|
Wanita Barisan Nasional |
Wanita terlibat berpolitik di Malaysia bukan sesuatu yang baru, malahan sebelum merdeka pun wanita adalah kumpulan utama yang mengerakkannya.
Barisan Nasional merupakan parti politik terbesar dan mempunyai ahli wanitanya yang paling ramai. Di setiap pilihanraya umum, ahli wanita dan puterinya sentiasa diberi peluang untuk bertanding. Di antara wanita-wanita yang boleh kita banggakan adalah seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Dato Azalina Othman, Dato Shahrizat Jalil, Datin Paduka Chew Mei Fun dan generasi mudanya seperti YB Mas Ermieyati.
BN yang mengamalkan perkongsian kuasa di antara pelbagai kaum dan bangsa, bukan saja memberi peluang kepada semua gender malahan kepada semua bangsa. Oleh itu, jika dikatakan BN menghalang peluang wanita untuk memimpin adalah tidak tepat sekali.
Ini telah ditegas dan diperincikan seperti berikut;
Calon Wanita : BN Sudah Lama Iktiraf, 70 Calon BN Pada PRU 13 Adalah Wanita
IPOH, 19 Mei – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk
Dr Wan Norashikin Wan Nordin membidas DAP yang ghairah mencanangkan
kononnya mengiktiraf golongan wanita apabila meletakkan Dyana Sofya
Mohd. Daud sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan
sedangkan Barisan Nasional (BN) telah lama mengangkat wanita sebaris
dalam kepimpinan negara.
Jelasnya, soal wanita menjadi calon pilihan raya bukanlah satu isu
kerana dalam BN wanita sentiasa diiktiraf sebagaimana 70 calon BN yang
bertanding pada PRU ke-13 lalu adalah wanita.
“Sifat keterbukaan DAP yang memilih Dyana Sofya adalah gimik politik
mereka dalam meraih sokongan dan undi kaum wanita khususnya yang
berbangsa Melayu.”
Dalam PRU lalu, 70 calon wanita BN bertanding dengan 40 daripadanya
berjaya memenangi kerusi masing-masing di Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri (DUN) iaitu UMNO memperoleh kejayaan besar apabila memenangi 32
daripada 42 kerusi yang ditandingi.
“Calon wanita ini adalah salah satu resepi dari DAP bagi mereka
memancing sokongan masyarakat sedangkan dalam soal gender BN tidak
pernah mengenepikan persoalan jantina kerana keutamaan adalah kepada
mereka yang boleh berkhidmat, sedia bekerja dan mampu melaksanakan
tanggungjawab,” katanya kepada UMNO-Online.
Antara alasan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon PRK Teluk
Intan ialah kononnya mengiktiraf golongan wanita muda dan profesional.
“Dalam BN dan UMNO, golongan wanita tidak pernah dipinggirkan malah
kebolehan mereka sentiasa diakui, bukan setakat calon PRK, dalam PRU
juga mereka turut dipilih, menjadi menteri, diangkat sebagai Senator dan
pelbagai lagi jawatan yang bukan saja mengiktiraf kelayakan mereka
tetapi secara tak langsung mengakui kebolehan dalam kepimpinan.
“Kalau dalam PRK ini isu gender diketangahkan persolannya mengapa
tidak letakkan Dyana Sofya sebagai calon dalam PRU yang lalu dan kenapa
pula membawa orang Ipoh untuk bertanding di Teluk Intan?”
Jelasnya, ternyata pembangkang inginkan populariti dalam politik
tanpa mengambil kira kebolehan dan kebertanggujawaban mereka untuk
melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.
“Inilah taktik politik pembangkang, sedangkan dalam BN keutamaan
untuk menjadi pemimpin mestilah mereka yang boleh membantu rakyat,
mempunyai keupayaan dengan parti yang diwakilinya juga dapat membawa
kemajuan kepada masyarakat keseluruhan.”
Ujarnya lagi, dengan apa yang disajikan kepada rakyat sebagaimana
gimik politik di Teluk Intan terbukti bahawa pakatan pembangkang tidak
ikhlas untuk menyalurkan bantuan apatah lagi untuk membantu kaum wanita
sendiri.
“BN melakukan pemilihan yang lengkap dengan melihat kepada kewibawaan
calon untuk bertanding, bukan sahaja mengutamakan calon anak tempatan
yang pastinya tahu susah senang masyarakatnya tetapi juga memilih mereka
yang benar-benar bersedia berkhidmat.”
Tambahnya, jika persoalan berkaitan gender dijadikan perbandingan
maka tentunya BN yang menjadi pilihan kerana dalam PRU sebelum ini
sahaja BN mencalonkan 70 calon wanita.
“Kenapa sebelum ini persoalan berkaitan gender tidak menjadi isu
utama dalam pembangkang dan apabila Dyana Sofya dipilih barulah nak
digembar-gemburkan pula?” - MediaUMNO
No comments:
Post a Comment