Saturday, May 3, 2014

REKOD DUNIA : WANITA TERTUA YANG MASIH HIDUP

Filomena Taipe Mendoza


Dengan berlatarbelakangkan kemiskinan tegar di pertengahan Andes, terdapat seorang wanita berumur 116 tahun yang masih hidup dan bakal menjadi manusia tertua di dunia.
Filomena Taipe Mendoza yang dilahirkan pada 20 Disember 1897 hanya tiga bulan tua daripada seorang rakyat Jepun, Misao Okawa yang memegang rekod manusia tertua di dunia seperti yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness dan firma kajian berpangkalan di Amerika Syarikat, Gerontology Research Group.

Kementerian Pembangunan dan Inklusi Sosial Peru memberitahu bahawa kad pengenalan diri Taipe Mendoza menyatakan tarikh kelahiran beliau.
“Anak muda, saya belum lagi dimamah waktu namun dalam hal yang lain sebenarnya...saya sudah tua,” beliau memberitahu pegawai yang menemani beliau ketika menunaikan cek pertama program persaraan untuk warga tua yang hidup dalam kemiskinan tegar.

“Saya mengamalkan diet semulajadi seperti memakan kentang, daging kambing, keju dan kacang serta banyak meminum susu kambing,” kata Taipe Mendoza yang tidak pernah sekalipun meninggalkan perkampungannya di Huancavelica.
“Apa sahaja yang saya makan itu datangnya dari kebun yang saya usahakan dan tidak pernah sekalipun saya meminum minuman ringan. Saya mempunyai kehidupan yang perit dimana saya menjadi ibu tunggal di usia muda dengan sembilan anak untuk dibesarkan,”.

“Saya bekerja keras untuk membesarkan mereka walaupun hanya tiga daripada sahaja yang kini masih hidup,” kementerian tersebut memtika kata-kata Taipe Mendoza.
“Kalaulah juga disaat ini saya masih lagi mempunyai gigi,” beliau memberitahu hajatnya.

Dengan pencen yang diberikan itu bermakna Taipe Mendoza akan menerima rawatan kesihatan secara percuma setiap bulan.



No comments:

Post a Comment