Walaupun jumlah kes jenayah siber yang melibatkan penipuan di Internet
menurun kepada 16,661 kes tahun lalu berbanding 18,386 kes pada tahun
2012, namun jumlah nilai kerugiannya meningkat kepada RM1.8 bilion
daripada RM1.7 bilion dalam tempoh masa yang sama.
Walaupun kesnya menurun tetapi angkanya masih tinggi. Ini adalah kerana sikap tamak dan mudah mempercayai orang yang tidak dikenali menyebabkan ramai rakyat negara ini menjadi mangsa jenayah siber.
Malah ada yang percaya dengan kemampuan 'bomoh' di Internet untuk mengubati penyakit dan menyelesai masalah peribadi mereka hingga sanggup menyerahkan barangan kemas dan wang ringgit.
Mangsa juga didapati mudah teruja dengan kenalan baharu yang dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook.
Mangsa yang berasa dirinya bertuah kerana dipilih untuk berkenalan sanggup mengeluarkan duit berjuta ringgit bagi mendapatkan hadiah tertentu yang ditawarkan kenalan mereka, sebagai tanda persahabatan antara mereka.
Janganlah mudah percaya dengan kenalan baharu dan tawaran yang dibuat.
Mulakan dengan meminta nombor pasport kenalan baru anda dan buat rujukan misalnya dengan pihak Imigresen bagi mengenal pasti identiti individu berkenaan.
Jangan terperanjat apabila majoriti mangsa jenayah siber adalah golongan wanita yang lebih gemar berkomunikasi tanpa bersemuka.

No comments:
Post a Comment