Saturday, June 21, 2014

SELANGOR CATAT KES BUANG BAYI TERTINGGI



Masalah pembuangan bayi semakin hari semakin membimbangkanmasyarakat. Hal ini demikian adalah kerana jumlah kes pembuangan bayi semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Sebanyak 26 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara pada suku pertama tahun ini disahkan Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu lima kes, diikuti Sabah empat kes dan Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing tiga kes.

Sejak 2011 hingga 2013, 46 wanita telah diambil tindakan kerana kesalahan membuang bayi. Bagaimanapun jenis tindakan dan golongan umur wanita tidak diberitahu dengan terperinci.     

 
Bagi menangani isu pembuangan bayi, kementerian kini mempunyai tujuh program antaranya memperkenalkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada 2009.

Selain itu, Program Pendidikan Kesihatan Reproduksi dan Sosial (Pekerti) juga diperkenalkan pada 2012 sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah dengan menyasarkan murid Tahun enam, pelajar Tingkatan tiga dan Pendidikan Khas.

Pada 2012, 2,376 pelajar daripada 33 buah sekolah mengikuti program ini. Projek ini terus dilaksanakan pada 2014 dengan mengadakan kursus Training for Trainers (TOT) pada September 2014 kepada tiga buah sekolah rendah, menengah dan pendidikan khas.

Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi perlu dicegah dengan berkesan. Oleh itu, kerjasama antara semua pihak amat mustahak untuk membendung  masalah  pembuangan  bayi

No comments:

Post a Comment