Friday, May 9, 2014

HELENA COSTA MENEMPAH SEJARAH SEBAGAI PENGURUS WANITA DUNIA BOLASEPAK EROPAH

HELENA COSTA dari Portugal

Sukan bolasepak adalah sukan dominasi kaum lelaki. Ini jelas kelihatan kebanyakan penyokong yang hadir dalam sesuatu perlawanan bolasepak hampir kesemua ruang dipenuhi peminat dan penyokong dari kaum lelaki.

Mana-mana kelab bolasepak samada di dalam dan luar negara, dari pengurusan, pengadil, pakar rawatan dan sesiapa saja yang terlibat dalam pasukan bolasepak, pastinya didominasi kaum lelaki.

Kita juga akan melihat pasukan bolasepak wanita, lelaki akan menjadi tunggak mereka.

Memang sesuatu yang agak mengerikan apabila seorang wanita diberi tugas dan tanggungjawab melatih sepasukan lelaki yang terlibat dalam sukan yang bukan sahaja didominasi kaum lelaki tetapi boleh dikatakan lasak, agresif dan terlalu maskulin.

HELENA COSTA, jurulatih wanita pertama telah dilantik kelab pasukan bolasepak lelaki iaitu Kelab divisyen dua Perancis, Clermont Foot. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah seorang pengurus wanita membimbing pa­sukan divisyen dua dalam salah sebuah daripada lima liga terbesar di Eropah.

Dunia bolasepak bukan sesuatu yang asing bagi Costa yang berusia 39 tahun dan berasal dari Portugal kerana pernah melatih skuad wanita Iran, Qatar dan Benfica. Beliau juga pernah bekerja dalam dunia bola sepak lelaki, sebahagian besarnya sebagai pencari bakat untuk kelab Liga Scotland, Celtic.

Selain menjadi pencari bakat buat Celtic dari 2008 dan 2011, dia juga berjaya membimbing skuad remaja lelaki bawah 19 dan 17 tahun Benfica dengan cemerlang.

Malah, Costa juga pernah merangkul kejuaraan Liga Lisbon, iaitu liga divisyen bawahan Portugal bersama Cheleirense.

Clermont kini berada di tangga ke-14 dalam Ligue 2 pada ketika persaingan berbaki dua perlawanan untuk ditamatkan.

Walaubagaimanapun, telah kedengaran pengkritik-pengkritik bolasepak Eropah mula mengeluarkan pandagan kontroversi mereka terhadap Costa. Dikatakan, pernah seorang wanita telah melepaskan jawatannya sebagai jurulatih pasukan bolasepak Itali kerana tidak mampu berhadapan dengan tekanan media.

Sebagai wanita, kita perlu rasa bangga terhadap Costa yang boleh dianggap sebagai 'trend setter' di abad 21 ini di dalam dunia lasak kaum lelaki.

No comments:

Post a Comment