Bagaimana untuk memperkasa ekonomi wanita? Tiada cara lain melainkan melalui perniagaan di samping mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap.
Penglibatan wanita dalam perniagaan bukan perkara baru di mana jika dilihat daripada penglibatan wanita berniaga di Kelantan. Namun, kuantiti wanita yang berniaga ini perlu memikirkan untuk sentiasa membaiki dan menambaik perniagaan mereka.
Satu program "Jom Niaga" anjuran Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama SME Corp Malaysia yangbertujuan mengembangkan perniagaan kaum wanita bagi membantu mencapai wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi.
Tumpuan utama program ini adalah untuk menarik seberapa ramai usahawan wanita supaya mendaftarkan perniagaan masing-masing dengan cara membawa agensi berkaitan turun padang mendekati mereka.
Ada di kalangan peniaga wanita yang tidak tahu mengenai keistimewaan diberi kerajaan termasuk kursus ditawarkan bagi memperelokkan perniagaan masing-masing dan adalah menjadi misi agensi kerajaan ini untuk menerangkan apa perlunya mereka berbuat demikian.
Program Jom Niaga akan ke enam zon iaitu utara, selatan, timur, barat serta di Sabah dan Sarawak bagi mendekati golongan wanita ini agar ekonomi mereka dapat diperkasakan menerusi perniagaan.
Oleh itu, semua usahawan wanita disaran mendaftarkan perniagaan masing-masing bagi membolehkan mereka menerima pelbagai faedah dan bantuan yang ditawarkan kerajaan untuk golongan berkenaan.

No comments:
Post a Comment