Tuesday, May 6, 2014

KONTROVERSI NOVEL "PEREMPUAN NAN BERCINTA" DILARANG KDN KERANA PRO SYIAH




Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan perintah larangan terhadap novel "Perempuan Nan Bercinta" kerana ia mengandungi unsur mempertikai dan memperlekeh hadis diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah yang seolah-olah mendiskriminasi wanita selain ia mendewakan Ahlul Bayt secara berlebihan.

Perintah Larangan yang diwartakan terhadap penerbitan novel `Perempuan Nan Bercinta' karya Faisal Tehrani kerana mungkin memudaratkan ketenteraman awam berkuat kuasa pada 9 April 2014  mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam adalah dilarang secara mutlak di seluruh negara.

Larangan penerbitan ini adalah bertepatan dengan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 5 Mei 1996, yang antara lain memutuskan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam. 
 
Novel itu juga menafikan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai mazhab yang diterima selain mengandungi unsur seolah-olah ajakan menentang pihak berkuasa Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan alasan kebebasan bermazhab.

Keputusan itu dibuat bagi menghalang cubaan menyuntik propaganda Syiah menerusi karya kreatif yag mungkin disasarkan kepada golongan akademik dan remaja yang mampu mendatangkan implikasi negatif dengan mengelirukan pegangan syariat Islam (Ahli Sunnah Wal Jamaah) umat Islam di negara ini dan memberi implikasi serius dari sudut keselamatan dan sosial masyarakat Islam di Malaysia.

Pertembungan dua aliran antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah juga dikhuatiri boleh mencetuskan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam di kalangan umat Islam.

Sehubungan itu, sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan. 

KONTROVERSI NOVEL

Kenyataan ini tertulis pada kulit belakang buku

Membongkar Tembelang Syiah Faisal Tehrani dalam karya "Perempuan Nan Bercinta"

Pada halaman 33, FT membawakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari. Hadith ini menyentuh tentang kejadian Hawa/wanita daripada tulang rusuk Adam/lelaki yang dipertikaikan oleh golongan Syiah.

Penulis jelas berniat buruk dengan cuba menimbulkan keraguan pada hadith yang diwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari tersebut. Hadith itu kononnya dikatakan satu diskriminasi terhadap kaum wanita. Tambahan lagi, Faisal Tehrani (FT) menuduh ianya bersesuaian dengan tradisi Kristian. 

Pada halaman 8 pula, FT cuba menggambarkan kononnya terdapat hadith dalam kitab-kitab Ahli Sunnah yang mendiskriminasikan kaum wanita dengan mengatakan kaum wanita adalah golongan yang paling ramai menghuni neraka. Hadith-hadith sebegini juga dianggap menjadi punca al-Qur'an dipandang seperti mentaliti primitif Eropah pada abad pertengahan. Pandangan  ini adalah perspektif  skeptikal  yang  sengaja diberikan oleh FT untuk  memburuk-burukkan  hadith-hadith  yang diriwayatkan   oleh   Ahli Sunnah  Wal-Jamaah walhal  hadith tersebut mempunyai konteks yang tertentu.  

Dalam halaman 205 FT cuba untuk mempertikaikan kredibiliti Sayyidatina ‘Aisyah r.a. bagi menolak hadith yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dengan menuduh kononnya 'Aisyah sendiri belum wujud ketika kisah penurunan wahyu berlaku. 

Pada halaman 179 pula, FT menuduh dengan biadap bahawa hadith-hadith keutamaan atau fadha'il sahabat direka bagi menutup perseteruan mereka dengan Sayyidina Ali r.a. 

Halaman 279-280 FT cuba menimbulkan persepsi seolah-olah para sahabat telah berpaling daripada Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. 

Segala penjelasan terhadap  mengapa KDN perlu melarang penerbitan novel ini boleh dibaca ... DI SINI.


No comments:

Post a Comment