Huraian tema Hari Guru 2014
DEFINISI
GURU :
Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangungan pendidikan negara.
PENCETUS :
Merujuk maksud peranan untuk menimbilkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
KREATIVITI :
Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
PENJANA :
Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
INOVASI :
Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.
Guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang tinggi. Guru banyak
berkorban masa dan tenaga mendidik kita sehingga berjaya. Albert Einstein
sendiri pernah menyatakan, ilmu tanpa agama ialah buta. Ini membuktikan
kepada kita bahawa, pelajar yang berilmu dan berpengetahuan dalam semua bidang
terhasil daripada komitmen dan kerja keras golongan guru.
Sebagai murid, kita
perlu menjadi seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh,
patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku dalam
memartabatkan guru-guru kita. Sekiranya semua pelajar menghargai jasa dan
pengorbanan guru, maka ilmu yang dipelajari diberkati dan seterusnya menjana
modal insan kelas pertama.
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Semuanya bermula dengan guru biasa,
Yang mengajar tulis baca.
SELAMAT HARI GURUKU....
No comments:
Post a Comment