Saturday, August 9, 2014

LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN KE 57 DAN PERUBAHAN ACARA SAMBUTAN


 
Lagu : "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"
Ciptaan: Sharon Paul
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya
Nyanyian: Bob Syamsul Yusof

Tema ini dipilih bagi menyemai serta menyemarakkan rasa cinta kepada negara dalam diri setiap rakyat Malaysia dan akan memberikan kesan mendalam dan perlu dilahirkan dalam hati semua rakyat.

Walaubagaimanapun, acara sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 akan diselaras mengikut kesesuaian berdasarkan panduan yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menghormati tragedi pesawat MH370 dan MH17.

Acara itu akan diadakan dalam suasana berkabung dengan mengambil kira perasaan keluarga mangsa.

Semua cadangan mengenai acara sambutan itu masih pada peringkat perbincangan dan akan dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.
 
Umpamanya, Konsert Sudirman Chow Kit Road 2.0 dijadualkan berlangsung selama tiga hari, lagu yang didendang dalam konsert berkenaan mestilah berunsur ketuhanan dan menonjolkan sikap patriotik cintakan negara.

Bagi stesen radio kerajaan dan swasta pula, kementerian akan mengeluarkan senarai lagu yang boleh dimainkan ketika sambutan kemerdekaan nanti.

Kementerian juga membatalkan konsert Harmoni Uniti yang menggabungkan penyanyi dari Malaysia dan Indonesia. 

tema itu akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat

kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-di-sini-lahirnya-sebuah-cinta-tema-hari-kemerdekaan#sthash.ecca91sv.dpuf
tema itu akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat

kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-di-sini-lahirnya-sebuah-cinta-tema-hari-kemerdekaan#sthash.ecca91sv.dpuf

tema itu akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat

kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-di-sini-lahirnya-sebuah-cinta-tema-hari-kemerdekaan#sthash.ecca91sv.dpu

No comments:

Post a Comment