Monday, May 5, 2014

PENERANGAN GST UNTUK KEPENTINGAN WANITA


Golongan wanita mempunyai kuasa membeli yang besar, maka seharusnya juga mereka mengetahui bagaimana mereka boleh mendapatkan harga barangan yang lebih rendah jika GST dikenakan nanti.

Penetapan harga barangan sudah tentu mengambil kira kos cukai yang terpaksa pengeluar tanggung seperti cukai jualan 10 peratus atau cukai perkhidmatan 6 peratus yang dikenakan dalam skim percukaian masa kini.

Apabila skim cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atau VST (cukai nilai tambah) sebanyak 6 peratus, sudah tentu ia akan disambut baik oleh golongan wanita kerana mereka dapat berbelanja lebih (kerana harga barangan lebih murah) dan menyumbang lebih (kerana pungutan cukai kerajaan meningkat).

Mereka juga tentu menyedari betapa pentingkan kutipan cukai untuk sesebuah kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan sama ada untuk pendidikan percuma di sekolah, pendidikan bersubsidi di institusi pengajian tinggi negara dan pusat-pusat didikan kanak-kanak.

Wanita juga tidak pernah terkecuali dalam agenda pembangunan negara, sama ada yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat secara khusus atau melalui pelbagai kementerian lain secara amnya.

Sebagai contoh, rancangan membina hospital khusus untuk wanita dan kanak-kanak, bantuan kepada ibu-ibu tunggal, pinjaman kredit mikro kepada wanita (dari TEKUN dan pelbagai agensi), pembangunan usahawan wanita dan sebagainya - sudah menjadi bukti cukup yang cukai dikutip oleh kerajaan telah dikembalikan untuk faedah bersama rakyat.

SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI GST

Apakah itu GST?

GST = CUKAI BRGN DN PERKHIDMATAN (Good and Service Tax)
Masakini kita bayar 2 cukai atas setiap barangan / perkhidmatan yang kita beli / guna iaitu :
Cukai jualan. (5%) dan
Cukai perkhidmatan ( 10%);
Ini akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST

 
Mengapa kerajaan melaksanakan GST?

Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.


Apakah kadar GST?

 

Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.

Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?

Tidak semestinya, harga barang akan menjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6% berbanding cukai sebelum ini 16%.

Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.

Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan Pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah.

Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.

Jual beli dan sewa rumah kediaman

Perkhidmatan kewangan terpilih


Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?

Pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakn kerajaan.

Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

 
Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?

Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada: Melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.


Bagaimana pula dengan perniagaan?

Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016

Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016

Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bg yuran kesetiausahaan

Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015

Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015

Geran latihan GST RM100 juta 
Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
 

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?

Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.


Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?



Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?

Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

Perubahan harga barang atau perkhidmatan amat minimun apabila GST dilaksanakan.

Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

APA YANG PENTING IALAH;

GST bukan cukai baru, tetapi menggantikan cukai jualan & perkhidmatan. Masakini rakyat telah membayar 2 cukai.

GST mengambilkira pola perbelanjaan mengikut kategori pendapatan. Makan dan keperluan asas tidak dikenakan cukai.

GST bukan kos kpd perniagaan

IHP=INDEKS HARGA PENGGUNA akan turun bagi sesetengah barangan/ perkhidmatan spt:
- Pakaian, kasut
- Hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, dll
- Komunikasi

IHP MENINGKAT
- Minuman beralkohol & tembakau
- Pendidikn swasta
- Restoran dan hotel

GST bagi menggantikan kelemahan dlm kutipan cukai selama ini: Spt cukai bertindih, ketirisan dan lain-lain.

GST tidak meningkatkn kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini peniaga mungkin TIDAK terlepas dan terpaksa bayar.

GST DIKENAKN ATAS:
- Setiap peringkat pengedaran
- Atas nilai tambah
- Atas barangan dn perkhidmtan yg diimport
- Atas jualan barangan dan perkhidmatan di Malaysia

GST JUGA DIKENALI SEBAGAI VALUE ADDED TAX (VAT) ATAU CUKAI NILAI TAMBAH

GST (VAT)
Cukai penggunaan yang dikenakan ke ats aktiviti nilai tambah pad setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan.

Perlaksanaan GST merupakn salah satu langkah yang diambil kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dn telus serta dapat mengekalkan berlakunya:

1) CUKAI TERSELINDUNG
Kesan: cukai jualan yg dibyr di prngkt pengilngn tlh mnjd kos kpd pmborong dn peruncit, mk ianya tlh diambilkira di dlm pengiraan margin keuntungan

2) CUKAI BERTINDIH - BERLAKU DALAM 2 KEADAAN
a) Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu samada cukai jualan atau cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai perkhidmaatn yang dikenakerupakan sebahagian kos menyediakn perkhidmtn kepada pengguna.

b) Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barangan berkenaan dikenakan cukai barangan serta perkhidmatan
Kesan: Pengguna terpksa membayar harga lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian dari kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan prkhidmatan kepada pengguna.
Tuduhan pembangkang terhadap mereka yang sekarang tidak membayar cukai penggunaan terutama golongn miskin terpaksa membayar cukai penggunaan bila GST dilaksanakan; 

- Sebenarnya rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan perkhidmatan ke aats perbelanjaan harian mereka.

- Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam inbois atau resit kerana ia terselindung di daalm harga barangan.

- Sebagai contoh setiap RM100 yg dibelanjakan oleh golongn miskin, sebnyk RM 2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilksanakan dan dikenakan pada 6%, beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM2.17 sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka.

Adakh GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik?
 
IHP akan mengalami penurunan sebanyak 0.10%. Harga bagi 8 komponen yang akan turun:
- Pelbagai barangan dan perkhidmatan
- Restoran dan hotel
- Komunikasi
- Pengangkutan
- Hiasan, perkakasan & penyelenggaraan
- Perumhan, air, elektrik, gas, & bahan api
- Pakaian dn kasut
- Minuman alkohol dan tembakau


APA PERANAN PENGGUNA:

- Membuat perbandingn harga sebelum berbelanja
- Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna
- Melaporkan apa2 kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang berwajib atau persatuan pengguna
- Berbelanja secara berhemah

Peranan wanita dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara sememangnya tidak dapat dinafikan dan golongan tersebut seharusnya berasa bangga dengan sumbangan mereka yang boleh ditingkatkan lagi jika sama-sama menyokong usaha kerajaan memperkenalkan skim cukai baru GST.

Bagaimanapun, mereka seharusnya meningkatkan kefahaman mengenai ilmu percukaian baru itu dahulu bagi memudahkan mereka menerangkan kepada keluarga atau rakan-rakan mengenai kelebihan skim cukai baru itu, berbanding skim cukai kepada barangan dan perkhidmatan masa kini.

Bagi kerajaan pula, kutipan cukai akan membolehkan kerajaan terus membangunkan negara dan juga menjamin generasi masa depan agar hidup mereka sentiasa terbela dan mendapat segala kemudahan asas kehidupan dengan baik.

No comments:

Post a Comment