Monday, February 17, 2014

WANITA PUN BOLEH - SIRI 1

TOKOH WANITA - TAN SRI DATO' UNGKU DR ZETI AKHTAR UNGKU ABDUL AZIZ
 
Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz dilahirkan 27 Ogos 1947 yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.

Beliau dilahirkan di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal kemudain melanjutkan pengajian sarjana dan doktor falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Ayahanda dan Bonda
PAda tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
 
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.
 
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah dinobatkan sebagai wanita pertama Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1432H peringkat Kebangsaan di Putrajaya. Secara langsung memecahkan rekod lelaki yang mendominasi anugerah ini sejak diperkenalkan 24 tahun lalu.
 
Beliau adalah ikon dalam industri perbankan dan pengiktirafan turut diberikan sebagai wanita yang paling berkuasa dalam kewangan pada tahun 2000 oleh majalah Global Finance.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment