Kos pengambilan
pembantu rumah warga asing bakal diturunkan daripada RM8,000 kepada RM5,000 maksimum setelah didapati kos yang ditetapkan masa kini sangat tinggi dan membebankan.
Hal ini boleh dianggap isu ekonomi negara kerana apabila pembantu
rumah lari, para ibu terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka untuk
menjaga anak. Ini menyebabkan negara kehilangan bakat dan tenaga kerja
wanita.
Agensi pembantu rumah asing perlu bertanggungjawab terhadap pekerja yang melarikan diri atau bermasalah dalam tempoh kontrak selama dua tahun dan menggantikan pembantu rumah yang baru tanpa mengenakan kos dan fi kepada majikan.

Seramai 105,119 kes pembantu rumah lari
dilaporkan dari 2008 hingga 2013 dengan kerugian yang ditanggung
majikan melebihi RM1 bilion.
Kerajaan telah dicadangkan menubuhkan pusat sehenti yang bertindak merekod data pembantu rumah, sebagai pusat aduan kepada majikan yang menghadapi masalah berkaitan serta bantuan sosial seperti perkhidmatan guaman, kewangan dan perubatan kepada pembantu dan majikan.

No comments:
Post a Comment