Friday, August 8, 2014

SAYEEDA WARSI MENTERI KANAN LETAK JAWATAN KERANA BRITAIN ENGGAN MENGUTUK ISRAEL

Baron Sayeeda Warsi

Sayeeda Warsi adalah muslim pertama yang berkhidmat dalam kabinet British telah menyatakan tidak mampu lagi menyokong polisi kerajaan di dalam konflik Israel-Hamas. Tindakan meletak jawatannya telah memberi kejutan kepada kerajaan Britain di laman sosialnya Twitter, menerangkan beliau tidak bersetuju secara moral konflik di Gaza.

Warsi adalah seorang peguam yang berasal dari Pakistan merupakan seorang Islam yang paling kanan berkhidmat di dalam pentadbiran David Cameron dan beliau juga adalah yang pertama memegang jawatan di dalam kabinet. 

Sebagai menteri kanan di dalam hal ehwal antarabangsa dan Komanwel di mana sebelum ini beliau adalah menteri Ugama dan Komuniti dan juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Parti Konservatif.

Di dalam suratnya, Warsi berpendapat pendekatan polisi pentadbiran Gaza bukanlah demi kepentingan negara. Beliau memberi amaran ini bakal memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan reputasi Britain samada di dalam negara ataupun di peringkat antarabangsa di mana kerajaan Britain telah gagal berperanan sebagai 'borker' yang jujur.

Kekecawaan Mursi terhadap kerajaan Britain kerana enggan mengutuk kekejaman Israel yang berterusan membunuh orang awam dan sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai Mahkamah Jenayah Antarabangsa, beliau khuatir jika Cameron tidak akan menyokong untuk membawa hukuman jenayah ke atas mereka yang bertanggungjawab dan seterusnya pemimpin Palestin tidak akan mendapat keadilan di ICC nanti.



No comments:

Post a Comment