Sunday, June 29, 2014

PERDANA MENTERI : HARGAI KEMANISAN BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT


Umat ​​Islam harus mengambil kesempatan dari bulan Ramadhan untuk memupuk semangat perpaduan dalam agenda yang mulia untuk memenuhi kewajipan agama, demikianlah kata Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan Ramadhan Kareem 1435H.
 
Di dalam mesejnya juga, DS Najib juga meminta di dalam bulan mulia ini di samping umat Islam mengukuhkan hubungan dengan Allah swt, hubungan baik dengan ahli keluarga dan masyarakat juga jangan diabaikan. 
 
28 Jun, 2014
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

  1. Alhamdulillah, kita mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, dengan ihsanNya dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini.
  2. Sesungguhnya, kehadiran Ramadhan 1435 Hijrah ini sentiasa kita nanti-nantikan. Inilah masanya, kita mengambil peluang yang sangat bernilai untuk menghayati kemanisan beribadah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  3. Ramadhan mempersatukan kita dalam satu agenda ibadah yang murni. Semangat kesatuan inilah yang seharusnya kita manfaatkan dalam memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga khasnya dan masyarakat amnya. Impian kita bagi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif serta berstatus negara maju, kita kekalkan komitmen ini dengan penuh kepasrahan kepada Allah SWT.
  4. Oleh itu, sebagaimana Sahifah Madinah menjadi pengikat dan penyatu kepada warga majmuk Kota Madinah dahulu, maka saya menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bahasa dan agama agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai penyatu dan pemandu keharmonian kita bernegara.
  5. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ketenangan. Bulan yang dipenuhi keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Semoga rahmat Ramadhan yang hadir ini menjadi pemangkin perpaduan dan kemakmuran bagi meneruskan misi transformasi negara.
  6. Dalam pada itu, di samping kita isi dan hiasi Ramadhan ini dengan ibadah puasa, tilawah al-Quran, bersedekah, berziarah, beriktikaf, saling menjamu iftar dan bertarawih, janganlah kita lupa untuk mengambil peluang ini untuk saling mendoakan kebaikan. Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 186 semasa menyentuh berkenaan Ramadhan yang bermaksud:
  7. “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu…”
  8. Semoga Ramadhan tetap menjadi bulan untuk kita mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa mendatang. Diakhiri perutusan ini dengan harapan, semoga Ramadhan kali ini akan memperkukuhkan kesatuan hati sesama kita dalam meninggikan kalimah Allah di bumi tercinta ini.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Saturday, June 28, 2014

BEKAS MODEL PLAYBOY BERSEDIA MEMELUK ISLAM

Setelah hampir lima bulan mendalami agama Islam, bekas model Playboy Felixia Yeap secara rasmi mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada 5 Ramadan, atau 3 Julai, yang akan datang.

Jelitawan berusia 28 tahun itu berkata tarikh tersebut dipilih kerana selain jatuh pada hari lahirnya, ia juga merupakan tarikh kegemaran Rasulullah.

‎Sebelum ini, Felixia mengejutkan orang ramai dengan keputusannya memakai tudung walaupun belum memeluk agama Islam. Namun, tahun lepas, beliau mengakui begitu tertarik dengan pemakaian berlandaskan ajaran Islam. 

Anak kelahiran Ipoh selepas itu mengakui akan hasratnya memeluk Islam namun masih belum memutuskan waktu sesuai dan mahu mendalami terlebih dahulu ajaran agama. Felixia turut mengakui perubahan dirinya yang berhijab kini menyebabkan disisih oleh rakan-rakannya.

Keluarganya terutama ibunya begitu menyokong perubahan positif dirinya. Tambahnya setelah hatinya terbuka mendalami Islam, beliau merasakan perubahan kerana meskipun ditimpa pelbagai dugaan, beliau yakin Allah akan melindunginya.

Perbezaannya kini, beliau tahu Allah berada di sisi dan berdoa untuk diberikan kekuatan, kelapangan dan kesabaran menempuhi dugaan‎.

Namun jelitawan itu enggan mendedahkan tempat yang dipilih untuk beliau melafazkan kalimah syahadah dan nama Islamnya juga akan diumumkan kemudian.

Mengakui begitu teruja kerana pertama kali berpeluang merasai pengalaman berpuasa, Felixia berkata dia sudah bersedia menempuhi cabaran selama 30 hari itu. Teruja pada masa yang sama berdebar-debar. Beliau berharap mampu untuk berpuasa penuh sambil menyifatkan ia sebuah cabaran kerana mengalami sakit gastrik, tetapi akan belajar bagaimana untuk mengatasinya.

Seperti umat Islam lain, Felixia berkata beliau sudah membeli buah kurma sebagai persediaan puasa cuma terdapat perkara seperti penyediaan makanan untuk bersahur dan juadah berbuka yang perlu diuruskan kerana beliau tinggal seorang.

Felixia telah diusik dengan soalan nakal seperti ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan bakal suami. Felixia mencari seorang lelaki beriman yang dapat membimbingnya ke syurga dan yang pasti sayanginya dan Allah memandangkan beliau adalah mualaf selepas masuk Islam dan perlu bimbingan serta kuat dalam membantunya.

TIPS KESIHATAN UNTUK IBADAH YANG MAKSIMA DI BULAN RAMADHAN


Matlamat puasa adalah taqwa. Sebagaimana Alah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183: ‘”Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”.  Di dalam keinginan tinggi  kita mendapat taqwa, aspek-aspek kesihatan dan pemakanan perlu diambil kira agar tubuh badan kita dapat melaksanakan segala ibadah sebaik mungkin.

Antara tips-tips kesihatan yang ingin saya kongsikan adalah:

1. Berbuka dengan ruthaab, tamar atau air

Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6 dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan.

Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam Abu Daud dan Al-Hakim  ‘Rasulullah saw berbuka dengan memakan beberapa Ruthaab sebelum solat, kalau tiada Ruthaab maka baginda berbuka dengan Tamar, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk’.


Bersegeralah berbuka. Tetapi kawal makan semasa berbuka. Sebaiknya kita berbuka dengan karbohidrat ringkas seperti kurma, bersolat dan seterunya menikmati juadah yang lebih berat. Dengan itu kita akan mendapat tenaga segera dengan memakan karbohidrat ringkas dan menyediakan perut kita bagi menghaDam makanan yang lebih kompleks. Perut yang kosong selama 14 jam akan lebih baik jika didedahkan dengan makan secara beransur-ansur.

Kita juga jangan menganggap juadah berbuka adalah gabungan makan pagi, tengahari dan  petang  yang ditinggalkan beserta makan malam. Berbuka melebihi had menyebabkan badan menjadi letih dan kurang cergas untuk beribadat. Konsentrasi solat juga akan terganggu. Adalah baik bahawa kuantiti juadah yang kita nikmati adalah seperti kuantiti makan malam biasa. Kita berhenti makan sebaik sahaja merasakan perut akan penuh.

2. Melebihkan minum air kosong
Kita digalakkan meminum sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Tetapi rata-rata amalan meminum air kosong berkurangan di bulan Ramadhan.  Apa yang kerapkali berlaku adalah kita minum air manis (air tebu, cincau, oren, sirap etc) dalam kadar yang banyak semasa berbuka serta ditambah dengan meminum air manis (milo, nescafe, teh susu) selepas tarawih dan semasa bersahur. Sebaiknya kita perlu mengurangkan minum air manis semasa berbuka dan membanyakkan meminum air kosong selepas tarawih. Air kosong penting bagi proses perkumuhan dari buah pinngang.

Puasa Ramadhan adalah satu period yang penting berlakunya proses ‘detoksifikasi’. Detoksifikasi adalah proses pembersihan racun dan toksin dari badan. Ketika berpuasa organ pencernaan makanan seperti perut dan pankreas berehat. Ia membantu organ pembersihan seperti usus, hati dan ginjal berfungsi dengan lebih berkesan mengeluarkan toksin  dari badan. Ketika puasa juga,  bahan simpanan dalam badan (lemak) ditukar kepada glukos untuk menghasilkan tenaga. Bahan toksin yang ‘larut lemak atau lipid soluble’ akan dibuang bersama. Namun begitu, proses detoksifikasi  tidak berkesan jika  kurang air di dalam badan.
Ada pendapat mengatakan bahawa minuman ais/sejuk adalah tidak baik bagi kesihatan kerana air yang sejuk di dalam perut akan menyebabkan lemak berkumpul dan mengganggu proses penghadaman. Walaupun pandangan ini diterima ramai, tiada fakta perubatan untuk mengesahkannya. Air  sejuk/ais adalah hidangan hampir wajib di setiap rumah semasa berbuka di negara kita.  Dari kalangan doktor dan pakar perubatan sukakan air sejuk kerana ianya tidak membuang masa untuk menghabiskannya berbanding minuman panas. Dengan itu kami dapat bertugas dengan lebih cepat.
 
3. Sebaiknya masak sendiri juadah berbuka

Juadah berbuka sebaiknya dimasak sendiri atau oleh isteri. Dengan itu kita dapat megawal kadar pengambilan lemak, gula dan garam dalam makanan serta tahap kebersihan penyediaannya.  Makanan yang dibeli di Pasar Ramadhan adalah di luar kawalan kita dalam aspek tersebut. Cadangan ini mungkin tidak praktikal kepada para pelajar serta pekerja yang penat setelah seharian bekerja.  Tetapi bagi  suri rumah dan pekerja yang dapat balik lebih awal, perkara ini boleh diusahakan. Setidak-tidaknya kita menyediakan juadah berbuka pada hujung minggu dan hari cuti.

Satu trend  yang kurang sihat yang berlaku di bandar-bandar adalah menghadiri ‘Buffet Ramadhan’ di hotel-hotel. Hotel-hotel ini biasanya menawarkan pelbagai juadah istimewa sebagai penarik dengan harga yang tidak murah. Secara psikologinya, setelah mengeluarkan belanja yang tidak sedikit, kita akan cenderung makan sepuas mungkin. Ini menyebabkan kita terlebih kenyang dan ini tidak membantu dalam pengamalan makanan yang sihat. Ini tidak termasuk dengan status halal dapur-dapur hotel yang diperkatakan sekarang.

Perbanyakkan makan buah dan sayur dalam bulan Ramadhan. Buah-buahan dan sayur mempuyai banyak serat serta anti-oksident. Serat penting  bagi melancarkan sistem penghadaman. Manakala anti-oksident adalah elemen penting anti-penuaan dan melawan penghasilan barah. Saya mencadangkan supaya kita memakan lebih banyak sayur semasa berbuka dan menggantikan kuih-muih yang dimakan dengan buah-buahan selepas tarawih serta semasa bersahur.

4. Lewatkan bersahur

Rasulullah saw menyuruh kita bersahur serta melewatkannya. Rasulullah saw  bersabda  ‘bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada barakah’ (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai, Ibn Majah).

Sahur yang dilewatkan sebenarnya adalah sarapan pagi yang awal atau  ‘early breakfast’. Sebenarnya makanan yang paling penting dalam sehari adalah makan pagi. Orang yang bersarapan pagi mempunyai risiko kurang 50% mendapat sakit jantung dan kurang risiko gemuk dan kencing manis. Sahur akan memberikan tenaga sepanjang puasa selama sehari. Glukos darah yang kurang di awal pagi akan terus kurang jika kita tidak bersahur. Bahkan bersahur lebih penting bagi kanak-kanak kerana tubuh mereka yang kecil.

Semoga penjagaan kesihatan semasa puasa Ramadhan  dapat menjadikan badan cergas bagi melaksanakan ibadah semaksima mungkin. Kerana kita tidak tahu Ramadhan kali ini mungkin  yang terakhir bagi kita.
 
 

'BONUS BAYI' AKAN DIPERKENALKAN UNTUK IBUBAPA



Kerajaan akan memperkenalkan insentif untuk meningkat penurunan kadar kesuburan negara (kelahiran setiap wanita), termasuk menyediakan 'bonus bayi kepada ibu bapa seperti yang diamalkan oleh Singapura.

Kementerian telah menyusun maklumat mengenai cara-cara untuk menangani kemerosotan, termasuk program 'bonus bayi', yang akan dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11.
 
Di bawah program Bonus Bayi Singapura dilancarkan pada tahun 2012, ibu bapa menerima S $ 6,000 (RM15, 500) untuk dua orang anak pertama mereka, yang akan dibayar dalam tiga ansuran dalam setahun.

Ibu bapa akan terus menerima S $ 8,000 (RM20, 600) untuk kanak-kanak ketiga dan yang keempat. Program ini adalah sebahagian daripada langkah republik itu untuk mengimbangi kos yang tinggi menaikkan keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Seri Rohani menyuarakan kebimbangan tentang penuruan kadar kesuburan negara walaupun peningkatan penduduk negara daripada 23.5 juta pada 2000-30000000 tahun lepas.

Kadar kesuburan mencatat penurunan daripada tiga kanak-kanak tahun 2000 kepada 2.4 kanak-kanak pada tahun 2010 dan kini pada 2.1 kanak-kanak.

Antara sebab-sebab adalah kelewatan dalam perkahwinan, meningkatkan bilangan wanita di institusi pengajian tinggi, faktor kerja dan kos membesarkan anak-anak.

Walaubagaimanapun, Malaysia bukan satu-satunya negara yang menghadapi masalah ini kerana negara-negara membangun yang lain juga menghadapi kesukaran yang sama.
 
Isu ini perlu ditangani atau ia akan membawa kepada penurunan dalam modal insan dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang.

Kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah untuk menangani kemerosotan, termasuk meningkatkan cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari, memberikan RM200, 000 geran kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak dan 10 peratus pengecualian cukai pada kos untuk membina pusat-pusat penjagaan kanak-kanak swasta.

SELUAR JEANS 'ANTI-ROGOL' DI INDIA


Dua wanita India mencipta seluar jean ‘anti-rogol’ yang boleh menghantar isyarat kecemasan kepada polis tempatan yang kemudian mampu mengesan lokasi isyarat itu dan membantu mangsa. Inisiatif berkenaan diambil selepas beberapa siri serangan kejam di negara itu yang turut menggemparkan dunia. 

Diksha Pathak, 21, dan Anjali Srivastava, 23, dari bandar Varanasi berkata, mereka meletakkan sejenis alat peranti yang apabila ditekan akan menghantar isyarat ke balai polis berhampiran.
Hampir 200 balai polis di kawasan berkenaan sudah dilengkapi teknologi untuk menerima isyarat kecemasan apabila alat itu diaktifkan.  



Jika uji kaji yang bakal dilakukan bulan depan berjaya, ahli parlimen India akan memperluaskan sistem itu ke seluruh negara.

Kemarahan orang ramai tercetus kembali bulan lalu selepas kematian dua gadis masing-masing berusia 12 dan 14 tahun yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh di Uttar Pradesh.

Friday, June 27, 2014

DATIN PADUKA @CHEWMEIFUN DILANTIK SEMULA SEBAGAI TIMBALAN MENTERI @KPWKM



Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. Ia merupakan pelantikan semula beliau sebagai Senator untuk penggal kedua dan akan akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pelantikan Chew sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selain penyertaan beberapa anggota MCA dan Parti Gerakan dalam Kabinet. 

Chew, ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri serta Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atas kepercayaan yang telah diberikan. 

Dengan pelantikan sebagai Senator, serta pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, merupakan platform terbaik baginya untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara dan menjamin keharmonian kaum secara lebih berkesan.

Apapun, tahniah kepada  YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun  di atas perlantikan tersebut.


JERSI ATLIT WANITA MALAYSIA LEBIH GARANG



Kontijen kebangsaan negara bakal menyarung jersi baharu 'Malaysian Heroes' yang baru sahaja dilancarkan hari ini. Rrekaan terbaru dari Melinda Looi ini mampu menaikkan semangat dan identiti negara.
Wira Malaysia atau Malaysian Heroes merupakan hasil rekaan terbaru pereka fesyen terkenal Malaysia tersebut seiring dengan nama Harimau Malaya.

Selama hampir 10 tahun, atlet kebangsaan menyarung uniform sukan bercorak belang harimau kerana keunikan Corak ini dan sekarang sinonim dengan Malaysia. Namun telah tiba masanya corak ini diperbaharui dengan penampilan yang lebih garang dan lebih dinamik.




Thursday, June 26, 2014

BALING ADALAH KAWASAN PALING BAHAGIA


"Peningkatan kualiti hidup penduduk ini dapat membendung masalah rasuah, jenayah, juvana dan masalah sosial lain. "

Majlis Daerah Baling, Kedah dikenal pasti sebagai kawasan yang mencatat kadar kebahagiaan tertinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 84.62 peratus, berdasarkan Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013. 

Ia diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka dengan 81.54 peratus dan Majlis Daerah Pekan serta Majlis Daerah Raub, Pahang masing-masing mencatat 80 peratus. 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata indeks ini dapat mengenal pasti hasrat dan aspirasi rakyat secara langsung terhadap pembangunan. 

"Soal kebahagiaan tidak lagi terhad kepada menerima manfaat pembangunan sahaja, tetapi penglibatan setiap rakyat dalam proses pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi melalui konsep pemerkasaan, perwakilan dan perundingan bersama penduduk," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan sebab Baling mencatat indeks kebahagiaan tertinggi. 

Abdul Rahman berkata, kajian indeks terbaru ini menunjukkan 90 pihak berkuasa tempatan (PBT) mencatat tahap sederhana untuk kebahagiaan penduduk di kawasan masing-masing, iaitu antara 50 hingga 79 peratus, dan hanya empat PBT melepasi 80 peratus. 

"Peningkatan kualiti hidup penduduk ini dapat membendung masalah rasuah, jenayah, juvana dan masalah sosial lain. 

"Indeks ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada piawaian Petunjuk Rangkaian Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (Murninets) yang merangkumi 151 PBT di Malaysia," katanya. 

Indeks Kebahagiaan Negara mula dilaksana pada 2012 dengan 82 PBT, dan pada tahun lepas, ia disertai 94 PBT. 

- Tahniah penduduk di Baling! Pasti rakyat di kawasan lain ingin mencontohi penduduk di sana.

EARLY SIGNS WHEN YOU HAVE CANCER... A MUST READ FOR ALL WOMEN - PART 2

Dont forget to read Part 1... HERE

#6 A Nagging Cough 

 
If you notice a cough or hoarseness that just won't go away, it could be a sign of lung or larynx cancer. It is more likely that you are experiencing seasonal allergies, but you should check with your doctor just in case. 

#7 Indigestion or Trouble Eating 


If you are having trouble eating, swallowing, or digesting your food, you may have cancer of the esophagus, or stomach. But don't worry too much about this one, most people who experience indigestion do not have cancer. 

#8 Lumps in the Body 

If you find lumps in your skin, it could be a sign of cancer. Be especially wary of lumps on the breast, testicle, or near lymph nodes. Don't freak out if you find lumps on your arms, legs, or other parts of the body though, they might just be harmless sebaceous cysts. 

 

#9 Unusual Bleeding 


If you start experiencing abnormal bleeding, it could be a symptom of cancer. Coughing up blood can mean lung cancer, blood in the stool can mean colon or rectal cancer, blood in urine can mean bladder cancer, persistant vaginal bleeding can mean cervical cancer, and blood discharge from the nipple can mean breast cancer. 

#10 Changes in Bladder Function 


If you notice pain when urinating, blood in your urine, or other changes, such as needing to go more or less often, these could be symptoms of bladder or prostate cancer. Always share these changes with your doctor. 

Final Part will be next... Stay tuned!

 



XING XING SI JANTAN DAN LIANG LIANG SI BETINA



Nampaknya 2 ekor panda gergasi yang dipinjamkan kepada Malaysia semakin selesa berada di rumah barunya.

Fu Wa dan Feng Yi iaitu pasangan panda yang menjadi ikon hubungan antara Malaysia dengan China kini diberikan nama Malaysia oleh Perdana Menteri kita iaitu Xing Xing si jantan yang bermakna kemakmuran dan Liang Liang si betina yang bawa maksud cantik.

Kedua-dua nama tersebut dipilih daripada lebih 2,000 nama yang dicadangkan hasil Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.



Negara kita adalah di antara 14 negara bertuah di dunia ini yang menerima panda dari China bagi melambangkan keakraban hubungan kedua-dua buah negara dan nilai dagangannya kini meningkat berjumlah lebih RM341.77 bilion. 

Sekaligus orang ramai kini dilihat semakin menunjukkan minat untuk mengunjungi Zoo Negara selepas mengetahui kehadiran pasangan panda gergasi itu.

Penubuhan Pusat Konservasi Giant Panda bagi menempatkan Xing Xing dan Liang Liang selama 10 tahun di negara ini dibiayai kerajaan sebanyak RM10 juta manakala bakinya RM15 juta disumbang Yayasan 1Malaysia Development Berhad.

Kepada yang berminat untuk melihat keletah Xing Xing dan Liang Liang, harga tiket adalah RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Wednesday, June 25, 2014

MALAYSIA MENANG KESEMUA DALAM PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN


JOHAN. Malaysia berjaya membolot hadiah utama apabila qari negara, Ahmad Tirmizi Ali dan qariah, Hanimzah Jalaluddin masing-masing diumumkan sebagai johan pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa Ke-56.

Berikut adalah keputusan penuh;

Keputusan Kategori Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1435H/2014M:
Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 Tahun 1435H/2014H

QARI -
Johan : MALAYSIA
Naib Johan : TURKI
Ketiga : INDONESIA
Keempat : BRUNEI
Kelima : IRAN

QARIAH -
Johan : MALAYSIA
Naib Johan : FILIPINA
Ketiga : BRUNEI
Keempat : THAILAND
Kelima : SINGAPURA
 
HAFIZ (LELAKI) -
Johan : Mohd Ersyad Abdullah (MALAYSIA)
Naib Johan : Abdullah Mohammed Al-Khairy (ARAB SAUDI)
Ketiga : Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah (QATAR)

HAFIZAH (WANITA) -
Johan : Norhafizah bt Mohd Shafie (MALAYSIA)
Naib Johan : Soumaya Chiekh Ali (TUNISIA)
Ketiga : Ndombor Sene (SENEGAL)

Dengarkan bacaan dari Ustaz Ahmad Tirmizi Hj Ali yang telah dipertandingkan dan memenangi Qari terbaik:




'MALAYSIA... DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA' - TEMA MERDEKA KE 57



Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 dan Hari Malaysia Ke-51 telah mengumumkan 'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' sebagai tema sambutan pada tahun ini.
 
Tema berkenaan dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Tema ini dipilih bagi menyemai serta menyemarakkan rasa cinta kepada negara dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Kita dengarkan lagu Warisan;

PRIHATIN DAN TINDAKAN PANTAS MENTERI DAN KEMENTERIAN WANITA

Pelbagai reaksi dari rakyat pelbagai peringkat apabila apabila kisah adik OKU Firdaus didedahkan. Terima kasih kepada yang prihatin dan tidak kurang yang memberi komen negatif dengan hanya mencari kesalahan kerajaan yang dituju khas kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ini termasuk pandangan selebriti tv, Wardinah yang cuba membandingkan layanan kerajaan terhadap OKU dengan Australia. Apa yang pasti, berikut adalah tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Menterinya, Dato Sri Rohani Karim telah membuat lawatan;








Kadang-kadang untuk menarik perhatian, selebriti perlukan sedikit kenyataan-kenyataan populis. Namun sebagai Kementerian yang bertindak pantas dan bertanggungjawab, apa yang dikatakan Wardina sama sekali meleset dan tidak berasas sama sekali.

Tuesday, June 24, 2014

EARLY SIGNS WHEN YOU HAVE CANCER... A MUST READ FOR ALL WOMEN

#1 Don't Panic! 


Many of the symptoms on this list are very common everyday pains and maladies that people without cancer experience. But it is important to be in tune to what your body is telling you, and if you are experiencing one or more of these symptoms on a regular basis, you should talk to a doctor as soon as possible. Early detection is important and it could save your life. 

#2 Pain 

Okay, so pain can have many causes, people have headaches and back aches all the time without any serious health problems. But persistent headaches can be an early sign of brain cancer and back pain can be a sign of rectal or ovarian cancer. If you start experiencing persistent pain, talk to a doctor. 

 

#3 Fever 

A persistent fever may be an early sign of blood cancers like lymphoma or leukemia. If you experience persistent fever, you should see a doctor, even if it's not cancer, it's still an alarming sign.

 

#4 Fatigue 


Constant fatigue that does not get better with rest can be a sign of cancer. This is a tricky one because a lot of people feel fatigue for completely different reasons. But if you start suddenly feeling tired all the time you should check with your doctor to make sure it isn't something serious. 


 #5 Unexplained Weight Loss 

Weight loss is a good thing, right? Well, not always. If you are losing weight because you are dieting or exercising, it's great. But if you find yourself losing weight with no change in your habits, this is an unexplained weight loss and it can be associated with several cancers including cancers of the pancreas and stomach.

... Part 2 for more signs soon!

DS ROSMAH BERAZAM TERUS BERBAKTI WALAUPUN DIFITNAH

Siapa yang tidak akan berasa sedih apabila setiap tindakan dengan niat ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat telah difitnah dan sengaja disalahertikan orang lain?

Begitulah kesedihan yang dirasakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang berazam terus melakukan kerja-kerja amal walaupun fakta-fakta yang sering diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Beliau juga berjanji akan sentiasa berada di sisi suaminya Najib Tun Razak dalam mendekati dan membantu rakyat di semua peringkat.
Namun sebagai insan biasa, walaupun sedih dengan dakwaan itu, DS Rosmah tidak akan bertindak keterlaluan, melepaskan atau tunduk kepada kata-kata mereka. 


Di dalam majlis penyampaian Anugerah Nadi Negara 2013 dan pelancaran Wanita UMNO Nadi Negara Alumni, DS Rosmah sempat memberi nasihat kepada orang ramai, terutama pelajar universiti, untuk bijak memproses maklumat yang mereka perolehi daripada Internet dan bukan untuk hanya percaya tanpa melakukan beberapa pemeriksaan dan penyelidikan.
Bertindak secara melulu dan membantu penyebaran perkara-perkara yang tidak benar hanya akan memusnahkan masa depan mereka sendiri dan seterusnya memperjudikan masa depan negara kita
Di dalam perjumpaan itu, DS Rosmah juga mengingatkan para pelajar untuk tidak jatuh di dalam pembohongan pembangkang dan tuduhan yang tidak berasas mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Beliau juga berkongsi maklumat di mana pelajar hari ini tidak membaca (arus perdana) Surat khabar, dan mendakwa bahawa akhbar-akhbar adalah berat sebelah. DS menyeru agar membaca!  

"Kita perlu tahu perkara yang betul (dari media arus perdana), "katanya.
Pada majlis itu, DS Rosmah turut menyampaikan Anugerah Nadi Negara Khas 2013 untuk Noor Liyana Nouxman dari Universiti Auckland, New Zealand dan Mohd Hafiz Ariffin dari Universiti Tun Hussein Onn, manakala 35 pelajar lain menerima Anugerah Nadi Negara.
Anugerah itu diperkenalkan pada tahun 2009 untuk memberi inspirasi kepada pelajar universiti untuk menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.
Turut hadir ialah Ketua Umno Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan lebih daripada 1,000 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

THINGS WOMEN INVENT - FINAL PART

Final part continued from ... HERE

#21 Ruth Wakefield: Toll House Chocolate Cookies 

While making a batch of cookies that required melted chocolate for her guest, she found she'd run out of baker's chocolate. She conveniently substituted the recipe with a crushed Nestles chocolate bar, the pieces of chocolate held their shape and became an accidental hit! 

 

#22 Barbara Askins: New Film Development 

 
NASA chemist Barbara Askins' invention of film development involved the use of radioactive materials to enhance negatives. It could also be used to enhance images even after the pictures were developed! 

#23 Theora Stephens: Curling Hair Iron 


The African-American hair dresser and technician, Theora Stephens patented the curling iron in 1980. You may be wondering why this date is so late, considering the hair styling tool has been used since early Greek civilization?

Many prominent individual’s who made their contributions in inventing beatification tools for different purposes have been involved with the evolving curling iron. Before electricity it needed to be heated in a fire and that posed a real challenge to control. By patenting it Stephen is credited for bestowing a special status to the historical curling iron.

#24 Marjorie Joyner: Permanent Hair-Wave Machine. 

Joyner invented the device that allowed a hairdo to stay set for days. She also created a cap that made it safer and more comfortable to use. As the granddaughter of slaves, Joyner became the first African-American graduate of a Chicago beauty school, she later opened her own salon in 1916. 

 

#25 Sara Blakely: Spanx Undergarment 

The American Dream still exists with today's youngest self-made female billionaire. She's the inventor who helps women slim down with the popular elastic underpants, Spanx. Featured on the cover, and interviewed by Forbes' 2012 annual billionaire issue, Blakely joins the elite group of "self-made" mega-rich women, that includes Oprah Winfrey and Meg Whiteman.

When creating Spanx, Blakey took $5,000 in savings and built it into a $500 million dollar-a-company! She has no outside investors and owns 100% of her company. Additionally she's never spent a penny on advertising! Spanx was developed to be similar to a firm fitting pantyhose without the feet, it's light, smooth and yet like a controlling "second skin". Revolutionary! 


PENGACARA WANITA WORLD CUP LEBIH MENDAPAT TUMPUAN


Rupa-rupanya, wanita-wanita di atas telah mencuri perhatian World Cup 2014 Brasil lebih dari pemain-pemainnya. Mereka adalah di antara pengacara jelitawan yang sedang berada di Brazil.

Tidak dinafikan bila melihat beberapa bintang besar dari seluruh dunia yang berlari di padang hijau dengan kaki yang maskulin dan bermandi peluh adalah agak sedikit terganggu, tetapi ternyata jelitawan yang meliputi Piala Dunia 2014 kali ini telah merebut perhatian penonton.

Di antara jelitawan ini termasuk Sara Carbonero, Ines Sainz, Kay Murray dan salah seorang daripada mereka yang telah menjadi tajuk utama kerana rupa dan telatahnya ialah Vanessa Huppenkothen.


Huppenkothen berusia 29 tahun berada di Brazil dengan siaran Televisa. Beliau juga seorang penari hebat. Dengan mengguna kepakarannya menari selain berbicara bola, beliau telah mendapat tumpuan dari peminat-peminat bola terutama di laman media sosial. 

Peminat Huppenkothen tidak saja terpaku di hadapan television tetapi gambar-gambarnya di Instagram adalah penyebab beliau menjadi tumpuan.

Sekarang Mexico perlu menang di World Cup 2014 Brazil kerana;

Meet the beautiful 29-year-old “Televisa” reporter, who is in Brazil covering El Tri in the World Cup. She’s become a popular topic on Twitter and other social media platforms during World Cup action so far. Judging by these photos from her Instagram, you can see why she’s turning heads.

Read more at: http://nesn.com/2014/06/mexicos-sexy-t-v-reporter-steals-2014-world-cup-spotlight-photos/
Meet the beautiful 29-year-old “Televisa” reporter, who is in Brazil covering El Tri in the World Cup. She’s become a popular topic on Twitter and other social media platforms during World Cup action so far. Judging by these photos from her Instagram, you can see why she’s turning heads.

Read more at: http://nesn.com/2014/06/mexicos-sexy-t-v-reporter-steals-2014-world-cup-spotlight-photos/

Meet the beautiful 29-year-old “Televisa” reporter, who is in Brazil covering El Tri in the World Cup. She’s become a popular topic on Twitter and other social media platforms during World Cup action so far. Judging by these photos from her Instagram, you can see why she’s turning heads.

Read more at: http://nesn.com/2014/06/mexicos-sexy-t-v-reporter-steals-2014-world-cup-spotlight-photos/
Yang pasti peminat-peminat World Cup 2014 akan dapat mampu hilangkan ketegangan dan lebih seronok menonton setiap pertandingan. World Cup kali ini nampaknya mampu menarik lebih penonton dari kalangan bukan peminat bola juga.