Monday, May 26, 2014

TINA - SMS UNTUK BANTUAN MANGSA KEGANASAN RUMAHTANGGA



Women’s Aid Organisation (WAO) telah memperkenalkan talian bantuan melalui SMS menghubungi mangsa-mangsa yang terselamat dari keganasan rumahtangga dan wanita yang menghadapi krisis.

TINA, bermakna ‘Think I Need Aid’ telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada kempen pendidikan kebangsaan WAO pada Mac 8 lalu sempena Hari Wanita Sedunia. TINA adalah lanjutan daripada khidmat WAO melalui rakan maya WAO.

Di peringkat awal dalam sesuatu hubungan keganasan, mangsa yang terselamat mungkin tidak bersedia untuk menerima hakikat mereka adalah mangsa. Untuk mereka
membuat panggilan terus kadangkala agak sukar, malahan SMS telah menjadi sebahagian cara kita berhubung. TINA adalah unik kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Talian bantuan TINA SMS boleh dihubungi di 018-988 8058.

SMS boleh merahsiakan identiti mangsa dari disiarkan dan bercakap di telefon juga mungkin membahayakan terutama jika pemangsa akan dapat mendengar. TINA adalah mesra dan akan menjadi tarikan kepada generasi muda yang lebih suka bersembang dengan rakan-rakan mereka daripada bercakap dengna kounselor atau mana-mana pekerja sosial.

Pada tahun 2013, hampir 2,000 panggilan dari wanita telah menghubungi WAO melalui untuk mendapatkan khidmat kaunseling. Pihak WAO juga telah memberi perlindungan kepada 153 wanita dan sesi kaunseling secara bersemuka sebanyak 125.

Sejak 1982, WAO telah membantu mangsa-mangsa yang terselamat dari keganasan rumahtangga melalui khidmat perlindungan, kaunseling dan nasihat serta penerangan terhadap hak-hak wanita.

No comments:

Post a Comment