Masihkah kita ingat kata-kata ini dari seorang isteri mangsa kehilangan MH370;
"Saya perlu menjadi seorang wanita bionik untuk menghadapi realiti hari ini. Secara beransur-ansur saya akan beritahu Imam yang ayahnya telah tiada dan
Muhammad adalah kekuatan untuk saya meneruskan hidup ini."
"In Shaa Allah Imam dan Muhammad akan beritahu. Cintaku untukmu akan kekal selamanya."
Ia adalah sebagain luahan hati Intan Maizura Othman isteri kepada Muhammad Hazrin.
Kini selepas 73 hari kehilangan pramugara Muhammad Hazrin bersama-sama 238 penumpang lain dalam tragedi MH370, Muhammad telah selamat dilahirkan pada Isnin lalu pada pukul 4.00 petang di Hospital Putrajaya, walaupun ayahnya tiada lagi. Anak hasil dari perkongsian hidup mereka telah diberi nama Muhammad telah diambil dari nama arwah ayahnya dan ia adalah kehendak arwah suaminya juga.
Pasangan ini juga mempunyai seorang anak perempuan berusia 4 tahun dan hari-hari ke hadapan, Maizura terpaksa berdepan dengan pertanyaan anaknya, Imam di manakah ayahnya. Setiap hari juga Imam akan bertanya bila ayahnya akan pulang dan setiap kali juga apabila terlihat gambar ayahnya di telefon bimbit Maizura, Imam meminta untuk bercakap dengan ayahnya. Begitulah hari-hari mendatang melayan kehendak anaknya Imam.
Kini setelah Muhammad dilahirkan, diharap Maizura mendapat kekuatan dan semangat yang lebih disamping sokongan dari keluarga, saudara-mara dan juga rakan-rakan. Pasti kehadiran Muhammad dapat memberi perhatian kepada kakaknya, Imam juga.
Al-fatihah untuk Muhammad Hazrin dan rakan-rakannya serta penumpang-penumpang mangsa kehilangan MH370... AL FATIHAH
No comments:
Post a Comment