Thursday, June 5, 2014

SUWAIBAH BAWA MESEJ 'ONE WORLD ONE HOPE' KEPADA DUNIA


Bukan sekadar ingin melakar nama di dalam Malaysia Book of Records, tetapi dengan membawa mesej keamanan dunia, pelari solo Malaysia Suwaibah Muhammad Nasir sanggup meredah laluan sejauh lebih 3 ribu kilometer di 12 negara bagi melengkapkan Larian Laluan Sutera-Across Reverse of Marco Polo Adventure (Aroma).

Berilhamkan kata-kata berikut;
"Keamanan memerlukan perjalanan beribu-ribu batu, yang perlu dilakukan langkah demi langkah." - Lyndon B. Johnson.
  
... dan bertemakan 'One World One Hope', larian Suwaibah itu bertujuan memupuk keamanan dunia kepada masyarakat pelbagai agama, bangsa dan budaya di negara yang dilaluinya di mana setiap orang perlu bekerjasama untuk memupuk keamanan bagi melindungi nyawa generasi masa depan. Seluruh dunia boleh bersatu padu melalui keamanan dan persahabatan.

Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berusia 41 tahun ini juga adalah bekas atlet kebangsaan.

Di antara pasukan sokongan yang menyertai misi ini termasuk pakar logistik, seorang doktor, pembantu peribadi, penulis dan kru penerbitan. Mereka telah memulakan larian dari Beijing, China pada 30 Mac yang merupakan satu daripada 67 tempat pemeriksaan.

Beliau berlari purata 50 km sehari (25 km pada pagi dan 25 km pada tengah hari) melalui Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Serbia, Croatia dan Slovenia hinggalah ke pusat pemeriksaan terakhir di Venice, Itali.

Dalam melaksanakan misi itu, beliau telah menempuh keadaan rupa bumi yang amat mencabar dan terpaksa mengatasi pelbagai rintangan, bahaya dan kadangkala jurupandu yang berperangai ganas, polis sempadan yang bersikap kasar, sungai yang mengalir deras, laluan bersalji dan padang pasir seluas mata memandang. Saya menempuh laluan yang panjang dan sungguh memeritkan.

  
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung Larian Laluan Sutera Marco Polo, menyambut ketibaan Suwaibah di Riva Sette De Marite pada 3.55 petang waktu tempatan (9.55 malam waktu Malaysia) pada Selasa lalu.
  
Selain berlari, Suwaibah dan pasukannya terlibat dengan kegiatan tanggungjawab sosial korporat dengan mengagihkan air mineral, jus buah-buahan dan barangan keperluan lain kepada mangsa banjir Balkan di Serbia. Ia bukan saja dapat meningkatkan pembabitan kami dan menjalin hubungan dengan masyarakat terbabit, malahan ia dapat mengharumkan lagi nama baik dan imej negara kita.
   
Suwaibah pernah melakar pelbagai kejayaan dalam acara marathon dan mencatat 10 rekod dalam Malaysia Book of Records, termasuk sebagai wanita pertama Malaysia berlari solo sejauh 1,111 km merentasi gurun Sahara di Mesir.

No comments:

Post a Comment