Sunday, May 25, 2014

JOM!!! PURPLE WALK



Hari ini, wanita Malaysia berjalan dalam perpaduan di satu program santai sempena Hari Wanita Sedunia dengan tema "Kesaksamaan untuk Wanita adalah Kemajuan untuk Semua". Aktiviti santai ini menggalakkan wanita dan keluarganya mengamalkan gaya hidup sihat.

Di Teluk Intan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama peserta Purple Walk di Dataran Menara Condong Teluk Intan sebelum memulakan
perjalanan mereka.

Bagi menghargai sumbangan wanita hari ini, beliau menyatakan bahawa memperkasakan wanita, kesaksamaan gender dan penyertaan mereka dalam membuat
keputusan telah memainkan peranan penting sebagai ujian 'litmus' dan elemen perubahan yang aktif untuk membentuk sebuah masyarakat demokratik, stabil dan
maju.

Manakala, di Melaka pula Ketua Menteri Datu Seri Idris Haron telah melepaskan seramai 1000 peserta untuk berjalan sejauh 1 km sepanjang tebing Sungai Melaka
dari Taman Rempah sehingga Kampung Morten.

Beliau memaklumkan terdapat 50 peratus graduan wanita di institusi pengajian tinggi samada di IPTA atau IPTS .

Seramai 59 wanita memegang jawatan penting di dalam membuat keputusan dan proses membuat dasar meliputi lebih dari 200 agensi persekutuan mahupun
agensi negeri di Melaka.

Di Kota Baru pula, Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Datuk Makhtar Mustapha telah melepaskan seramai seribu peserta Purple Walk berjalan sejauh 1.2km
dan bersenamrobik di Taman Perbadanan Tengku Anis.

Datuk Makhtar memberitahu tema untuk memberi penghormatan dan hak kepada wanita telah berada di kedudukan sebenarnya dalam masyarakat.

Wanita hendaklah dilindungi di samping diberi peluang dalam ekonomi, sosial dan lapangan politik berdasarkan kemampuan mereka

Manakala Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Azlina Mohd Emran memaklumkan Perwani Siswi telah dilancarkan yang terdiri daripada kumpulan siswi di institusi
pengajian tinggi dan di antaranya di Universiti Sains Malaysia. Pihak Jabatan telah memperuntukkan sebanyak RM500 bagi setiap program yang dianjurkan Perwanis
dan setiap program akan dipantau.

No comments:

Post a Comment