarik perhatian mereka, itulah yang menjadi pilihan untuk dijadikan rakan.

Kini, Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena sedang melalui alam remaja di Sekolah Menengah.


Apakah Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena masih mampu mengekalkan keharmonian sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama? 

Dengan senario pergolakan politik yang mempertikaikan keistimewaan sesuatu bangsa tidak akan menggugat persahabatan mereka yang telah ditunjukkan 5 tahun yang lalu?

Semoga dengan tema Hari Merdeka tahun ini, iaitu "Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta" ... diharap persahabatan mereka akan tetap segar kerana... di Malaysia, lahirnya cinta mereka!

PENIAGA INTERNET DAPAT BANTUAN DARI PUIM


Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) akan membantu usahawan atau peniaga dalam talian seluruh negara untuk membangunkan perniagaan masing-masing melalui pelbagai bantuan berbentuk khidmat nasihat dan geran. Ini perlu dimanfaatkan sewajarnya oleh usahawan seluruh negara.

Seramai 18,866 peniaga dalam talian yang berdaftar dengan PUIM setakat ini berpeluang menikmati bantuan geran sehingga RM100,000.

Beliau berkata PUIM akan bertindak sebagai perantara bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi usahawan dalam talian dan akan cuba membantu menyelesaikannya dalam usaha memasarkan perniagaan mereka.

Geran tersebut adalah hasil kerjasama PUIM dengan beberapa pihak termasuk Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), SME Corporation dan SME Bank.

Usahawan juga berpeluang mendapat geran dan pinjaman terus daripada MARA dan SME Bank bagi menjalankan perniagaan atas talian.

PUIM juga menyediakan Geran ECOMM, E-Payment Gateway serta kedai Online yang bakal dibuka bagi usahawan yang berkelayakan.

Dengan adanya persatuan ini semua usahawan bukan hanya dapat berkongsi pengalaman dalam pertemuan berkala tetapi juga akan mendapat khidmat nasihat fasilitator berkelayakan dari PUIM selain berpeluang mendapat geran untuk mengembangkan perniagaan.
 
Maklumat lanjut boleh di dapati seperti berikut;
 
Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
11-1, Jln Utama Suria Tropika 1
43300 Seri Kembangan
Selangor Malaysia

Emel: salam@puim.my Tel: +6019-300 0805 Faks: +603-8958 0277
 

Thursday, August 14, 2014

#MH370 : 4 AKAUN BERJUMLAN RM100,000 LESAP



Empat akaun bank milik mangsa pesawat penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu dikesan ‘dirompak’ apabila wang simpanan mangsa berjumlah lebih RM100,000 lesap daripada akaun berkenaan.

Difahamkan kehilangan itu disedari pada 18 Julai lalu oleh seorang pengurus bank selepas mendapati berlaku pengeluaran dan pemindahan wang daripada keempat-empat akaun oleh individu tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata siasatan mendapati sejumlah wang daripada akaun tiga mangsa terbabit dipindahkan ke akaun mangsa keempat melalui perbankan online.

SUMBER : HARIAN METRO

3 DARI 7 ALAMAT PESERTA PESTA BOGEL DI TANGAN POLIS

 
Polis memperoleh alamat lengkap dan terkini tiga daripada tujuh peserta tempatan yang disyaki terlibat dalam pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang kira-kira dua bulan lepas. 
  Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fai Hin berkata polis kini mencari alamat terkini empat lagi individu berkenaan bagi membantu kes itu dan percaya dapat berbuat demikian dalam tempoh terdekat.

"Jika mereka (tujuh peserta tempatan) itu tetap masih enggan menyerah diri untuk bantu siasatan kes berkenaan, polis akan dedahkan alamat terbaharu mereka menerusi media," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Polis Pulau Pinang bersama komuniti di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini. Turut hadir Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Pesta sukan bogel itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang' tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi.

Polis telah mengenal pasti kesemua 15 peserta yang disyaki terlibat dalam pesta berkenaan iaitu tujuh warga tempatan, empat dari Singapura, dua (Myanmar) dan masing-masing seorang dari India dan Filipina. 

Lai berkata berdasarkan maklumat awal, kebanyakan peserta pesta itu dari Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. 

"Paling ramai adalah dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, polis percaya mereka bersembunyi dari satu kawasan ke kawasan lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.


Beliau berkata polis juga percaya tujuh perserta tempatan itu tidak berani untuk tampil membantu polis menyelesaikan kes berkenaan kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang.- BERNAMA

#MH17 : 10 DARI 16 MANGSA ADALAH BUKAN ISLAM DIKENALPASTI


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup bertanggungjawab mengendali urusan kepulangan 22 mayat bukan Islam tragedi MH17.

Berita terkini, seramai 4 wakil yang bukan berugama Islam telah berlepas ke Amsterdam, Netherlanda bagi urusan mayat-mayat mangsa tersebut. Wakil Agama ini akan mengadakan upacara sembahyang dan doa mengikut ugama dan kepercayaan masing-masing.

Di antara wakil-wakil ugama tersebut adalah Ven Sing Kan untuk mangsa berugama Buddha, Datuk Mohan Shanuntuk mangsa berugama Hindu , Sardar Haracharan Singhuntuk mangsa berugama Sikh dan Daozhang Tan Bon Sinuntuk mangsa berugama Tao.

Manakala mangsa beragama Kristian akan diuruskan oleh Rev Klaas van der Kamp dari Council of Churches, Netherlands.  

Keempat-empat wakil ugama itu akan bersama-sama dua orang pegawai dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional juga untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Pihak kerajaan juga menghormati keputusan keluarga samada mayat-mayat mangsa dibakar di Netherlands atau membawa pulang cebisan mayat ke Malaysia dengan perbelanjaan kos ditanggung oleh pihak MAS.

Tarikh menghantar pulang 16 mayat-mayat yang telah dikenalpasti ke Malaysia akan diumumkan pada hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri.

Seramai 43 rakyat Malaysia termasuk anak kapal  telah terbunuh di dalam kejadian kapalterbang MAS ditembak terhempas pada Julai 17 di Timur Ukrain.


Wednesday, August 13, 2014

GAMBAR SIMPTOM EBOLA TERSEBAR DI WHATSAPP ADALAH PALSU

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengingatkan orang awam agar tidak percaya dengan penyebaran gambar seorang kanak-kanak perempuan yang dikaitkan dengan penyakit Ebola selepas mengunjungi sebuah pusat membeli belah di ibu kota.

“ Apa yang dilaporkan di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali. Tujuan orang yang menyebarkan gambar berkenaan kepada orang awam adalah sangat tidak masuk akal. Saya percaya ia menakutkan orang luar untuk keluar ke tempat awam.

“Ingin saya tegaskan di sini, usah kelirukan orang awam, jangan main-main dengan isu sebegini dan sebarkan maklumat yang tidak benar. Ada implikasi dari perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab ini. Ramai orang yang takut dan panik.

“Jangan buat macam tu. Saya sebagai doktor, apabila saya lihat gambar berkenaan, saya tahu itu bukan simptom Ebola seperti yang digembar-gemburkan. Ia hanya kesan kembung seperti dicurah air panas dan bukanlah penyakit Ebola.

Gambar-gambar berikut adalah simptom palsu... Ia telah tersebar di WhatsApp kononnya virus Ebola telah mula merebak ke Malaysia apabila seorang kanak-kanak perempuan telah dijangkiti wabak tersebut hingga mengalamai bengkak teruk pada kedua-dua kakinya seperti gambar tersebut;


 

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia masih belum menerima sebarang laporan mengenai kes Ebola setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menafikan berita yang disebarkan di media sosial. Menurut beliau laporan tersebut adalah tidak benar dan hanya khabar-khabar angin. Sehingga kini tiada sebarang kes kuarantin bagi penyakit itu dilakukan. Beliau juga menyelar tindakan menyebarkan khabar angin tersebut dan menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab. Alhamdulillah...


Tuesday, August 12, 2014

PELANCONG PERLU DIBERITAHU NILAI-NILAI MORAL DI NEGARA KITA

Langkah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan bekerjasama dengan agensi pelancongan dalam usaha memberi penerangan lanjut berkaitan moral dan etika bagi memastikan kejadian pesta bogel tidak berulang sangat dialu-alukan.

Langkah ini perlu dilaksanakan bagi memastikan pelancong lebih memahami budaya dan etika masyarakat di negara ini.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan terus bekerjasama dengan agensi pelancongan untuk memberi penerangan lanjut berkaitan etika dan moral bagi memastikan pesta bogel tidak berulang.

Dunia tahu Malaysia adalah sebuah negara yang memegang nilai-nilai moral yang tinggi namun penerangan lanjut perlu agar pesta bogel yang dilaporkan di Teluk Kampi, Taman Negara tidak berlaku lagi.

Agensi pelancongan perlu memaklumkan supaya pelancong tahu apa yang tidak boleh dilakukan di negara ini.

Negara kita mempunyai undang-undang ketat dalam soal moral dan kelakuan yang baik dan perbuatan membogel bukan perkara yang dibenarkan undang-undang kita. Semua pihak seharusnya bekerjasama serta berusaha memastikan aktiviti negatif seperti itu tidak berulang.

Kepada rakyat pula, mereka perlu melaporkan jika nampak insiden ini berlaku lagi.

Insiden yang dilapor berlaku bulan Mei lepas itu menjadi topik panas dalam kalangan masyarakat apabila video bertajuk 'Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang' tersebar secara meluas di laman sosial sejak minggu lepas.

Video berdurasi lima minit 52 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dewasa dalam keadaan bogel melakukan pelbagai aktiviti di sebuah pondok dan di tepi pantai berkenaan.

#MH17 : RAKYAT MALAYSIA BERTAFAKUR SELAMA SEMINIT DICADANGKAN



Seluruh negara dicadangkan bertafakur selama seminit apabila jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 tiba di tanah air.
  
Ia adalah antara cara bagi segenap lapisan masyarakat untuk menzahirkan dan berkongsi rasa kesedihan mereka dengan keluarga mangsa tragedi itu.
    
Sekiranya idea ini mendapat sambutan baik, seluruh rakyat Malaysia tidak kira warna kulit, agama, kaya atau miskin dapat memberi penghormatan kepada jenazah yang akan tiba di bumi kita.

Sementara itu, beberapa mayat daripada 12 mangsa berbangsa Cina yang terbabit dalam insiden penerbangan MH17 akan dibakar di Belanda sebelum dibawa balik ke Malaysia.

Hampir 12 keluarga mangsa telah bersetuju dengan cadangan ini namun belum dapat menentukan jumlah sebenar.

Setakat ini, dua rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti hasil bedah siasat di Belanda, yang dijangka siap pada minggu depan dan bila boleh dihantar pulang ke Malaysia, belum diketahui tetapi pihak kerajaan Malaysia akan menyelaras dengan pihak berkuasa Belanda untuk memastikan mereka boleh pulang secepat mungkin.

Kerajaan Malaysia tidak mahu menggesa Netherlands dalam perkara itu bagi menghormati pihak yang melakukan proses pengecaman mangsa nahas itu.

Talian dan hubungan maklumat yang diterima (mengenai MH17) mesti disalurkan melalui sekretariat di bawah Kementerian Pengangkutan.

Laporan media memetik kerajaan Netherlands sebagai berkata bahawa selain dua rakyat Malaysia, 21 mayat lain yang dikenal pasti ialah 16 warga Netherlands, seorang masing-masing dari Britain, Jerman dan Kanada.

Pihak media negara ini diminta supaya berhati-hati mengeluarkan berita mengenai MH17 demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Misi mencari mayat di kawasan nahas MH17 di Donetsk ditangguhkan berikutan pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah.

Dua rakyat Malaysia antara 21 mangsa nahas pesawat MH17 yang dikenal pasti oleh pasukan forensik.
Laporan media memetik kerajaan Belanda sebagai berkata, selain dua rakyat Malaysia, 21 mangsa lain yang dikenal pasti adalah 16 warga Belanda, seorang masing-masing dari Britain, Jerman dan Kanada.
Misi mencari cebisan mayat di tapak nahas di timur Ukraine ditangguhkan berikutan pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/MAS-MH17/MH17_2_Mangsa_Rakyat_Malaysia_Dikenal_Pasti.html#sthash.T7G8FRwd.dpuf

Monday, August 11, 2014

PERNIAGAAN WANITA YAKULT DENGAN TIADA PELABURAN PERMULAAN


Wanita Yakult adalah antara penggerak kejayaan Yakult Honsha Co. Ltd., syarikat pengeluar produk minuman berasaskan probiotik terkemuka dunia, Yakult, sejak ia diperkenalkan di pasaran Jepun pada tahun 1935.

Ia diasaskan oleh Dr. Minoru Shirota, seorang doktor perubatan yang menemui sejenis bakteria asid laktik iaitu lactobacillus casei yang dapat memberi kebaikan kepada kesihatan manusia. Beliau juga adalah pengasas syarikat Yakult Honshu.

Mengikut sejarah syarikat, program Wanita Yakult telah diperkenalkan pada 1963 dengan memberi peluang kepada suri rumah di Jepun mendapatkan pendapatan tambahan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.


Idea ini timbul ekoran masyarakat Jepun pada masa itu hidup dalam kemiskinan dan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh para suami, isteri-isteri mereka diberi peluang mendapatkan pendapatan tambahan dengan menjadi jurujual.

Kini, program itu telah telah merebak di luar Jepun seperti di Korea Selatan, Thailand, Filipina, Brazil, Mexico, Argentina dan Malaysia. 

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Jualan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Hiroshi Hamada berkata, syarikat tersebut telah beroperasi di negara ini hampir lapan tahun dan memulakan khidmat penghantaran ke rumah sejak tahun 2007 dengan melantik seramai enam orang sebagai percubaan.

Sehingga kini lebih 200 orang telah dilantik sebagai Wanita Yakult dan dijangka mencecah 300 orang menjelang akhir tahun.

Di Malaysia, Wanita Yakult boleh ditemui di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Syarikat tersebut merancang untuk melaksanakan program Wanita Yakult ke seluruh negara khususnya di bandar-bandar kecil dan luar bandar pada masa akan datang.


Menurut Hiroshi, ternyata program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan. Walaupun terdapat kecurigaan pada permulaannya, namun ia semakin dapat diatasi atas usaha gigih golongan wanita yang terbabit. 

Pada permulaannya, orang ramai agak meragui perkhidmatan ini kerana ada banyak agen jualan yang mencurigakan selalu melawat rumah-rumah untuk menjual barangan atau memperdayakan mangsa-mangsa yang tidak peka. 

Bagaimanapun, selepas mengenali Wanita dan produk-produk Yakult, tanggapan orang ramai berubah menjadi positif.

Walaupun Yakult dijual di kedai-kedai, sambutannya baik kerana ia memberikan satu kemudahan kepada pengguna. Mereka boleh mendapatkan produk segar terus daripada pengilang dan ia dihantar terus ke rumah tanpa sebarang caj tambahan.

Bagaimana Yakult menarik minat wanita di negara ini untuk menjadi jurujual? Malaysia mempunyai budaya dan kehidupan yang berbeza dengan Jepun. Oleh itu, cara untuk mempromosikan Wanita Yakult ini turut berbeza. 

Mencari Wanita Yakult menerusi koordinator jualan dan laman web www.yakult.com.my. Jualan dari rumah ke rumah terutamanya susu agak tidak popular di kalangan masyarakat negara ini. Maka pelbagai strategik telah dijalankan. Nampaknya, sambutan agak memberangsangkan.

Jabatan Perhubungan Awam dan Sains syarikat juga turut memberi sokongan kepada perniagaan Wanita Yakult sebagai sebahagian daripada aktiviti perhubungan awamnya.

Contohnya, pegawai perhubungan awam memberikan ceramah kesihatan dan mengadakan tayangan video berbentuk pendidikan di sekolah-sekolah dan untuk komuniti di kawasan-kawasan kejiranan Wanita Yakult.

Paling penting dalam sistem ini, kata Hiroshi, tiada sebarang pelaburan permulaan yang diperlukan. Jadi sesiapa pun boleh memulakan menjadi Wanita Yakult pada bila-bila masa.

Pendapatan yang diperoleh Wanita Yakult dibayar secara bulanan dan dikira berdasarkan purata bilangan botol dijual setiap hari dalam bulan tersebut. Untuk mereka yang menjual secara purata 200 botol sehari, mereka boleh memperoleh hampir RM2,000 setiap bulan.

Setiap dua tahun, beberapa orang yang menunjukkan prestasi terbaik akan dipilih untuk menghadiri Konvesyen Wanita Yakult di Jepun yang ditaja sepenuhnya. Di sini, usaha keras mereka akan diberi penghargaan. Lawatan ini juga termasuk lawatan pelancongan untuk menikmati dan mengenali budaya Jepun secara lebih dekat.