Thursday, May 8, 2014

HOTEL BEVERLY HILLS MILIK SULTAN BRUNEI... #LGBT BOIKOT!


Mewahnya hotel ini... Indahnya hotel ini...

Ramai selebriti Hollywood dan jutawan serta hartawan menginap di Hotel terkemuka ini.

Rupa-rupanya, hotel yang baru saja meraikan 100 tahun pada 2012 telah dimilikki Sultan Brunei semenjak 1987. Hotel ini telah dianggap sebagai syurga untuk bangsawan Hollywood semenjak 1912, walaupun sebelum bandar Beverly Hills wujud.

Beverly Hills Hotel dan the Hotel Bel-Air adalah sebahagian dari kumpulan hartanah Dorchester Collection sebenarnya adalah milik Brunei Investment Agency, sebuah agensi kerajaan Brunei.

Hotel ini adalah rumah kedua bagi selebriti Hollywood. Samada mereka tinggal di situ, menjamu selera, mengadakah  majlis mereka dan ada juga yang melakar nama sebagai bintang di hotel ini. Di antara selebriti terkenal yang pernah menginap di hotel ini adalah;

1. Marilyn Monroe

2. Perkahwinan Elizabeth Taylor dan Eddie Fisher pernah diadakan di sini

3. Perkahwinan Elizabeth Taylor dan Richard Burton.

4. Madonna

5. Mariah Carey


 The Beverly Hills Hotel bukan hotel bajet. Harga antara US550 semalam di bilik biasa dan sehingga US15,000 semalam di banglo utama.

Disamping majlis Osar dan pelancaran tayangan perdana, hotel ini juga menganjur mesyuarat korporat, di sini juga  syarikat-syarikat besar pengiklanan berkumpul dan membincang strategi penjenamaan dan media. Juga tidak ketinggalan, majlis-majlis mewah perkhawinan.

Kini, Sultan Brunei didesak menjualnya hanya kerana hukuman hudud akan dilaksanakan di Brunei terhadap golongan LGBT.

Yang kuat menentang pula adalah golongan LGBT dan yang mewakili golongan yang memperjuangkan hak asasi manusia.

SELANJUTNYA, APA TINDAKAN SULTAN BRUNEI BOLEH DIBACA ... DI SINI


No comments:

Post a Comment