Tuesday, February 18, 2014

WANITA SAUDI DILANTIK SEBAGAI KETUA PENGARANG

Somayya Jabarti

Buat pertama kali seorang wanita telah dilantik sebagai Ketua Pengarang di sebuah syarikat akhbar harian.

The Saudi Gazette, akhbar berbahasa Inggeris telah mengumumkan di laman web mereka ke atas perlantikan Somayya Jabarti yang menggantikan Khaled Almaeena.
 
Di dalam edisi hari Ahad akhbar tersebut, Khaled telah menulis bahawa Jabarti telah berjaya merebut peluang ini kerana meritnya, dan menyatakan beliau adalah seorang yang mempunyai kesungguhan dan wartawan yang berdedikasi.

Jabarti pula menyifatkan sebagai berkata, "Terdapat keretakan di siling kaca. Dan saya berharap ia akan menjadi pintu pula."

Di dalam satu temubual dengan Berita al-Arabiya, beliau mengakui akan rasa tanggungjawab yang besar.

"Tindakan-tindakan saya akan memberi kesan kepada rakan-rakan wanita Saudi," jelas Jabarti.

 Jabarti tidak pernah menghadapi sebarang "sexism" di The Gazette.

"Majoriti wartawan di sini adalah wanita - bukan kerana kami pilih kasih dan memilih wanita daripada lelaki. Terdapat lebih ramai wanita yang berminat dalam bidang kewartawanan, dan juga wartawan."

Sebelum menyertai the Gazette pada Mac 2011 sebagai Timbalan Ketua Pengarang, Jabarti telah berkhidmat di akhbar yang menjadi saingan iaitu Arab News.

Almaeena, pengarang Arab New dari tahun 1982 hingga 1993 dan 1998 hingga 2011, menyatakan, "Jabarti telah bekerjasama dengan saya selama hampir 13 tahun, dan saya mempunyai impian untuk melihat seorang wanita Saudi menembusi benteng dominasi lelaki sebagai ketua pengarang."

"Ia bukanlah persoalan jantina tetapi merit yang menentukan dan menjayakan beliau memperoleh peluang ini," tambah Almaeena.


No comments:

Post a Comment