Friday, May 30, 2014

PENGHORMATAN TERAKHIR SULTAN AZLAN SHAH (pic dan video)

 
Istiadat Junjung Ziarah Penghormatan Terakhir Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Shah telah bermula seawal 9 pagi di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah kira-kira jam 8.50 pagi.

Beliau diiringi Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan turut bertemu kerabat diraja Perak untuk merafak sembah ucapan takziah atas kemangkatan baginda. 






Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, tiba di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada 9 pagi dan akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula kelmarin sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. 

Kumpulan kedua yang akan memberi penghormatan terakhir pada pukul 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari adalah orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing. Ia disusuli Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan pada 1.30 petang hingga 2.15 petang.

Istiadat pelantikan dan pengisytiharan raja baharu, Sultan Nazrin Shah disempurnakan pada 2.30 petang di balai sama sebelum diteruskan dengan istiadat pemakaman di Makam Diraja yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah pada 3 petang.










Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar.






Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir. 

Al Fatihah...

Thursday, May 29, 2014

WANITA MALAYSIA BEKERJAYA TARGET UTAMA DITIPU

 
 
Hubungan keluarga yang renggang, mementingkan kerjaya serta mahu diberi perhatian menjadi antara faktor utama wanita di negara ini mudah terjebak dalam penipuan internet.
  
Perhatian serius perlu diberikan terhadap bahaya kes penipuan dalam internet terhadap wanita dan masyarakat tidak boleh memandang remeh perkara itu.

Gadis zaman sekarang tidak rapat dengan keluarga atau golongan yang lebih tua untuk membincangkan masalah dan pentingkan kerjaya jadi mereka lebih suka mencari jalan penyelesaian sendiri dan ini adalah punca berlakunya jenayah ini.
  
Menurut laporan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, seramai 1,436 wanita tempatan terjerat dengan pujukan warga Afrika yang mengakibatkan kerugian RM87.6 juta dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Wanita tempatan menjadi mangsa kes penipuan melalui laman sosial kemudian memujuk mangsa supaya mengirimkan wang.
  
Penipuan internet bukan hanya melibatkan wang namun melibatkan hati dan perasaan kerana golongan wanita berusia 40-an, yang belum berumahtangga serta janda merupakan mangsa yang paling ramai.
  
Kebanyakannya mempunyai kewangan yang stabil namun kurang menerima perhatian, jika mereka mendapat rakan siber khususnya lelaki yang mengambil berat serta memberi perhatian maka mereka dengan mudahnya akan percaya setiap kata-kata lelaki tersebut.
  
Berikut adalah kisah benar;
Seorang broker insurans yang ingin dikenali sebagai Lim , 47, pernah menerima kejutan yang teruk apabila ditipu lebih RM1 juta oleh seorang lelaki Kanada melalui laman sesawang www.match.com pada September tahun lepas.
 
Lelaki yang dikenali sebagai Kevin Axcel Brown atau Joe berusia 48 tahun mendakwa bekerja sebagai jurutera kimia di Petronas cawangan Terengganu.
  
"Saya telah menyerahkan sebanyak RM1,021,000 kepada Joe tanpa bertemu muka dengannya. Dia mengalami masalah kewangan dan meminta tolong. Dia menceritakan banyak masalah peribadi dan saya berasa simpati," katanya.      
    
Wanita yang selalunya terjebak dengan masalah ini adalah mereka yang tidak banyak bergaul, selalu membuat keputusan sendiri dan tidak mendapatkan nasihat orang lain dalam membuat keputusan.
  
Mereka ini mudah menerima apa sahaja yang disampaikan oleh orang yang tidak mereka kenali tanpa usul periksa malah tidak memikirkan implikasi serta tidak berfikir panjang, lebih mudah dipengaruhi dengan pujukan emosi.
  
Ada di kalangan mereka yang terjebak ini mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi tidak memiliki kehidupan yang baik serta kurangnya kemahiran kehidupan.


Wednesday, May 28, 2014

MALAYSIA FIRST LADY OF OLYMPICS


Annie Choong was the first and only female athlete when then Malaya made its Olympic debut in the Melbourne Games in 1956, taking part in the 100 yards, 200 yards sprint and long jump.

Choong is still around. Now in her 70s, the lady, still slim, sprightly, active and looking much younger than her age, talks fondly of those days.

There were seven of them in the athletics team then, and didn’t have the kind of dedicated training and coaching that athletes these days get. She said she would get up in the morning, go to work and then cycle from Kampung Baru to Cheras where the training was done. And exhausted after the training, she would cycle back home, only to get up and go to work again the following day. 

Choong with Owens when he came to Malaysia.
 
Choong had two coaches, Lim Thye Hee for the sprints and Lee Fun for the long jump. Both had been to the Olympics.

Back then, when world-class facilities and infrastructure for sports in Malaysia were non-existent, the key to her success was obeying her coach.

“We took our training very seriously. The younger generation of athletes now have good coaches but I hope they obey them,” she said.




Another lady sports pioneer, Datuk M. Rajamani, who participated in the Olympic Games in Tokyo in 1964 in track and field was also honoured at the event.

She is a Ceylonese and many people in her community were not too happy when she was running around in shorts. They would pass nasty remarks to her father. With full confidence, her late father knew what she was doing and had a lot of trust in Rajamani.

In 1968, just 24 years old and at the peak of her career, fate struck a cruel blow to end her athletic exploits prematurely. While training with two of her friends, with the Olympic Games in mind, they were struck by lightning. It killed her friend P.N. Govindan and left Rajamani in coma for 18 hours. She survived but her nervous system was in tatters and she suffered a temporary loss of memory.

Asian Track Queen
 
While she appreciated the benefits that the Government had allocated for senior citizens, she said it should do more for retired athletes.

If there is no incentive for retired athletes, it is not going to motivate the young ones.

Both Rajamani and Choong, together with five other recipients of the senior citizen awards, were also given unspecified cash awards.

KHIDMAT TALIAN NUR YANG KITA TIDAK KETAHUI

Masih ingat nombor ini... 15999? Masih ingat Talian Nur? Apa perlu dan pentingnya?

Hotline ini diwujudkan pada tahun 2007, khas untuk panggilan melaporkan keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak dan bencana alam. 29 agensi kerajaan akan berkhidmat untuk 3 shift panggilan 24 jam setiap hari dari pusat panggilan berpusat di Kuala Lumpur.

Di antara perkhidmatan yang boleh kita sertai dan perlu kita ketahui adalah;


Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)
 
Diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1994 di mana Sukarelawan dari Pertubuhan Sukarela Kebajikan memberi perkhidmatan kepada warga emas yang daif dan tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan sokongan/bantuan. Pekerja sukarela yang dilatih akan membuat lawatan ke rumah warga emas untuk membantu menjalankan urusan harian seperti penjagaan diri, kebersihan tempat tinggal, rakan berbual, urusan luar seperti membayar bil dan penjagaan kesihatan. Berminat? 


 
CHILDLINE

Kanak-kanak juga mengalami stress. Perkara-perkara seperti sekolah dan kehidupan sosial mereka juga kadangkala boleh menimbulkan tekanan yang hebat kepada mereka. Sebagai ibubapa, kita tidak akan mampu melindungi anak-anak dari mengalami tekanan tetapi kita mampu membantu mereka ke arah cara yang lebih sihat mengatasi tekanan dan menyelesai masalah harian mereka. Sebelum mereka mula bercakap masalah yang dihadapi mereka, pasti kefahaman dari ibubapa amat penting. Ia bukan selalunya mudah bagi ibubapa mengetahui apakah cara terbaik bagi anak-anak mengatasi perasaan tertekan mereka.
 
Kerajaan menyediakan khidmat online yang membantu untuk anak-anak mengatasi masalah mereka. 'CHILDLINE' adalah inisiatif Jabatan menyediakan akses dan khidmat pre-kaunseling kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun akibat dari tekanan emosi, fizikal dan mental.

Kanak-kanak ini boleh berkongsi apa sajah masalah dengan kaunselar Talian Nur



NUR ALERT


Sistem NUR Alert (National Urgent Response Alert) yang diwujudkan kerajaan bagi membantu mengesan kehilangan kanak-kanak kini diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia bagi memudahkan urusan penerimaan maklumat,siasatan dan hebahan dilakukan.

Masyarakat juga boleh menggunakan sistem itu sebagai tindakan awal apabila melihat sesuatu kes penculikan kanak-kanak,

Hebahan dibuat melalui paparan maklumat mengikut agensi masing- masing. Sebagai contoh, Kementerian Pengangkutan akan meletakkan kain rentang di setiap lebuh raya selepas dimaklumkan mengenai kehilangan kanak-kanak.

Institusi kewangan pula akan memaklumkan kehilangan kanak-kanak itu melalui hebahan dalam mesin juruwang automatik (ATM) dan laman web bank-bank tersebut. Semua agensi kerajaan yang lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta seperti institusi-institusi perbankan akan turut bekerjasama dalam menjayakan sistem NUR Alert.

NUR Alert akan melakukan hebahan tentang kehilangan kanak-kanak melalui pelbagai saluran seperti poster, laman web, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan papan kenyataan elektronik di agensi-agensi terlibat.



SUBSIDI TASKA

Semestinya ramai diantara kita yang menghantar anak kecil ke Taman Asuhan Kanak-Kanak ataupun TASKA sementara ibu dan bapa pergi bekerja. Tahukah anda terdapat Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)? Pendapatan maksima perkapita untuk layak mendapat subsidi ini juga telah dinaikkan dari RM700 ke RM900 mulai awal tahun ini. Ingin tahu lebih lanjut bagaimana anda boleh mendapatkan subsidi ini?



1AZAM
 
Pernahkah anda mendengar tentang 1AZAM? 1AZAM menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah. Jangkaan pendapatan antara RM830 hingga RM2,300 sebulan. Bagaimanakah untuk menyertai Program 1 AZAM ini dan apakah jenis-jenis AZAM yang ditawarkan?


MAMACARE

Ia merupakan satu program penjagaan selepas bersalin untuk meningkatkan pendapatan isi rumah wanita berpendapatan rendah.

Mereka yang menyertai program ini akan diberikan latihan komprehensif selama seminggu dalam penjagaan pantang termasuk kemahiran mengurut tradisional sebelum diiktiraf dan diberikan sijil.

Peserta yang diambil bagi mengikuti program ini adalah daripada kalangan mereka yang memiliki kemahiran dalam bidang perbidanan dan urutan tradisional


KOMUNITI PERWANI 1MALAYSIA

Komuniti Perwani merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 8 (NBOS 8). Objektif penubuhannya adalah menjadikan ahli Komuniti Perwani 1Malaysia sebagai agen transformasi di peringkat komuniti, memberi maklumat dan meningkatkan kefahaman kepada masyarakat mengenai hala tuju kerajaan dan menjadi kumpulan jaringan wanita yang mengamalkan amalan pengurusan yang terbaik.

Ingin tahu syarat dan kriteria penubuhan dan bagaimana anda boleh mendaftar?


 SUBSIDI MAMOGRAM

Tahukah anda bahawa kanser payudara merupakan jenis kanser utama yang menyerang golongan wanita di negara ini? Adakah anda telah menjalankan pemeriksaan sendiri di rumah untuk bulan ini? Ada merasakan sesuatu yang luar biasa? Datanglah untuk membuat pemeriksaan klinikal di Klinik Nur Sejahtera (dahulunya dikenali sebagai Klinik LPPKN) berhampiran anda dan jika anda didapati berisiko, anda akan dirujuk pula untuk menjalankan pemeriksaan mamogram di pusat mamogram swasta yang dilantik. Terdapat juga subsidi mamogram bagi yang layak. Keluarga yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/Baitulmal akan mendapat pembiayaan sepenuhnya untuk menjalankan mamogram.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai subsidi yang disediakan ini dan apakah syarat-syarat kelayakannya?

 


 PROGRAM VAKSI HPV

Tahukah anda pada tahun ini vaksin HPV adalah percuma kepada semua remaja perempuan yang dilahirkan di antara 1994 dan 1995. Kepada mereka yang layak, vaksi ini boleh didapati di Klinik Nur Sejahtera berdekatan anda atau untuk siswi universiti, vaksi ini boleh didapati  Pusat Perubatan Universiti.



SMARTSTART

Kepada pasangan yang ingin berkahwin atau baru berkahwin, ingin mendirikan rumahtangga yang harmoni dan ceria? Kursus SMARTSTART dibangunkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang baru serta yang akan berkahwin tentang pelbagai aspek perkahwinan dan keibubapaan bagi memberi sokongan psikososial kepada mereka menempuhi alam perkahwinan dan berumah tangga dengan sejahtera. Kepada pasangan yang berminat untuk menyertai kursus ini, jangan tunggu lagi!!!


SUKARELAWAN PERDANA

Adakah anda pernah mendengar mengenai Sukarelawan Perdana (dahulunya dikenali sebagai Briged Kebajikan Perdana, BKP)? Sukarelawan Perdana ialah satu pasukan sukarelawan yang dibentuk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyumbang khidmat bakti pada masyarakat. Sukarelawan Perdana boleh memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong sesama ahli dalam mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat dari masa ke semasa.

Ada pelbagai program dan aktiviti yang menarik dibawah Sukarelawan Perdana. Adakah anda ingin menyertai progrom ini ?



PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas)

Tahukah kita bahawa PAWE adalah khas untuk warga emas melakukan aktiviti-aktiviti terutama kepada mereka yang tinggal berseorangan terutamanya apabila ahli keluarga atau penjaga tiada di rumah atau keluar untuk bekerja. Pelbagai aktiviti seperti meraikan harijadi, pemeriksaan kesihatan dan program senaman diadakan bagi meningkatkan kualiti hidup warga ema di negara ini.
 
Kesemua maklumat boleh didapati di  Talian Nur dan kita hanya perlu mendial  15999, atau dengan menghantar pesanan peribadi (PM) di laman Facebook Talian NUR, emel, SMS dan WebChat melalui laman web KPWKM.




 

Tuesday, May 27, 2014

KENALI PANDA FENG YI DAN FU WA


SELAMAT DATANG FU WA DAN FENG YI

Fu Wa adalah si panda jantan dan Feng Yi pula si betina.

Setelah menaiki penerbangan 4 jam dari Chengdu ke Malaysia, pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi mula menyesuaikan diri di penempatan baru mereka di Zoo Negara. Kedua-dua beruang ini dijangka kembali aktif dan kebiasaannya mengambil masa 24 jam untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Setibanya di kuarantin Zoo Negara Fu Wa yang pada kebiasaannya suka memakan buluh tetapi telah bertukar selera kepada rebung pula.


Fu Wa dan Feng Yi yang dipinjamkan ke Malaysia merupakan haiwan berprofil tinggi yang pernah dipilih sebagai salah satu ikon Sukan Olimpik Beijing pada 2008 dan merupakan pengembara berpengalaman yang pernah mendiami beberapa zoo dan pusat-pusat pemuliharaan panda di seluruh China.

Dilahirkan pada hari dan tahun yang sama, kedua Fu Wa dan Feng Yi membesar di pusat pemuliharaan panda di Wolong, Sichuan, China.



Panda jantan, Fu Wa yang bermaksud 'Anak Patung Bertuah' lebih ceria dan aktif manakala panda betina, Feng Yi atau maksud namanya 'Burung Jentayu Yang Cantik' lebih suka bersantai.

Perwatakan Fu Wa boleh mendengar arahan dan mudah faham arahan dengan cepat, malahan dia agak mesra dengan penjaganya. Feng Yi pula agak lambat mendengar arahan kerana sikapnya yang gemar relaks.

Walaupun kelihatan sama tetapi sebenarnya Fu Wa dan Feng Yi mempunyai perbezaan yang ketara. Perbezaan Fu Wa panda jantan nampak pada mukanya terdapat tompok mata berbentuk nombor lapan dan dahi dia agak lebar dan bulat. Feng Yi pula mempunyai hidung kecil dan memanjang.

Panda disifatkan sebagai simbol penting persahabatan dan ia hanya boleh dijumpai di China. Hanya negara yang dianggap sahabat dipinjamkan haiwan yang cukup istimewa itu sebagai simbolik keakraban kedua negara.

Apabila panda ini dihantar ke Malaysia ini sebeanrnya satu simbol bahawa hubungan kerajaan itu tidak pernah jejas sama sekali di mana isu MH370 bukanlah isu sejarah hitam dan hubungan itu terus berjalan dalam hal ini. 

Peminjaman panda gergasi kepada zoo luar negara oleh China diamalkan sejak 1970-an dan ia menandakan pertukaran budaya antara China dengan negara-negara yang mempunyai jalinan diplomatik.

BERKONGSI PENGALAMAN BEKERJA BERSAMA MENTERI

Kerajaan beri peluang kepada anak-anak muda bersama-sama para menteri mengikuti tugasan dan aktiviti harian serta mengenali para menteri. Peluang keemasan ini julung kali diberi kepada remaja yang ingin mengetahui cara urus tadbir kerajaan dan sekaligus memberi peluang kepada mereka melengkapkan ilmu dan pengalaman sebelum berada di dalam lapangan kepimpinan.

Salah seorang yang daripada calon yang sangat beruntung telah terpilih mengikut Program Perdana Fellow bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkongsi pengalamannya;


Sarah Rashiqah Abdul Rashid berkongsi pengalaman dalam Program Perdana Fellows;

Dah nak setahun saya memohon untuk program Felo Perdana. Masa mula-mula tu, memang tak yakin pun akan dapat. Dengan komitmen kerja, kelas, dan tiket pun dah beli pada tarikh yang jauh beza. Nama dan muka menteri-menteri pun tak kenal. Tapi alhamdulillah dapat jugak jadi Felo Perdana di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di bawah Dato' Seri Ahmad Shabery.

Program ini adalah eksklusif di mana kita akan bekerja secara langsung bersama seorang menteri. Setiap menteri diberi tugasan yang berbeza kepada felo, oleh itu cerita saya mungkin berbeza daripada yang lain. Inilah pengalaman saya;

  • Went to parliament, listened to answers in the Diet, had tea and sweets with YBs and ministers.
  • Attended pre and post cabinet meetings with other ministers and Ketua2 Jabatan etc.
  • Visited my boss's kawasan.
  • Attended screening party, met Malaysian artists, actors, news reporters, and other people from industry of art and media such as RTM, Celcom, etc.
  • Did dishes in minister's office. Lol but not everyone have chance to hang out and chill there, right? haha
  • Learn how a minister works.
  • Stayed late to help my boss to make Merdeka's theme song masa malam raya.
  • Naik kereta yg depan atau belakang ada polis naik moto putih.
  • Dan banyak lagi!

Still got 3 days for you to try.
(*´╰╯`๓)♬
Don't be hesitated. Give yourself a try.
Grab this once in a lifetime experience!!

Sarah Rashiqah Abdul Rashid,
Felo Perdana ke Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Dato' Seri Ahmad Shabery

Monday, May 26, 2014

TINA - SMS UNTUK BANTUAN MANGSA KEGANASAN RUMAHTANGGA



Women’s Aid Organisation (WAO) telah memperkenalkan talian bantuan melalui SMS menghubungi mangsa-mangsa yang terselamat dari keganasan rumahtangga dan wanita yang menghadapi krisis.

TINA, bermakna ‘Think I Need Aid’ telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada kempen pendidikan kebangsaan WAO pada Mac 8 lalu sempena Hari Wanita Sedunia. TINA adalah lanjutan daripada khidmat WAO melalui rakan maya WAO.

Di peringkat awal dalam sesuatu hubungan keganasan, mangsa yang terselamat mungkin tidak bersedia untuk menerima hakikat mereka adalah mangsa. Untuk mereka
membuat panggilan terus kadangkala agak sukar, malahan SMS telah menjadi sebahagian cara kita berhubung. TINA adalah unik kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Talian bantuan TINA SMS boleh dihubungi di 018-988 8058.

SMS boleh merahsiakan identiti mangsa dari disiarkan dan bercakap di telefon juga mungkin membahayakan terutama jika pemangsa akan dapat mendengar. TINA adalah mesra dan akan menjadi tarikan kepada generasi muda yang lebih suka bersembang dengan rakan-rakan mereka daripada bercakap dengna kounselor atau mana-mana pekerja sosial.

Pada tahun 2013, hampir 2,000 panggilan dari wanita telah menghubungi WAO melalui untuk mendapatkan khidmat kaunseling. Pihak WAO juga telah memberi perlindungan kepada 153 wanita dan sesi kaunseling secara bersemuka sebanyak 125.

Sejak 1982, WAO telah membantu mangsa-mangsa yang terselamat dari keganasan rumahtangga melalui khidmat perlindungan, kaunseling dan nasihat serta penerangan terhadap hak-hak wanita.

PERWANI 1MALAYSIA... APA TU?

  1. Apakah kelebihan menyertai program Komuniti PERWANI 1Malaysia?
    1. Ahli Komuniti PERWANI 1Malaysia boleh  menentukan sendiri aktiviti yang hendak dijalankan mengikut keperluan masyarakat setempat. Bagi memupuk kepimpinan di kalangan wanita di peringkat akar umbi, ahli Komuniti PERWANI berpeluang untuk merancang, dan melaksanakan sendiri aktiviti yang dirasakan bersesuaian dan diperlukan di dalam masyarakat setempat.
  2. Saya sudah memegang jawatan di dalam Persatuan, adakah boleh saya juga menjadi Pengerusi Komuniti PERWANI di taman/ kampung saya?
    1. Boleh. Puan boleh memegang apa-apa jawatan lain sama ada di mana-mana persatuan, kelab, majlis dan sebagainya.  Jabatan menggalakkan kepimpinan dipupuk di kalangan wanita yang berpotensi walaupun sekiranya mereka masih belum memegang apa-apa jawatan sebelum ini.
  3. Berapa kali program boleh dilaksanakan pada tahun ini?
    1. Aktiviti Komuniti PERWANI 1Malaysia boleh dilaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) kali bagi setiap komuniti pada tahun 2013. Ahli Komuniti boleh melaksanakan aktiviti tanpa menggunakan peruntukan sedia ada ataupun dengan melaksanakan kerjasama dengan mana-mana agensi/ syarikat.
  4. Adakah boleh saya membantu pendaftaran Komuniti PERWANI bagi wanita lain yang tiada akses kepada internet?  
    1. Tidak Boleh. Puan hanya boleh mendaftarkan Komuniti PERWANI Puan SENDIRI sahaja. Setelah berdaftar, puan boleh melihat aktiviti yang dijalankan oleh ahli Komuniti PERWANI yang lain, memohon pelaksanaan aktiviti bagi Komuniti yang telah puan daftarkan, dan seterusnya melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh komuniti tersebut.
  5. Bolehkah saya membuat pendaftaran Komuniti PERWANI tanpa nombor kad pengenalan semua ahli komuniti yang hendak didaftarkan?
    1. Tidak Boleh. Jabatan mewajibkan pengisian nombor kad pengenalan bagi setiap ahli Komuniti PERWANI, bagi memastikan tiada individu berdaftar di dalam lebih daripada satu (1) Komuniti PERWANI.
  6. Adakah dibenarkan sekiranya beberapa Komuniti melaksanakan satu (1) aktiviti bersama?
    1. Boleh.
  7. Program/ aktiviti bagaimanakah yang paling digalakkan oleh Jabatan?
    1. Jabatan menggalakkan aktiviti kesukarelawanan yang membawa manfaat kepada masyarakat setempat, khususnya manfaat kepada ahli Komuniti itu sendiri. Aktiviti yang boleh meningkatkan peluang untuk ahli Komuniti PERWANI untuk menjana pendapatan tambahan amat digalakkan. Contohnya adalah taklimat pemasaran produk atas talian yang dapat membantu ahli Komuniti untuk menceburi bidang perniagaan walaupun dari rumah sendiri.
  8. Bagaimanakah caranya untuk saya menonjolkan aktiviti-aktiviti yang telah Komuniti PERWANI saya laksanakan?
    1. Melalui laman web sosial, ahli Komuniti PERWANI boleh “tag” Komuniti PERWANI 1Malaysia;
    2. Di Facebook, sila “LIKE” page “Komuniti PERWANI”, dan seterusnya tag “Komuniti PERWANI” di mana-mana gambar aktiviti yang telah dijalankan;
    3. Di Twitter, sila “FOLLOW” “@KomunitiPERWANI” dan sila tag di post aktiviti yang telah dijalankan; dan
    4. Di Instagram, sila “FOLLOW” “komunitiperwani” dan tag di gambar aktiviti yang telah di “post” kan.
  9. Bolehkah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan turut disertai oleh ahli keluarga, ahli masyarakat setempat lain yang bukannya ahli kepada Komuniti PERWANI saya?
    1. Boleh. Bagi memanfaatkan masyarakat di kawasan setempat Komuniti PERWANI tersebut, penyertaan ahli masyarakat yang lain amat digalakkan.
  10. Bolehkah saya membuat program di hotel dan sebagainya?  
    1. Tidak digalakkan. Aktiviti PERWANI berkonsepkan NBOS mengenengahkan penjimatan kos, penggunaan infrastruktur sedia ada, dan kerjasama antara pelbagai pihak;
    2. Oleh yang demikian, amatlah digalakkan sekiranya aktiviti yang dilaksanakan melibatkan kos yang paling minimum atau tiada kos langsung. Contohnya, aktiviti peningkatan kemahiran menggunakan komputer boleh dilaksanakan di mana-mana Rural Transformation Center (RTC) atau Urban Transformation Center (UTC) yang berdekatan tanpa sebarang kos untuk sewaan tempat.
Bahagian Pembangunan Kapasiti (BPK),
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW),
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

PUSAT 'ONE-STOP' ATASI MASALAH PEMBANTU RUMAH



Apa lebihnya pusat 'one-stop' untuk mengatasi masalah pembantu rumah?

Sering kita dengar pembantu rumah yang tidak cekap, lari dari rumah dan juga sehingga berkomplot merompak majikannya serta pelbagai kerenah yang mereka adakan sehingga isu ini telah menjadi masalah nasional.

Masalah pembantu rumah nampaknya melibatkan ibu-ibu yang bekerja seringkali terbeban dengan kes-kes seperti  pembantu lari dari rumah ataupun agensi-agensi yang menawarkan pembantu rumah yang kurang cekap malahan ada yang tidak berdisplin.

Isu ini telah mendapat perhatian serius Wanita Umno dan mereka telah menggesa kerajaan mengadakan pusat 'one-stop' supaya pihak majikan dapat mengatasi isu pembantu rumah. Majikan pembantu rumah terpaksa memilih dan berpindah dari satu agensi ke satu agensi lain.

Di pusat 'one-stop', masalah seperti kesihatan, passport dan pembantu rumah yang lari akan lebih mudah diatasi dan dikesan sekiranya wakil-wakil kementerian juga terlibat. Rakyat akan mudah berurusan dan tidak tercari-cari kementerian dan agensi manakah yang perlu mereka pergi untuk menyelesaikan masalah pembantu
rumah mereka.

Kita juga perlukan plan B dari sekarang ia merupakan rancangan jangka masa panjang bagi menaik taraf imej tugas sebagai pembantu rumah kepada pengurus rumahtangga. Inilah masanya kita tidak seharusnya bergantung ke atas pembantu rumah asing untuk 10 tahun akan datang.

Tujuan pelan B ini adalah untuk membantu sekiranya isu pengambilan pembantu rumah warga asing tidak dapat diselesaikan, ia adalah alternatif lain bagi memenuhi permintaan khidmat itu.

Di samping itu, cadangan untuk mengadakan latihan kepada rakyat Malaysia sebagai Pengurus Rumah. Ini juga mampu wujudkan peluang rakyat Malaysia cebur diri sebagai usahawan di mana latihan diberikan.

Selama ini kita terlalu bergantung kepada pembantu rumah dari Indonesia, namun terdapat cadangan untuk membawa pembantu rumah Isalam dari Mindanao, Filipina.
 
Seramai 200 pembantu rumah Islam dari Mindanao dengan perbelanjaan maksimum sebanyak RM11,000 setiap seorang.

Sunday, May 25, 2014

JOM!!! PURPLE WALK



Hari ini, wanita Malaysia berjalan dalam perpaduan di satu program santai sempena Hari Wanita Sedunia dengan tema "Kesaksamaan untuk Wanita adalah Kemajuan untuk Semua". Aktiviti santai ini menggalakkan wanita dan keluarganya mengamalkan gaya hidup sihat.

Di Teluk Intan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama peserta Purple Walk di Dataran Menara Condong Teluk Intan sebelum memulakan
perjalanan mereka.

Bagi menghargai sumbangan wanita hari ini, beliau menyatakan bahawa memperkasakan wanita, kesaksamaan gender dan penyertaan mereka dalam membuat
keputusan telah memainkan peranan penting sebagai ujian 'litmus' dan elemen perubahan yang aktif untuk membentuk sebuah masyarakat demokratik, stabil dan
maju.

Manakala, di Melaka pula Ketua Menteri Datu Seri Idris Haron telah melepaskan seramai 1000 peserta untuk berjalan sejauh 1 km sepanjang tebing Sungai Melaka
dari Taman Rempah sehingga Kampung Morten.

Beliau memaklumkan terdapat 50 peratus graduan wanita di institusi pengajian tinggi samada di IPTA atau IPTS .

Seramai 59 wanita memegang jawatan penting di dalam membuat keputusan dan proses membuat dasar meliputi lebih dari 200 agensi persekutuan mahupun
agensi negeri di Melaka.

Di Kota Baru pula, Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Datuk Makhtar Mustapha telah melepaskan seramai seribu peserta Purple Walk berjalan sejauh 1.2km
dan bersenamrobik di Taman Perbadanan Tengku Anis.

Datuk Makhtar memberitahu tema untuk memberi penghormatan dan hak kepada wanita telah berada di kedudukan sebenarnya dalam masyarakat.

Wanita hendaklah dilindungi di samping diberi peluang dalam ekonomi, sosial dan lapangan politik berdasarkan kemampuan mereka

Manakala Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Azlina Mohd Emran memaklumkan Perwani Siswi telah dilancarkan yang terdiri daripada kumpulan siswi di institusi
pengajian tinggi dan di antaranya di Universiti Sains Malaysia. Pihak Jabatan telah memperuntukkan sebanyak RM500 bagi setiap program yang dianjurkan Perwanis
dan setiap program akan dipantau.

2 JENIS COKELAT CADBURY SAH ADA DNA KHINZIR

 

Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine). 

DNA khinzir itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Ketika memaklumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata analisis terhadap Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak menemui kandungan DNA tersebut.

Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk Cadbury tersebar luas di media sosial sejak semalam yang memaparkan keputusan analisis terhadap dua produk berkenaan.

Dr Noor Hisham berkata ketiga-tiga sampel coklat itu telah diambil untuk analisis DNA khinzir bagi tujuan pemantauan.

Beliau berkata pengeluar coklat terbabit, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd akan memanggil balik produk-produk itu daripada pasaran dengan serta merta.

“Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya,” kata Dr Noor Hisham.

Pengguna boleh mengemukakan sebarang soalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq.
 
Pihak JAKIM juga telah mengambil tindakan tegas menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) oleh Kementerian Kesihatan.
 
Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk Cadbury tersebar luas di media sosial yang memaparkan keputusan analisis terhadap dua produk berkenaan.

Selepas sijil halal dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim terhadap syarikat pengeluar produk.

Pihak Jakim telah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap syarikat pengeluar coklat terbabit pada 20 Februari lepas dan mendapati syarikat tersebut ketika itu mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
 
 

MALAYSIA JAMIN HAK SERTA MARUAH WANITA DIPELIHARA

Dato Hussein Haniff, Wakil Tetap PBB


Pada Jumaat lalu, sekali lagi Malaysia menegaskan pendiriannya di PBB memberi komitmen teguh dalam usaha menangani keganasan seksual ketika konflik dan pascakonflik.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff dalam debat terbuka Majlis Keselamatan mengenai 'Wanita, Keamanan dan Keselamatan', di New York menyatakan ketegasan Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak lain untuk memajukan agenda serta mengarusperdanakan wanita dalam usaha-usaha mencapai keamanan dan keselamatan.
 
Namaun kerajaan Malaysia telah mara dalam menangani keganasan seksual ketika konflik, tetapi kita boleh dan mesti melakukan lebih lagi untuk menghentikan terus kesengsaraan ini.    
Hussein berkata delegasi Malaysia menyokong dasar sifar toleransi terhadap eksploitasi seksual dan penderaan dalam semua operasi keamanann dan ia amat penting dalam menjamin hak serta maruah wanita dipelihara.
 
Malaysia dalam soal ini menyambut baik latihan berdasarkan senario bagi pasukan pengaman di beberapa pusat latihan untuk meningkatkan kesediaan mereka bertindak cepat dalam isu keganasan seksual.

Friday, May 23, 2014

BAZAAR BAYAHISTA UNTUK REMAJA BERNIAGA


Kepada usahawan muda yang bergiat dalam fesyen muslimah terutama yang berniaga melalui online kin berpeluang untuk mempromosi dan memasarkan dengan lebih luas produk mereka melalui Program Bazaar Bayahista 2014 anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Memandangkan perniagaan online kian mendapat tempat di hati para pengguna, Puteri UMNO merasakan ia mempunyai potensi pasaran yang sangat bagus untuk diterokai oleh generasi muda.

Satu majlis Pra-Pelancaran Bazaar Bayahista di Encorp Strand Mall telah diadakan beberapa hari lalu dengan dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Puan Mas Ermieyati Samsudin.

Ketuanya,  memaklumkan bahawa program anjuran pergerakan tersebut julung kali diadakan sebagai galakan kepada usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan dan bersaing dengan usahawan sedia ada.

Program Bazaar Bayahista 2014 dijadualkan bakal berlangsung pada 7 dan 8 Jun akan datang dan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Golongan muda ini memerlukan sokongan dan bantuan dalam bentuk kemudahan dan kewangan. Oleh itu, Puteri UMNO juga akan berusaha membantu dengan melihat peluang-peluang perniagaan seperti dana daripada kementerian ataupun agensi kerajaan yang berkaitan dan acara ini akan berterusan sebagai program tahunan Biro Ekonomi dan Usahawan Puteri UMNO Malaysia yang akan dibuat dengan lebih kerap dalam setahun.

Program ini akan turut dimeriahkan dengan persembahan fesyen oleh 10 pereka fesyen muslimah yang sedang meningkat naik, pertunjukan fesyen karya pelajar tahun akhir jurusan tekstil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), persembahan daripada artis jemputan, Najwa Latif, bengkel solekan dan pemakaian tudung, bual bicara perniagaan serta pameran produk oleh 70 usahawan dalam talian.

MALAYSIAN MOM CROWNED AS MASTER CHEF UK



Ipoh born mom, chef Catherine Chin Wan Ping Coombes, has made Malaysian pround when she won UK MasterChef Champion 2014 on last Friday. 

Ping began with her take on won ton soup and followed it with Malaysian speciality nasi lemak, sambal prawns and chicken coated with Spanish crisps.

For dessert she served coconut panna cotta with compressed freeze died mango, with charred pineapple, pineapple air and a coconut tuile.

She described it as a celebration of "Malaysian flavours".

Prime Minister, Najib Razak congratulated her in his twittter - well done UK Masterchef @WanPingCoombes! Malaysian flavours and talent are truly world class."

During the cook off Ping said: "I'm going to cook my heart out, I'm going to cook my soul out. I'm going to give it everything I have.

"I need to focus and give my best performance."

Wednesday, May 21, 2014

WANITA BN BUKAN SEKADAR BERPOLITIK

Wanita Barisan Nasional

Wanita terlibat berpolitik di Malaysia bukan sesuatu yang baru, malahan sebelum merdeka pun wanita adalah kumpulan utama yang mengerakkannya. 

Barisan Nasional merupakan parti politik terbesar dan mempunyai ahli wanitanya yang paling ramai. Di setiap pilihanraya umum, ahli wanita dan puterinya sentiasa diberi peluang untuk bertanding. Di antara wanita-wanita yang boleh kita banggakan adalah seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Dato Azalina Othman, Dato Shahrizat Jalil, Datin Paduka Chew Mei Fun dan generasi mudanya seperti YB Mas Ermieyati.

BN yang mengamalkan perkongsian kuasa di antara pelbagai kaum dan bangsa, bukan saja memberi peluang kepada semua gender malahan kepada semua bangsa. Oleh itu, jika dikatakan BN menghalang peluang wanita untuk memimpin adalah tidak tepat sekali.

Ini telah ditegas dan diperincikan seperti berikut;

 

Calon Wanita : BN Sudah Lama Iktiraf, 70 Calon BN Pada PRU 13 Adalah Wanita

IPOH, 19 Mei – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin membidas DAP yang ghairah mencanangkan kononnya mengiktiraf golongan wanita apabila meletakkan Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan sedangkan Barisan Nasional (BN) telah lama mengangkat wanita sebaris dalam kepimpinan negara.

Jelasnya, soal wanita menjadi calon pilihan raya bukanlah satu isu kerana dalam BN wanita sentiasa diiktiraf sebagaimana 70 calon BN yang bertanding pada PRU ke-13 lalu adalah wanita.

“Sifat keterbukaan DAP yang memilih Dyana Sofya adalah gimik politik mereka dalam meraih sokongan dan undi kaum wanita khususnya yang berbangsa Melayu.”

Dalam PRU lalu, 70 calon wanita BN bertanding dengan 40 daripadanya berjaya memenangi kerusi masing-masing di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu UMNO memperoleh kejayaan besar apabila memenangi 32 daripada 42 kerusi yang ditandingi.

“Calon wanita ini adalah salah satu resepi dari DAP bagi mereka memancing sokongan masyarakat sedangkan dalam soal gender BN tidak pernah mengenepikan persoalan jantina kerana keutamaan adalah kepada mereka yang boleh berkhidmat, sedia bekerja dan mampu melaksanakan tanggungjawab,” katanya kepada UMNO-Online.

Antara alasan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon PRK Teluk Intan ialah kononnya mengiktiraf golongan wanita muda dan profesional.

“Dalam BN dan UMNO, golongan wanita tidak pernah dipinggirkan malah kebolehan mereka sentiasa diakui, bukan setakat calon PRK, dalam PRU juga mereka turut dipilih, menjadi menteri, diangkat sebagai Senator dan pelbagai lagi jawatan yang bukan saja mengiktiraf kelayakan mereka tetapi secara tak langsung mengakui kebolehan dalam kepimpinan.

“Kalau dalam PRK ini isu gender diketangahkan persolannya mengapa tidak letakkan Dyana Sofya sebagai calon dalam PRU yang lalu dan kenapa pula membawa orang Ipoh untuk bertanding di Teluk Intan?”

Jelasnya, ternyata pembangkang inginkan populariti dalam politik tanpa mengambil kira kebolehan dan kebertanggujawaban mereka untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

“Inilah taktik politik pembangkang, sedangkan dalam BN keutamaan untuk menjadi pemimpin mestilah mereka yang boleh membantu rakyat, mempunyai keupayaan dengan parti yang diwakilinya juga dapat membawa kemajuan kepada masyarakat keseluruhan.”

Ujarnya lagi, dengan apa yang disajikan kepada rakyat sebagaimana gimik politik di Teluk Intan terbukti bahawa pakatan pembangkang tidak ikhlas untuk menyalurkan bantuan apatah lagi untuk membantu kaum wanita sendiri.

“BN melakukan pemilihan yang lengkap dengan melihat kepada kewibawaan calon untuk bertanding, bukan sahaja mengutamakan calon anak tempatan yang pastinya tahu susah senang masyarakatnya tetapi juga memilih mereka yang benar-benar bersedia berkhidmat.”

Tambahnya, jika persoalan berkaitan gender dijadikan perbandingan maka tentunya BN yang menjadi pilihan kerana dalam PRU sebelum ini sahaja BN mencalonkan 70 calon wanita.

“Kenapa sebelum ini persoalan berkaitan gender tidak menjadi isu utama dalam pembangkang dan apabila Dyana Sofya dipilih barulah nak digembar-gemburkan pula?” - MediaUMNO