Wednesday, May 28, 2014

KHIDMAT TALIAN NUR YANG KITA TIDAK KETAHUI

Masih ingat nombor ini... 15999? Masih ingat Talian Nur? Apa perlu dan pentingnya?

Hotline ini diwujudkan pada tahun 2007, khas untuk panggilan melaporkan keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak dan bencana alam. 29 agensi kerajaan akan berkhidmat untuk 3 shift panggilan 24 jam setiap hari dari pusat panggilan berpusat di Kuala Lumpur.

Di antara perkhidmatan yang boleh kita sertai dan perlu kita ketahui adalah;


Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)
 
Diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1994 di mana Sukarelawan dari Pertubuhan Sukarela Kebajikan memberi perkhidmatan kepada warga emas yang daif dan tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan sokongan/bantuan. Pekerja sukarela yang dilatih akan membuat lawatan ke rumah warga emas untuk membantu menjalankan urusan harian seperti penjagaan diri, kebersihan tempat tinggal, rakan berbual, urusan luar seperti membayar bil dan penjagaan kesihatan. Berminat? 


 
CHILDLINE

Kanak-kanak juga mengalami stress. Perkara-perkara seperti sekolah dan kehidupan sosial mereka juga kadangkala boleh menimbulkan tekanan yang hebat kepada mereka. Sebagai ibubapa, kita tidak akan mampu melindungi anak-anak dari mengalami tekanan tetapi kita mampu membantu mereka ke arah cara yang lebih sihat mengatasi tekanan dan menyelesai masalah harian mereka. Sebelum mereka mula bercakap masalah yang dihadapi mereka, pasti kefahaman dari ibubapa amat penting. Ia bukan selalunya mudah bagi ibubapa mengetahui apakah cara terbaik bagi anak-anak mengatasi perasaan tertekan mereka.
 
Kerajaan menyediakan khidmat online yang membantu untuk anak-anak mengatasi masalah mereka. 'CHILDLINE' adalah inisiatif Jabatan menyediakan akses dan khidmat pre-kaunseling kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun akibat dari tekanan emosi, fizikal dan mental.

Kanak-kanak ini boleh berkongsi apa sajah masalah dengan kaunselar Talian Nur



NUR ALERT


Sistem NUR Alert (National Urgent Response Alert) yang diwujudkan kerajaan bagi membantu mengesan kehilangan kanak-kanak kini diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia bagi memudahkan urusan penerimaan maklumat,siasatan dan hebahan dilakukan.

Masyarakat juga boleh menggunakan sistem itu sebagai tindakan awal apabila melihat sesuatu kes penculikan kanak-kanak,

Hebahan dibuat melalui paparan maklumat mengikut agensi masing- masing. Sebagai contoh, Kementerian Pengangkutan akan meletakkan kain rentang di setiap lebuh raya selepas dimaklumkan mengenai kehilangan kanak-kanak.

Institusi kewangan pula akan memaklumkan kehilangan kanak-kanak itu melalui hebahan dalam mesin juruwang automatik (ATM) dan laman web bank-bank tersebut. Semua agensi kerajaan yang lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta seperti institusi-institusi perbankan akan turut bekerjasama dalam menjayakan sistem NUR Alert.

NUR Alert akan melakukan hebahan tentang kehilangan kanak-kanak melalui pelbagai saluran seperti poster, laman web, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan papan kenyataan elektronik di agensi-agensi terlibat.



SUBSIDI TASKA

Semestinya ramai diantara kita yang menghantar anak kecil ke Taman Asuhan Kanak-Kanak ataupun TASKA sementara ibu dan bapa pergi bekerja. Tahukah anda terdapat Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)? Pendapatan maksima perkapita untuk layak mendapat subsidi ini juga telah dinaikkan dari RM700 ke RM900 mulai awal tahun ini. Ingin tahu lebih lanjut bagaimana anda boleh mendapatkan subsidi ini?



1AZAM
 
Pernahkah anda mendengar tentang 1AZAM? 1AZAM menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah. Jangkaan pendapatan antara RM830 hingga RM2,300 sebulan. Bagaimanakah untuk menyertai Program 1 AZAM ini dan apakah jenis-jenis AZAM yang ditawarkan?


MAMACARE

Ia merupakan satu program penjagaan selepas bersalin untuk meningkatkan pendapatan isi rumah wanita berpendapatan rendah.

Mereka yang menyertai program ini akan diberikan latihan komprehensif selama seminggu dalam penjagaan pantang termasuk kemahiran mengurut tradisional sebelum diiktiraf dan diberikan sijil.

Peserta yang diambil bagi mengikuti program ini adalah daripada kalangan mereka yang memiliki kemahiran dalam bidang perbidanan dan urutan tradisional


KOMUNITI PERWANI 1MALAYSIA

Komuniti Perwani merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 8 (NBOS 8). Objektif penubuhannya adalah menjadikan ahli Komuniti Perwani 1Malaysia sebagai agen transformasi di peringkat komuniti, memberi maklumat dan meningkatkan kefahaman kepada masyarakat mengenai hala tuju kerajaan dan menjadi kumpulan jaringan wanita yang mengamalkan amalan pengurusan yang terbaik.

Ingin tahu syarat dan kriteria penubuhan dan bagaimana anda boleh mendaftar?


 SUBSIDI MAMOGRAM

Tahukah anda bahawa kanser payudara merupakan jenis kanser utama yang menyerang golongan wanita di negara ini? Adakah anda telah menjalankan pemeriksaan sendiri di rumah untuk bulan ini? Ada merasakan sesuatu yang luar biasa? Datanglah untuk membuat pemeriksaan klinikal di Klinik Nur Sejahtera (dahulunya dikenali sebagai Klinik LPPKN) berhampiran anda dan jika anda didapati berisiko, anda akan dirujuk pula untuk menjalankan pemeriksaan mamogram di pusat mamogram swasta yang dilantik. Terdapat juga subsidi mamogram bagi yang layak. Keluarga yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/Baitulmal akan mendapat pembiayaan sepenuhnya untuk menjalankan mamogram.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai subsidi yang disediakan ini dan apakah syarat-syarat kelayakannya?

 


 PROGRAM VAKSI HPV

Tahukah anda pada tahun ini vaksin HPV adalah percuma kepada semua remaja perempuan yang dilahirkan di antara 1994 dan 1995. Kepada mereka yang layak, vaksi ini boleh didapati di Klinik Nur Sejahtera berdekatan anda atau untuk siswi universiti, vaksi ini boleh didapati  Pusat Perubatan Universiti.



SMARTSTART

Kepada pasangan yang ingin berkahwin atau baru berkahwin, ingin mendirikan rumahtangga yang harmoni dan ceria? Kursus SMARTSTART dibangunkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang baru serta yang akan berkahwin tentang pelbagai aspek perkahwinan dan keibubapaan bagi memberi sokongan psikososial kepada mereka menempuhi alam perkahwinan dan berumah tangga dengan sejahtera. Kepada pasangan yang berminat untuk menyertai kursus ini, jangan tunggu lagi!!!


SUKARELAWAN PERDANA

Adakah anda pernah mendengar mengenai Sukarelawan Perdana (dahulunya dikenali sebagai Briged Kebajikan Perdana, BKP)? Sukarelawan Perdana ialah satu pasukan sukarelawan yang dibentuk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyumbang khidmat bakti pada masyarakat. Sukarelawan Perdana boleh memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong sesama ahli dalam mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat dari masa ke semasa.

Ada pelbagai program dan aktiviti yang menarik dibawah Sukarelawan Perdana. Adakah anda ingin menyertai progrom ini ?



PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas)

Tahukah kita bahawa PAWE adalah khas untuk warga emas melakukan aktiviti-aktiviti terutama kepada mereka yang tinggal berseorangan terutamanya apabila ahli keluarga atau penjaga tiada di rumah atau keluar untuk bekerja. Pelbagai aktiviti seperti meraikan harijadi, pemeriksaan kesihatan dan program senaman diadakan bagi meningkatkan kualiti hidup warga ema di negara ini.
 
Kesemua maklumat boleh didapati di  Talian Nur dan kita hanya perlu mendial  15999, atau dengan menghantar pesanan peribadi (PM) di laman Facebook Talian NUR, emel, SMS dan WebChat melalui laman web KPWKM.




 

No comments:

Post a Comment