Wednesday, February 26, 2014

PERVERT CABBIES ARRESTED IN KL


To all ladies in Kuala Lumpur, a few days ago this was reported earlier by The Star in an articel titled ... "Nightmare ride with Perver cabbie"

The victim is a 20 years lady and the accused aged 70s. She was said to be threatened and told to be silent about the obscene incidents.

Therefore, due to this unhealthy incident what happened next? What happened to the pervert cabbie? Was any action taken?

We were told by relevant sources that he was arrested and you can read further HERE

A few tips to ladies out there, how are we supposed to react should we faced similar situations;

  • Never load in the front seat next to the driver
  • Avoid shyly conversations
  • Divert to a more serious conversation probably politics?
  • Try not to travel alone
  • When this happened to you, look no further lodge a report to the police or direct complaint  to SPAD via the SPAD Aduan Hotline (1-800-88-7723), through email (aduan@spad.gov.my), via Twitter @aduanSPAD or on the SPAD official Facebook   page.

SYABAS diKambing-Hitamkan PAKATAN SELANGOR



Masalah air di Selangor telah pun dijangka seawal sekurang-kurangnya 4 tahun dahulu. Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar telah pun memberi amaran bahawa masalah air akan meruncing menjelang 2014 sekiranya tiada langkah awal dilakukan untuk menanganinya.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan pusat telah pun merangka projek bagi menyalurkan air dari Pahang ke Selangor melalui Projek Loji Langat 2 yang kemudiannya ditentang hebat oleh kerajaan PR Selangor.  Kerajaan PR menafikan yang Selangor bakal menghadapi masalah air dan turut mendabik dada kononnya mampu membawa masuk teknologi yang jauh lebih baik untuk merawat air berbanding cara konvensional oleh Loji Langat 2.
 
Di sebalik penafian PR, masalah air terus berlaku sejak beberapa tahun lepas dan semakin kronik pada tahun ini selaras dengan jangkaan pakar.

Apa yang dikesalkan ialah kerajaan Selangor enggan bertanggungjawab dan mengakui kesalahan.  Mereka sebaliknya menuding jari ke serata arah bagi mengelak kebodohan mereka dikesan oleh rakyat.  




Justeru, setiap kali krisis air berlaku, akan adalah pihak yang menuduhnya sebagai sabotaj oleh UMNO.  Selain UMNO, PR juga menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai tidak cekap menjalankan tugas.  Mereka juga turut menuduh Syabas sebagai kroni UMNO bagi menjustifikasi tuduhan sabotaj tadi.

Kita dapat mengesan bahawa strategi menyalahkan UMNO dan Syabas ini telah dimulakan seawal tahun lepas iaitu kemungkinan besar apabila kerajaan negeri mula menyedari yang kedegilan mereka telah memakan diri.  Kenyataan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew pada 8 Januari 2013 ketika melawat ke kawasan terjejas memperlihatkan bagaimana liciknya kerajaan negeri cuba menyalahkan Syabas.

Menurut Ronnie Liu, “Bekalan air di Selangor dijangka mencukupi sehingga 2016 sekiranya rumah pam tidak mengalami masalah kerosakan sekiranya 23 loji atau rumah pam yang ada di seluruh negara dalam berkeadaan baik.”  Ronnie Liu kemudiannya menyalahkan Syabas kerana gagal menyelenggara loji dengan baik.

Kenyataan Ronnie Liu sebenarnya membuktikan yang kerajaan negeri telah gagal membuat persediaan ke atas kemungkinan yang tidak dijangka, tetapi menyalahkan pihak Syabas yang telah berkali-kali mengingatkan tentang keadaan loji yang lama dan perlu menampung penambahan drastik pengguna setiap tahun.

Hari ini, strategi meletakkan kesalahan ke atas bahu Syabas ini giat dijalankan oleh Malaysiakini dan beberapa media pro-PR.  Pihak PR sedaya upaya cuba menggambarkan bahawa Syabas telah gagal mengemukakan perancangan kecemasan dan gagal bertindak dengan cekap dalam menguruskan pengedaran bekalan air.

Pendek kata, semuanya salah Syabas.  Komen-komen para pembaca setia Malaysiakini pula menuduh Syabas sebagai kroni UMNO dan sengaja mengsabotaj penghantaran air kepada rakyat sepertimana ‘skrip’ asal tadi.

Namun, majoriti rakyat tidaklah sebodoh penyokong PR.  Dari kesungguhan Malaysiakini memainkan isu menyalahkan Syabas secara konsisten, ramai yang mampu melihat bahawa kerajaan PR Selangor kini berada dalam keadaan buntu dan mungkin juga panik.  Mereka jelas telah ketandusan alasan untuk membela diri apabila krisis air benar-benar berlaku.

Apatah lagi dalam keadaan di mana PRK Kajang pula akan diadakan dalam masa terdekat, tentulah lebih sukar lagi bagi PR untuk berhadapan dengan rakyat.  Justeru, strategi yang tinggal hanyalah untuk menuding jari kepada orang lain secara agresif.

Adalah difahamkan bahawa Syabas langsung tidak dijemput oleh kerajaan negeri ke mesyuarat berkenaan masalah air di Selangor.  Tetapi, sebaik sahaja selesai mesyuarat, PR membuat kenyataan media dengan menyalahkan Syabas sepenuhnya.   Jika ini benar, maka ia merupakan satu taktik kotor dan amat tidak bertanggungjawab oleh pihak kerajaan negeri.

Setakat ini, Syabas telah membuat kenyataan media bagi membela diri dari terus difitnah oleh kerajaan negeri.   Kenyataan Syabas pada 25 Februari 2014 adalah seperti berikut:
 
“Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin merujuk kepada kenyataan Pengarah Strategi PKR dan Ahli Parlimen Pandan Y.B Rafizi Ramli baru-baru ini berkaitan dengan penutupan loji rawatan air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi semenjak 28 Januari 2014 akibat pencemaran ammonia di sumber air mentah Sungai Langat.
 
Pihak SYABAS ingin menegaskan bahawa kenyataan Y.B. Rafizi Ramli adalah tidak tepat dan tidak berasas. Tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.
 
Justeru itu, pihak SYABAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Y.B. Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali”.

Dari kenyataan media Syabas, tidak hairanlah kenapa krisis air begitu meruncing.  Rupa-rupanya kerajaan negeri langsung tidak tahu bidang tanggungjawab mereka dalam urusan bekalan air.  Inilah akibatnya jika bersikap bodoh-sombong tetapi teringin menjadi kerajaan.

Malang sekali bagi rakyat Selangor kerana memilih parti yang tidak tahu bidang tugas kerajaan negeri, enggan memikul apa-apa tanggungjawab dan penipu pula.  Mungkinkah krisis ini akan membuat rakyat Selangor merasa serik dengan PR?  Atau apakah mereka lebih rela berhadapan dengan masalah air yang kronik asalkan tidak ‘mengkayakan kroni UMNO’ - kononnya? 


Tuesday, February 25, 2014

BR1M BUKAN RASUAH




Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah daripada kerajaan sebaliknya pemberian wang tersebut bertujuan memantapkan ekonomi sekaligus mengukuhkan pendapatan rakyat melalui langkah-langkah fiskal dan rasionalisasi subsidi.
 
Pemberian BR1M merupakan bukti keikhlasan kerajaan BN membantu rakyat dan masuk kali ketiga disalurkan kepada golongan sasar.

“Mereka (penerima BR1M) hargai (bantuan ini) dan tidak rasa ini tidak baik. Mereka ucap terima kasih dan hargainya (kerana) dapat kurangkan beban. Bantuan ini sudah ada impak. Saya tidak fikir mereka akan termakan (dakwaan) pembangkang.

Pihak pembangkang bimbang dengan pemberian BR1M kerana langkah ini dilihat dapat mengurangkan pengaruh mereka kerana usaha kerajaan membantu rakyat di mana pembangkang menyifatkan BR1M adalah satu bentuk rasuah kerajaan kepada rakyat.

Pembangkang juga mendakwa BR1M membawa pembaziran kerana bantuan itu merupakan hasil penjimatan subsidi sebelum disalurkan terus kepada rakyat berpendapatan rendah.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, apabila adanya kekuatan ekonomi, baharulah kerajaan dapat membantu rakyat. Dengan adanya rekod urus ekonomi negara yang begitu cemerlang dan ekonomi negara tidak kucar kacir, pendapatan negara meningkat. Hasil dalam negara juga bertambah.

Telah diumumkan bahawa BR1M akan diteruskan selagi kerajaan BN menerajui negara dan jumlah bantuan  akan dinaikkan secara berperingkat sehingga RM1,200


JENAYAH SIBER MENURUN TETAPI KERUGIAN MENINGKAT?



Walaupun jumlah kes jenayah siber yang melibatkan penipuan di Internet menurun kepada 16,661 kes tahun lalu berbanding 18,386 kes pada tahun 2012, namun jumlah nilai kerugiannya meningkat kepada RM1.8 bilion daripada RM1.7 bilion dalam tempoh masa yang sama.

Walaupun kesnya menurun tetapi angkanya masih tinggi. Ini adalah kerana sikap tamak dan mudah mempercayai orang yang tidak dikenali menyebabkan ramai rakyat negara ini menjadi mangsa jenayah siber.


Malah ada yang percaya dengan kemampuan 'bomoh' di Internet untuk mengubati penyakit dan menyelesai masalah peribadi mereka hingga sanggup menyerahkan barangan kemas dan wang ringgit.


Mangsa juga didapati mudah teruja dengan kenalan baharu yang dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook.


Mangsa yang berasa dirinya bertuah kerana dipilih untuk berkenalan sanggup mengeluarkan duit berjuta ringgit bagi mendapatkan hadiah tertentu yang ditawarkan kenalan mereka, sebagai tanda persahabatan antara mereka.


Janganlah mudah percaya dengan kenalan baharu dan tawaran yang dibuat.


Mulakan dengan meminta nombor pasport kenalan baru anda dan buat rujukan misalnya dengan pihak Imigresen bagi mengenal pasti identiti individu berkenaan.


Jangan terperanjat apabila majoriti mangsa jenayah siber adalah golongan wanita yang lebih gemar berkomunikasi tanpa bersemuka.


Monday, February 24, 2014

KEDUDUKAN MALAYSIA DI HAJARUL ASWAD



Seorang YB telah mengirimkan gambar ini dan rasa terpegun bila mengetahui kedudukan Malaysia berada di sudut Hajarul Aswad.

Alangkah bersyukurnya apabila kita mengetahui doa kita rakyat Malaysia berada di pintu doa-doa yang mustajab.

Hajar Aswad merupakan batu terakhir pemberian malaikat Jibril yang kemudian diletakkan oleh Nabi Ibrahim untuk menyelesaikan pembangunan Ka'bah.

Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, yaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘RUBY’ yang diturunkan Allah dari surga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari delapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak. Batu hitam itu sudah licin karena terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan bahkan milyaran manusia sejak Nabi Adam, yaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji maupun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahwa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahwa disunatkan membaca do’a ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahwa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.

ASAL – USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membangun Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mau membangunnya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka’bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka’bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Perhatikan Rahasia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby surga yang kalaulah tidak karena sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”
Dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.

2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada saat Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedot Dosa tanpa kita sadari, alangkah beruntungnya orang yang bisa menyentuh, mengusap dan memegangnya.

Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahwa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari surga dan setiap sesuatu yang keluar dari surga akan kembali ke surga sebelum kiamat”.

Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudorat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu. Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam prosesi ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekedar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatabpun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahwa kau hanyalah batu, kalaulah bukan karena aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”

Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam, scientis muslim, dan orang -orang yang pandai bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang picik sekali akalnya. Karena ada rahasia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya : 

Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. 
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (QS. An-Najm : 53 ) 

Allaaahu Akbar, Tiada Ilah lagi Yang Berhak DiSembah Selain Allah dan Bersaksi bahwa Muhammad Saw adalah Utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rosul, Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rosul.

Mulai Detik Ini mari kita mencoba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohnya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya, sekalipun kita tidak mengerti rahasia besar di sebaliknya.




Sunday, February 23, 2014

ISTERI SENDIRI TIDAK YAKINI ANWAR



Wajah kesayangan Wan Azizah... ada bantahan?

  Setelah sekian lama mengambil pendekatan mendiamkan diri, akhirnya Presiden PKR, Wan Azizah Wan Izmail akhirnya tampil membuat kenyataan sambil menolak dakwaan yang mengatakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Abdul Khalid Ibrahim.

"Tan Sri Khalid sudah mengendalikan kerajaan negeri dan kita sudah tengok sebagai Menteri Besar Selangor... tidak ada cacat cela.. jadi kita teruskan. Kehadiran Anwar (di Selangor) pula, hanya nak membantu.. " katanya semalam apabila diminta mengulas mengenainya.

Anwar sebelum ini menyifatkan pentadbiran Khalid lemah kerana gagal menguruskan dana kewangan negeri dengan baik sehingga menyebabkan Selangor mempunyai lebihan kewangan yang banyak seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Dia turut membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.

Ketika diwawancara oleh Australia’s Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model, sebelum pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses pakatan” katanya.

Paling menarik, portal pro-pembangkang, Malaysiakini juga seolah-olah menyokong idea untuk ‘memecat’ Khalid itu apabila sering melaporkan artikel yang berkaitan dengannya. Sidang redaksi portal tersebut turut melaporkan kajian, kononnya 576 warga Kajang (yang dianggap sebagai suara majoriti penduduk Kajang) turut bersetuju dengan cadangan dan harapan Anwar, untuk bergelar Menteri Besar.

Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas, tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu antaranya kepimpinan sayap Pemuda Pas Pusat dan Pemuda Pas Selangor yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazirkan wang rakyat.

Desas-desus mengatakan, Anwar dikatakan sudah pun mendapat sokongan DAP namun masih pening dengan penegasan Pas yang kononnya mahukan Khalid terus kekal dalam jawatan itu.

Paling menarik, ada yang mengatakan,  sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.

Saturday, February 22, 2014

KUASA WANG DI TANGAN WANITA



Wanita mungkin golongan yang sering dikaitkan dengan karakter lemah lembut. Namun, kajian selama tiga tahun yang dijalankan di seluruh dunia baru-baru ini, mendapati 80 peratus keputusan untuk membelanjakan wang, banyak ditentukan oleh wanita sekali gus menunjukkan kuasa dan pengaruh besar yang dimiliki mereka.

Kajian itu digelar High Heeled Warriors, dijalankan oleh NBCUniversal yang berjaya mengumpul data unik mengenai gaya hidup wanita di rantau Asia yang mempengaruhi gaya mereka terhadap perbelanjaan keluarga serta diri sendiri. Wanita juga didapati mengawal perbelanjaan barangan pengguna yang bernilai RM65 trilion di seluruh dunia.

Daripada kajian berkenaan, wanita dibahagikan kepada lima kumpulan berdasarkan motivasi hidup, aspirasi, peribadi serta pilihan barangan pengguna seperti media, elektronik, kewangan, pengembaraan, fesyen, kecantikan dan automotif. Lima segmen wanita itu adalah trailblazer, passionista, heart-warmer, social-sider dan peace-keeper. 

Trailblazer
Golongan wanita ini mempunyai impian besar, suka mencabar diri sendiri dan bercita-cita tinggi untuk bersaing dengan lelaki dan mencapai kejayaan serta menyerlah dalam kerjaya mereka.
Wanita daripada kumpulan itu juga mempunyai kemampuan berbelanja yang besar dan tidak takut menunjukkan kemewahan yang ada pada diri mereka dengan cara membeli barangan berjenama serta hanya memilih kenderaan mewah.


Passionista
Golongan wanita ini bersikap spontan, suka mengembara dan bersedia untuk apa saja yang membuatkannya gembira dan teruja dalam karier. Mereka juga suka berdikari dan mahu hidup mengikut rentak terkini.


Heart-warmer

Golongan wanita ini amat mementingkan keluarga mereka selain setia, penyayang dan menjadi tulang belakang kuat kepada keluarga.

Motivasi hidup mereka adalah keluarga dan karier mereka dibina berdasarkan keseimbangan antara keluarga dan kerjaya. Biarpun gemar kepada barangan berjenama, golongan ini lebih berjimat-cermat dan berbelanja mengikut bajet demi keluarga.


Social-sider
Golongan wanita ini pula mempunyai sikap optimistik dalam kehidupan, gemar bersosial dan mempunyai ramai rakan. Biarpun gemar berkenalan dengan ramai rakan baru, golongan ini juga gemar menonton televisyen sebagai cara untuk mengisi masa lapang mereka.

Peace-keeper
Golongan wanita ini sukakan kehidupan yang tenang, ringkas, stabil dan mudah dijangka. Mereka mempunyai pandangan yang tradisional mengenai kehidupan, setia pada produk dan memiliki cita rasa terhadap barangan berkualiti.

Pengarah Urusan Universal Networks International Asia Pasifik, Christine Fellowes berkata, fakta itu tidak menghairankan dapat dilihat daripada kuasa membeli wanita di Asia yang semakin kukuh dan cita rasa mewah wanita berjaya.

Keadaan itu dapat dilihat di China yang mana 30 peratus pemilik kereta Ferrari yang terkenal sebagai kereta berkuasa tinggi yang menyerlah dan paling mewah dalam kelasnya adalah golongan wanita.

“Kami melihat jumlah wanita yang berpelajaran tinggi, berpendapatan besar dan memiliki aspirasi yang tinggi semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Rantau Asean memiliki jumlah wanita paling ramai yang menjawat peranan dalam pengurusan kanan di dunia iaitu sebanyak 32 peratus berbanding 21 peratus di bahagian lain dunia,” katanya.

Kajian berkenaan dijalankan dalam kalangan 3,000 wanita berusia antara 20 hingga 44 tahun membabitkan responden dari Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Hong Kong.

Menurut Fellowes, 31 peratus wanita di Asia adalah penjana pendapatan keluarga serta membeli 60 peratus barangan yang secara tradisinya dibeli oleh lelaki.

Keadaan itu membuatkan kehendak dan keperluan kaum wanita perlu diberi perhatian serius oleh pengeluar produk sekiranya mereka mahu mendapat keuntungan yang tinggi dalam jualan.

Di Malaysia sendiri, 55 peratus wanita didapati memiliki sekurang-kurangnya satu jenis barangan mewah dan membelanjakan kira-kira RM4,600 setiap tahun untuk mendapatkan barangan mewah.

Penemuan itu juga mendapati, satu daripada tiga wanita di seluruh negara menjadi ketua keluarga yang mencari pendapatan atau menyumbang lebih banyak wang dalam keluarga berbanding pasangan mereka.

“Sebanyak 28 peratus wanita di Malaysia juga memegang jawatan tinggi di bahagian pengurusan kanan syarikat. Biarpun fakta menunjukkan kuasa membeli yang ada pada wanita, masih ramai syarikat yang gagal menghasilkan produk yang memenuhi selera wanita,” katanya.

Tuesday, February 18, 2014

WANITA SAUDI DILANTIK SEBAGAI KETUA PENGARANG

Somayya Jabarti

Buat pertama kali seorang wanita telah dilantik sebagai Ketua Pengarang di sebuah syarikat akhbar harian.

The Saudi Gazette, akhbar berbahasa Inggeris telah mengumumkan di laman web mereka ke atas perlantikan Somayya Jabarti yang menggantikan Khaled Almaeena.
 
Di dalam edisi hari Ahad akhbar tersebut, Khaled telah menulis bahawa Jabarti telah berjaya merebut peluang ini kerana meritnya, dan menyatakan beliau adalah seorang yang mempunyai kesungguhan dan wartawan yang berdedikasi.

Jabarti pula menyifatkan sebagai berkata, "Terdapat keretakan di siling kaca. Dan saya berharap ia akan menjadi pintu pula."

Di dalam satu temubual dengan Berita al-Arabiya, beliau mengakui akan rasa tanggungjawab yang besar.

"Tindakan-tindakan saya akan memberi kesan kepada rakan-rakan wanita Saudi," jelas Jabarti.

 Jabarti tidak pernah menghadapi sebarang "sexism" di The Gazette.

"Majoriti wartawan di sini adalah wanita - bukan kerana kami pilih kasih dan memilih wanita daripada lelaki. Terdapat lebih ramai wanita yang berminat dalam bidang kewartawanan, dan juga wartawan."

Sebelum menyertai the Gazette pada Mac 2011 sebagai Timbalan Ketua Pengarang, Jabarti telah berkhidmat di akhbar yang menjadi saingan iaitu Arab News.

Almaeena, pengarang Arab New dari tahun 1982 hingga 1993 dan 1998 hingga 2011, menyatakan, "Jabarti telah bekerjasama dengan saya selama hampir 13 tahun, dan saya mempunyai impian untuk melihat seorang wanita Saudi menembusi benteng dominasi lelaki sebagai ketua pengarang."

"Ia bukanlah persoalan jantina tetapi merit yang menentukan dan menjayakan beliau memperoleh peluang ini," tambah Almaeena.


KWSP UMUM BERITA BAIK - DIVIDEN 6.35 PERATUS



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 bagi ahlinya, iaitu peningkatan berbanding tahun 2012.
 
Tahun lepas KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 6.15 peratus.

Pengerusi Lembaga KWSP Tan Sri Samsudin Osman dalam kenyataan di sini hari ini berkata, ini merupakan bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada ahlinya, peningkatan 13.66 peratus berbanding RM27.45 bilion pada 2012.

Beliau berkata penyata akaun KWSP yang telah dikredit dividen 2013 boleh disemak mulai sekarang secara atas talian melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my

"Ahli juga boleh mendapatkan penyata akaun mereka dari Kios KWSP atau cawangan KWSP yang berdekatan mulai Isnin, 17 Februari 2014," katanya.

Tambah beliau, maklumat dividen 2013 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, di pejabat KWSP, Twitter KWSPBuzz dan YouTube.

Beliau berkata kadar dividen ini diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar yang mencatat rekod tertinggi sebanyak RM35 bilion, meningkat 12.81 peratus daripada RM31.012 bilion yang dicatat pada 2012.

"Pembayaran dividen 2013 diperoleh setelah ditolak peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen untuk pengeluaran," katanya.   
Samsudin berkata ekuiti muncul sebagai penyumbang terbesar kepada pendapatan pelaburan kasar KWSP pada 2013, menjana RM19.52 bilion pendapatan, peningkatan ketara sebanyak 40.39 peratus berbanding RM13.90 bilion yang dicatat pada 2012.

"Portfolio ekuiti KWSP menjana pulangan nyata dua angka, mengatasi prestasi dana lain yang sama," tambah beliau.

Beliau berkata prestasi kukuh dalam portfolio ekuiti telah disokong oleh indeks domestik dan global yang mencapai paras tertinggi, berikutan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan kekuatan asas ekonomi pasaran domestik selepas berakhirnya PRU13.

Menurut beliau, dengan jumlah ahli KWSP meningkat kepada lebih 13 juta, sebanyak RM4.91 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2013.

Ini merupakan 10.06 peratus lebih tinggi berbanding RM4.46 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2012. Amaun yang diperlukan untuk membayar satu peratus kadar dividen akan terus meningkat antara lapan dan sembilan peratus setahun, jelasnya.

"Di sebalik kelembapan ekonomi global dan ketidaktentuan kewangan, KWSP tetap teguh dan pencapaiannya adalah bukti usaha dan inisiatif berterusan pengurusan KWSP untuk mengekalkan kestabilan kewangan dalam jangka panjang," kata beliau.

Jelas Samsudin, dengan strategi pelaburan berhemah dan mantap, prestasi KWSP adalah konsisten dan stabil, terutamanya untuk lima tahun yang lepas.

"Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, KWSP telah mempelbagaikan portfolio dengan memperluaskan skop aset pelaburan bagi menguruskan risiko pasaran dan menjana pulangan yang konsisten," tambah beliau. - Bernama

Monday, February 17, 2014

DASAR WANITA NEGARA : SIRI 1



Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah melupakan sumber ekonomi yang penting. Buat masa ini, mereka merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga buruh. 

Dari segi penyertaan buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam tahun 1990. Di sektor luar bandar dan pertanian, wanita terus merupakan faktor penting. Gunatenaga wanita juga telah bertambah dengan banyaknya di dalam sektor pembuatan terutamanya dalam sektor tekstail dan elektronik. 

Di sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan masyarakat, sosial, persendirian serta sektor awam, penyertaan wanita juga kian meningkat. Wanita juga telah lama memainkan peranan yang aktif di bidang politik negara. Mereka merupakan kumpulan pengundi yang kuat dan sering memainkan peranan sebagai penarik pengundi. 

Kerajaan telah lama mengiktiraf sumbangan besar wanita di dalam pembangunan negara. Oleh itu kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara dengan membuka peluang‐peluang yang lebih luas bagi menceburi bidang sosial, ekonomi dan politik. Beberapa institusi telah ditubuhkan untuk mengintegrasikan wanita ke dalam aliran utama pembangunan. 

Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) di Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada tahun 1976 bagi menterjemahkan pelan tindakan sedunia mengenai wanita dalam pembangunan negara. Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) telah ditubuhkan untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan‐perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor awam dan swasta bagi faedah kaum wanita. Selain daripada bertindak sebagai pusat maklumat utama mengenai hal ehwal wanita, HAWA juga berfungsi sebagai urusetia kepada NACIWID.
 
Sistem penyampaian pelbagai perkhidmatan sokongan untuk wanita telah diperkukuhkan lagi melalui aktiviti organisasi‐organisasi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun‐pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan beberapa Lembaga Kemajuan Wilayah.  

Penubuhan sebuah agensi amanah bukan kerajaan iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut membantu mempertingkatkan penyertaan kaum wanita terutamanya di luar bandar di dalam aktiviti‐aktiviti ekonomi bukan ladang.
 
Pertubuhan‐pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain juga memainkan peranan yang penting ke arah meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti‐aktiviti ekonomi dan sosial.
NGO seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan‐pertubuhan Wanita (NCWO), Perkumpulan Wanita (Wl), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Pertubuhan Bantuan Wanita Islam dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam serta pertubuhan‐pertubuhan wanita yang lain telah menyediakan berbagai program pembangunan berbentuk jayadiri dan kemudahan‐kemudahan sokongan yang lain.