Friday, May 30, 2014

PENGHORMATAN TERAKHIR SULTAN AZLAN SHAH (pic dan video)

 
Istiadat Junjung Ziarah Penghormatan Terakhir Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Shah telah bermula seawal 9 pagi di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah kira-kira jam 8.50 pagi.

Beliau diiringi Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan turut bertemu kerabat diraja Perak untuk merafak sembah ucapan takziah atas kemangkatan baginda. 






Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, tiba di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada 9 pagi dan akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula kelmarin sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. 

Kumpulan kedua yang akan memberi penghormatan terakhir pada pukul 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari adalah orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing. Ia disusuli Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan pada 1.30 petang hingga 2.15 petang.

Istiadat pelantikan dan pengisytiharan raja baharu, Sultan Nazrin Shah disempurnakan pada 2.30 petang di balai sama sebelum diteruskan dengan istiadat pemakaman di Makam Diraja yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah pada 3 petang.










Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar.






Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir. 

Al Fatihah...

No comments:

Post a Comment