Saturday, February 15, 2014

Program Aman Wanita (Amanita) @PDRM untuk suri rumah


Program Aman Wanita (Amanita) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menarik lebih 2,000 golongan suri rumah di ibu kota untuk mengambil bahagian dalam usaha pencegahan jenayah.
 
Pegawai Turus Amanita Kuala Lumpur, Supritendan Aida Abdul Hamid berkata, melalui program yang dilancarkan kira-kira tiga bulan lalu itu, golongan suri rumah dapat menyalurkan maklumat mengenai kes jenayah yang berlaku di kawasan perumahan mereka.

“Di bawah program ini, suri rumah dapat menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak polis.

“Kita berharap mereka akan lebih berani dan selesa untuk tampil menyalurkan apa sahaja maklumat berkaitan keselamatan dan jenayah selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program ceramah berkaitan jenayah komersial, narkotik, seksual dan penderaan kanak-kanak anjuran Wanita UMNO Titiwangsa di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment