Monday, July 28, 2014

PERUTUSAN DAN PESANAN PERDANA MENTERI ... 1 SYAWAL 1435H

 
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
 
1. Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah SWT, kerana sekali lagi apabila tibanya fajar syawal yang mulia, umat Islam hari ini di seluruh dunia, dengan penuh kesyukuran dan rasa saadah, menyambut satu kemenangan mujahadah besar setelah sebulan kita berjihad melawan nafsu.

 
2. Sesungguhnya, madrasah Ramadan adalah untuk mentarbiah rohani, melatih minda serta menguji jasmani. Menunaikan ibadah puasa bukan sekadar mengekang hawa nafsu, malah mendidik jiwa supaya sentiasa menginsafi diri untuk lebih peka terhadap nasib golongan yang serba kekurangan dan dihimpit kesusahan hidup.

 
3. Saban tahun, umat Islam di negara ini merayakan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan keriangan tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Begitulah indah dan beruntungnya tinggal di sebuah negara yang makmur lagi berjaya bernama Malaysia.

 
4. Peri pentingnya, yang perlu diketahui oleh semua rakyat bahawa, kenikmatan ini bukanlah satu kemestian yang pasti dikecapi, apatah lagi menjadi kelaziman bagi negara-negara lain di dunia ini. Sesetengah negara seperti di Afrika, Timur Tengah hatta di benua Eropah dan Amerika yang berada di kelompok negara maju sekalipun, sama ada sedang ditimpa bala bencana, konflik permusuhan yang tiada berkesudahan, krisis ekonomi yang meruncing dan pergolakan politik yang berpanjangan. Sebenarnya, kesemua petaka ini, perlukan kepada pengurusan dan pentadbiran serta kepemimpinan yang cekap lagi berkesan.

 
Saudara dan Saudari,

 
5. Pada 19 Ramadan 1435 Hijrah yang lalu, satu tarikh yang tidak akan hilang dalam ingatan saya, apabila dikejutkan dengan tragedi tidak diduga, pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah diberitakan terhempas di kawasan Timur Ukraine.

 
6. Penerbangan tersebut dilaporkan telah berlepas pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat berkenaan membawa seramai 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal, termasuklah 43 orang dan 2 bayi, yang merupakan warganegara Malaysia.

 
7. Masih segar dalam ingatan saya, bagaimana kita berhadapan dengan waktu-waktu mencabar dan rumit itu. Sehinggalah saya berjaya mencapai tiga persetujuan dengan pihak pemisah, yang menguasai kawasan kejadian tersebut iaitu:

 
Pertama: Membawa keluar semua mayat mangsa MH17, yang dianggarkan berjumlah 282 dari kawasan nahas.

 
Kedua: Memperoleh dua kotak hitam yang menjadi hak milik Malaysia. 

Ketiga: Mendapat jaminan keselamatan bagi anggota penyiasat bebas antarabangsa ke lokasi nahas untuk melakukan penyiasatan terperinci.
 
8. Tambahan lagi, ketika menghadapi saat-saat kritikal dan mencemaskan ini, semua perundingan telah dilakukan dengan berhati-hati, demi mencapai kejayaan yang diingini, termasuklah adakalanya, saya bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik.

 
9. Sementara sebelumnya pula, pada 10 Ramadan, umat Islam digemparkan dengan serangan kejam oleh Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini dan mengharapkan keamanan dapat diwujudkan semula sebagai penyelesaian antara kedua belah pihak. Tentunya, kita menyokong perjuangan rakyat Palestin dan simpati serta doa kita sentiasa bersama dengan mereka.

 
Saudara dan Saudari,

 
10. Semua ujian dan rintangan itu, kebetulan berlaku di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan, telah memberi pengajaran yang berguna kepada kita tentang keperluan membina kekuatan dan ketahanan umat Islam di negara ini, bagi menempuh cabaran dalam semua bidang, supaya menjadi sebuah negara Islam contoh yang progresif dan berdaya maju.

 
11. Justeru, beberapa iktibar yang perlu diambil daripada tragedi-tragedi mutakhir yang menimpa Malaysia dan saudara seakidah kita di Palestin iaitu:

 
12. Pengiktibaran pertama: Kepentingan kepada kesatuan dan sentiasa berpadu dengan mengukuhkan ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan yang tulen antara sesama Islam. Dengan itu, barulah umat Islam akan disegani, tidak dilihat lemah atau mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang lain.

 
13. Dalam hal ini, saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana usul tentang tragedi pesawat MH17, telah diluluskan sebulat suara oleh semua wakil rakyat, termasuklah mereka yang mewakili pembangkang, di persidangan khas Dewan Rakyat, pada 23 haribulan Julai 2014. Keputusan ini merupakan suatu permulaan yang baik, untuk kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, bertaut hati, dengan mengukuhkan solidariti sebagai satu negara, 1Malaysia.

 
14. Pengiktibaran kedua: Ikhtiar kita dalam mempertegak dan mempertinggikan syiar Islam sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Kita juga telah mempraktikkan Islam dalam kerangka Maqasid Syariah melalui pendekatan wasatiyyah yakni kesederhanaan, sepertimana suruhan Allah bahawa Islam itu adalah Ad-din yang syumul sebagai cara hidup. Sekali gus, kita menolak fahaman ekstremisme dan liberalisme yang tidak selari dengan ajaran Islam.

 
15. Nyatanya, Islam di Malaysia dalam keizinan dan kehendak-Nya jua telah kita ikut syariatnya, setapak demi setapak dalam pelbagai bidang termasuk fizikal, iktisad, budaya, sosial dan spiritual. Penubuhan Lembaga Tabung Haji, institusi kewangan dan perbankan Islam, institusi serta lembaga zakat di tiap-tiap negeri adalah antara sekian banyak langkah kita ke arah itu. 

16. Pengiktibaran ketiga: Membangunkan ilmu, kemahiran teknologi dan inovasi serta nilai insaniah demi kemaslahatan umat. Kita dapat saksikan kesungguhan Kerajaan melakukan pengislahan demi pengislahan dalam aspek meningkatkan pendidikan dan modal insan rakyat, supaya mampu bersaing dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Antara nilai-nilai kejayaan tersebut seperti itqan yakni tekun, taa'wun iaitu budaya tolong menolong, berhikmah atau bijaksana dan amalan istiqamah serta taqwa. Kesemua nilai ini sangat mustahak, dalam usaha kita mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
 
17. Jelasnya, saya juga menyarankan agar semua umat Islam di negara ini sentiasa bertransformasi, bersiap siaga, melihat jauh ke hadapan, membina harapan demi kemakmuran bersama.

 
Saudara dan Saudari,

 
18. Tatkala menyambut kemeriahan perayaan ini, semestinya, saya cukup bersimpati dan ingin merakamkan takziah serta belasungkawa, kesedihan yang amat mendalam, kepada semua mangsa dan keluarga mangsa korban tragedi MH17. Simpati ini turut dipanjangkan kepada anggota keluarga para penumpang dan anak kapal MH370. Sudah tentu, saya amat merasai serta tidak sanggup membayangkan, betapa luluhnya hati mereka, apabila bangun di pagi hari raya, tanpa orang yang tersayang.

 
19. Lantaran itu, banyakkanlah bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Pastinya, banyak hikmah yang boleh dipelajari daripada peristiwa tragik ini. Seperti semua sedia maklum, saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, akan melakukan sedaya mungkin untuk membawa pulang kesemua mayat rakyat Malaysia ke tanah air, seberapa segera yang mampu, supaya dapat disemadikan dengan selamat.

 
20. Lanjutan itu, tidak sesekali saya lupakan, segala jasa dan pengorbanan anggota keselamatan, baik yang sedang bertugas di perbatasan mahupun di mana-mana ceruk rantau di bumi bertuah ini, termasuklah kepada mereka yang telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita. Mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa merahmati mereka dan ahli keluarga serta memelihara negara ini agar aman dan sentosa sampai bila-bila.

 
Saudara dan Saudari,

 
21. Bersempena hari baik di Aidilfitri yang mulia ini, hentikanlah semua sengketa. Buangkan segala yang masih keruh, perbetulkan mana yang silap, jernihkanlah apa yang kusut selama ini. Walaupun kita tidak mengadakan rumah terbuka secara rasmi pada tahun ini kerana menghormati perasaan keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17, tetapi saya menggalakkan amalan ziarah-menziarahi dapat terus berjalan sesama kita. Bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati serta gerbang silaturahim 1Malaysia, dengan mengajak rakan taulan berbilang bangsa serta agama ke kediaman masing-masing. Kepada mereka yang ingin mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai secara berkenderaan pula, pandulah kereta dengan cermat serta selamat sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

 
22. Di samping itu, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya juga ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan pemimpin-pemimpin dan masyarakat dunia yang bersimpati serta menghulurkan bantuan kepada Malaysia dalam menghadapi insiden malang pesawat MH370 dan MH17.

 
23. Pada kesempatan ini juga, saya dengan penuh rasa tawaduk di hati, ingin menyusun jari nan sepuluh memohon ampun, kemaafan zahir dan batin bagi pihak diri, isteri serta seisi keluarga tercinta, atas segala kesalahan dan apa jua kekhilafan. Saya sentiasa berdoa dan berharap semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan ke atas seluruh umat Islam, supaya mereka dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan serta bahagia, bersama yang tersayang di sisi.

 
24. Akhirul kalam, kepada umat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya, marilah kita menempuhi detik-detik sukar ini bersama-sama, dengan memperkuat tekad, mengukuhkan silaturahim dan bersatu dalam suasana kesedihan.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saturday, July 26, 2014

PERUTUSAN PERDANA MENTERI ... DENGAN TULUS IKHLAS

Bismillahirrahmanirrahim,
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
 
Alhamdulillah, kita dapat menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, walaupun ketika negara sedang berdukacita akibat dua tragedi penerbangan yang melibatkan pesawat MAS MH370 dan MH17. Dugaan yang kita hadapi ini adalah ujian dari Allah SWT, dan kita sebagai hamba-hambaNya harus kekal istiqamah dan tabah.
 
Secara lazimnya, saya bersama-sama dengan para anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri pada hari raya pertama di Seri Perdana.
 
Walaubagaimanapun, bagi menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 dan mangsa-mangsa MH370 yang masih belum ditemui, kami telah memutuskan untuk membatalkan majlis tersebut tahun ini. Majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pekan, Pahang akan diteruskan seperti biasa pada 23 Ogos 2014.
 
Dalam kita mengenang mereka yang sudah pergi serta saudara-mara seagama yang sedang dibelenggu sengsara peperangan, kita perlu ingat bahawa umat Islam adalah disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan setelah mengatasi dugaan dan cabaran dalam menjalankan ibadat puasa.



Oleh yang demikian, pada Syawal ini, saya akan menghabiskan masa sepenuhnya bersama isteri, anak-anak dan kaum keluarga. Inilah masanya untuk kita tumpukan masa dan kasih sayang kepada kaum keluarga dan mereka yang terdekat pada kita, selagi Allah mengizinkan.
 
Dalam bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kirimkanlah doa kepada mereka yang sedang menghadapi pelbagai dugaan besar, di dalam mahupun di luar negara.
 
Ingatlah juga kepada pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas di Aidilfitri ini, khususnya anggota-anggota ESSCOM yang menghadapi risiko setiap masa di timur Sabah demi menjamin keselamatan negara.
 
Tradisi-tradisi yang selama ini menyatupadukan kita haruslah dikekalkan agar hubungan silaturrahim antara kita sentiasa rapat dan utuh. Teruskan adat kunjung-mengunjungi sesama kaum. Bukalah pintu hati dan pintu rumah kita dengan penuh keikhlasan.
 
Kekalkanlah semangat perpaduan dan pemuafakatan sesama kita dalam semangat 1Malaysia.
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda dan keluarga. Maaf zahir dan batin.
 
Najib Razak

Thursday, July 24, 2014

WARTAWAN AUSTRALIA AKAN PULANG DENGAN MAS



Masanya telah tiba untuk menghentikan menuding jari kepada Malaysia, di mana kesedihan telah bertukar kepada kemarahan, kata wartawan yang pernah memenangi anugerah tertinggi di Australia dalam bidang kewartawanan, Lindsay Murdoch.

Murdoch adalah wartawan Asia Tenggara untuk Fairfax Media, berkata Malaysia Airlines mematuhi peraturan antarabangsa apabila ia diarahkan terbang laluan penerbangannya di
zon perang timur Ukraine.

"Empat ratus penerbangan komersil, termasuk 150 penerbangan antarabangsa, melintasi rantau ini setiap hari sebelum MH17 telah ditembak jatuh," Murdoch telah menulis dalam komentar yang disiarkan dalam The Age dan The Sydney Morning Herald.

Murdoch, pemenang dua kali Anugerah Walkley, adalah seorang pemerhati di rantau ini. Beliau telah menjadi wartawan untuk Fairfax yang berpangkalan di Singapura, Jakarta dan Darwin, dan kini di Bangkok.

"Malaysia Airlines meminta pihak berkuasa Ukraine untuk terbang pada 35,000 kaki (10,700 meter) tetapi kawalan trafik udara di negara ini memberitahu juruterbang MH17 untuk terbang pada 33,000 kaki," Murdoch menulis hari ini.

Beliau berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika telah melarang penerbangan sejak April di rantau Crimean Ukraine tetapi tidak di ketinggian lebih daripada 320 kilometer ke utara, di mana MH17 telah dibawa ke bawah.

Lebih banyak syarikat penerbangan asing, seperti Air France, telah mengambil keputusan untuk berhenti terbang di atas Ukraine.
 
Walaubagaimanapun, Murdoch berpendapat apa saja kesalahan untuk MH17 mengambil laluan malang ini harus dipikul oleh pihak berkuasa penerbangan yang tidak pernah menutup ruang udara dan mengetahui pejuang tersebut mempunyai keupayaan untuk menjatuhkan sebuah pesawat komersial yang terbang pada ketinggian pelayaran biasa.

Murdoch juga menulis tidak ada rakyat Malaysia yang telah menyalahkan Malaysia Airlines. Oleh itu Murdoch bercadang untuk terbang pulang dengan Malaysia Airlines.


Monday, July 21, 2014

#MH17: YDP AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG BERTITAH...



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH17.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa amat dukacita yang tidak terhingga atas insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu yang terhempas di Ukraine Khamis lalu.

“Sesungguhnya negara Malaysia pada ketika ini sedang bersedih dengan tragedi ini,” titah baginda dalam satu kenyataan pada Ahad.

Baginda berdua menyeru rakyat Malaysia agar berdoa supaya anggota keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi situasi yang amat sukar ini.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia atas segala usaha yang dilakukan melalui kerjasama dengan pelbagai pihak bagi merungkai punca kejadian itu.

Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, pada Khamis lepas.

TAN SRI DR SALMA ISMAIL, DOKTOR WANITA PERTAMA MALAYSIA MENINGGAL DUNIA... AL FATIHAH

Tan Sri Dr Salma Ismail.. al fatihah

Wanita Melayu pertama yang memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr Salma Ismail, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai di sini pada 6.15 petang semalam.
Allahyarhamah, yang berusia 95 tahun, meninggalkan dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan enam cucu. 

Anak sulungnya, Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar, 64, berkata ibunya dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat sesak nafas.      

Jenazah akan disempurnakan di No. 6, Jalan Mesra, Off Jalan Aman di sini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sebelum Zohor, kata Dr Ridzwan ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini malam tadi.

Allahyarhamah menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan sebagai doktor pada 1949.

Anak kelahiran Alor Setar itu antara lain pernah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Kedah dan Selangor pada tahun 1950-an dan 60-an.

Dr Salma dianugerah darjah Panglima Setia Mahkota pada 1997 yang membawa gelaran Tan Sri.   

"Sebagai seorang wanita dan doktor, beliau hidup dengan prinsip, mempunyai keyakinan pada diri sendiri, jujur, jangan bercakap buruk tentang orang lain dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan," kata Dr Ridzwan mengenai ibunya. AL- AFTIHAH - Bernama

Sunday, July 20, 2014

#MH17 : DS ROSMAH TIDAK TINGGALKAN SUAMI KESEORANGAN



DS Rosmah di minit 3.08;

"Saya juga hantarlah juga mesej yang mana saya kenal, yang rapat dengan Putin... suruh Putin telefon Dato Najib terang dengan betul-betul. Sejukkan hati orang-orang di Malaysia ni."

Demikianlah sokongan seorang isteri Perdana Menteri yang tidak akan meninggalkan suaminya keseorang menangani tragedi MH17.

Berat mata memandang dan telinga mendengar... berat lagi beban yang dipikul Perdana Menteri kita.

Inilah masanya kita berganding tangan bersama-sama Perdana Menteri menghadapi dugaan yang sedang kita hadapi.

Al Fatihah kepada mangsa-mangsa dan didoakan ahli-ahli keluarga bersabar menghadapi dugaan ini.


MAKCIK 'KOREA' SEDANG DISIASAT


Siasatan awal polis mendapati bahawa wanita yang memakai pakaian dengan penulisan al-Quran di atas adalah dari Korea dan bukan Cina, kerana sebelum ini tersebar di laman-laman sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita yang baru sahaja tiba di negara ini dan membeli pakaian itu ketika berada di India.

Tulisan di akaun rasmi Twitter beliau, Khalid berkata polis telah mula menyiasat kes 'makcik' (mak cik).



Tan Sri Khalid menolak dakwaan bahawa polis lambat dalam menangani perkara itu, sambil menambah bahawa mereka telah sentiasa menyedari apa yang berlaku dan berjanji tindakan yang akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.
  
(Terdapat beberapa perkara yang polis boleh bertindak cepat, dan ada perkara-perkara yang memerlukan kita untuk bertindak secara rasional. Kami akan menjalankan tanggungjawab kami.)
 
PDRM tidak akan berat sebelah. Semua Kesilapan Akan disiasat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kita semua perlu hormat kepada Sistem Undang2 negara.

(Polis tidak akan berat sebelah. Kesalahan-Kesalahan di akan disiasat tanpa mengambil bangsa akaun atau latar belakang. Kita mesti menghormati sistem undang-undang.)

Dalam kejadian semalam, gambar yang menggambarkan seorang wanita memakai pakaian yang mengandungi ayat-ayat al-Quran telah dimuat naik di laman rangkaian sosial.

Dia dipercayai telah terjumpa di sebuah pusat membeli-belah di Ampang, dan gambar itu juga menunjukkan seorang lelaki Arab menegur beliau, didakwa kerana memakai pakaian.

Netizens kemudian mempersoalkan motif beliau untuk memakai pakaian tersebut, terutamanya umat Islam yang dianggap sebagai menyakitkan hati.

15 April lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa teks al-Quran Akta Penerbitan 1986 akan dipinda untuk memerangi penyalahgunaan ayat al-Quran.

Di bawah pindaan ini, fasal akan dimasukkan untuk menghukum salah laku tertentu dengan mengenakan denda tidak lebih daripada RM50,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.

BELANDA NEGARA PALING SIHAT, MALAYSIA HANYA KE 44



Dalam satu senarai baru yang dikeluarkan Oxfam, Belanda menduduki senarai teratas bagi kualiti makanan, manakala Malaysia hanya berjaya di kedudukan ke 44.

Selepas Belanda adalah Perancis dan Switzerland sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat, banyak dan sihat, manakala Amerika Syarikat dan Jepun gagal untuk menduduki di dalam senarai 20 teratas.

Chad adalah di kedudukan terakhir senarai 125 negara di dalam indeks makanan dari bantuan dan pembangunan organisasi antarabangsa sebelum Ethiopia dan Angola. 

Menurut Deborah Hardoon, penyelidik kanan di Oxfam, Belanda telah mencipta pasaran yang baik yang membolehkan rakyatnya untuk mendapatkan makanan yang mencukupi, harga yang rendah dan stabil dan mereka mengamalkan makanan seimbang. Mereka telah mendapat asas-asas yang betul dan dengan cara yang lebih baik daripada kebanyakan negara lain di seluruh dunia.

Penilaian Oxfam ke atas kedudukan negara-negara tersebut berdasarkan kepada keadaan, kualiti dan kemampuan makanan dan kesihatan pemakanan. Ia juga melihatkan peratusan kanak-kanak yang kurang berat badan, kepelbagaian makanan dan akses kepada air bersih, dan juga hasil kesihatan yang negatif seperti obesiti dan kencing manis.  

Negara-negara Eropah menguasai kedudukan teratas tetapi Australia adalah di antara kedudukan teratas yang ke 12, diikuti dengan Ireland, Itali, Portugal dan Luxembourg di No 8.

United Kingdom gagal menduduki10 teratas, hanya mampu menduduki tempat ke-13, kerana turun naik harga makanan berbanding dengan barang-barang lain, yang menurut fakta Oxfam menghadapi isu yang sama seperti Peru (51), Malta (33) dan Kyrgyzstan (65 ).

Negara-negara Afrika, bersama-sama dengan Laos (112), Bangladesh (102), Pakistan (97) dan India (97), adalah negara-negara di kedudukan 30 buah negara yang terakhir.
 

Walaupun Amerika Syarikat mempunyai makanan yang berkualiti  serta mencukupi, namun tahap obesiti dan kencing manis telah meletakkan negara tersebut ke tempat 21 dalam kedudukan tersebut Jepun pula menghadapi kekurangan harga makanan yang relatif berbanding dengan barang-barang lain.

Belanda mendapat markah tertinggi untuk harga makanan yang rendah dan tahap kencing manis, sementara Chad mempunyai markah yang paling teruk bagi kos makanan di negara itu dan bilangan kanak-kanak kurang berat badan adalah 34%. Satu-satunya negara di mana makanan adalah lebih mahal adalah Guinea dan Gambia.

Burundi (119), Yaman (121), Madagascar (122) dan India mempunyai kadar pemakanan paling buruk dan jumlah kanak-kanak yang dibawah berat badan paling tinggi.
Data Oxfam adalah di antara Oktober dan Disember 2013 menggunakan maklumat terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Yayasan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan organisasi antarabangsa yang lain.

 

7 SUNNAH HEBAT




Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. 

Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

 
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Ustaz Don Daniyal

Saturday, July 19, 2014

KPWKM ANJUR PROGRAM "SATU" UNTUK OKU



JOM SERTAI PROGRAM SATU (SUARA ANDA TANGGUNGJAWAB UTAMA)-OKU SEPERTI TETAPAN BERIKUT:

TARIKH : 21 JULAI 2014 (ISNIN)
MASA : 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PERKARANGAN LOBI KPWKM


Di antara pengisiannya adalah;

  • Perkhidmatan Kaunter Aduan & Pertanyaan
  • Pendaftaran Kad OKU
  • Pelancaran Tabung "Spread The Love Save Gaza" dan Tabung Al Aqsa

Program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berjalan secara serentak di semua Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri. 



 

Friday, July 18, 2014

#MH17 : PRIME MINISTER NAJIB'S PRESS STATEMENT


The MH17 aircraft's route was 
declared safe - PM Najib


If the claim the aircraft was shot down, Malaysia is committed to bring down the perpetrators to justice - PM Najib

Ukraine President has pledged there will be thorough and independent investigation and Malaysian officials will be invited - PM Najib

President Barack Obama discussed with Malaysia to establish an international team to investigate the MH17 tragedy - PM Najib

Ukraine President has pledged there will be thorough and independent investigation and Malaysian officials will be invited - PM Najib

If the claim the aircraft was shot down, Malaysia is committed to bring down the perpetrators to justice - PM Najib

Ukrainian authority claims the MH17 was shot down but Malaysia is unable to verify this tragedy - PM Najib 

: UN Secretary-General Ban Ki-moon called for a full international investigation of the Malaysia Airlines disaster in east Ukraine

#MH17: US govt believes plane was hit by surface-to-air missile

: PM Najib Razak says Malaysians are united in offering prayers for everyone on board the plane

: PC by PM Najib Razak : MAS confirms the plane which crashed in Ukraine was Flight MH17


Full PC statement;

Statement by Prime Minister Najib Razak:

Malaysian Airlines flight 17

Yesterday evening, I was informed of the terrible and deeply shocking news that a Malaysia Airlines jet went down in eastern Ukraine.

Malaysia Airlines has confirmed that the jet was Malaysia Airlines flight 17, which was on a scheduled flight from Amsterdam to Kuala Lumpur.

The flight departed Amsterdam at 12.15pm, local time. It was scheduled to arrive in Kuala Lumpur at 6.10 am, local, Malaysian time.

The aircraft was a Boeing 777-200.

The aircraft’s flight route was declared safe by the International Civil Aviation Organisation.

And International Air Transportation Association has stated that the airspace the aircraft was traversing was not subject to restrictions.

Malaysia Airlines has confirmed that the aircraft did not make a distress call.

The flight was carrying a total number of 295 people – comprising 280 passengers and 15 crew members.

Malaysia Airlines is in the process of notifying the next-of-kin of the passengers and crew. All possible care will be provided to the next-of-kin.

The Government of Malaysia is dispatching a special flight to Kiev, carrying a Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team, as well as a medical team.

According to information provided by Kiev Air Traffic Control, the location of the plane’s emergency locator beacon is 48 degrees 7 minutes and 23 seconds North; and 38 degrees 31 minutes and 33 seconds East.

The Ukrainian authorities believe that the plane was shot down.

At this early stage, however, Malaysia is unable to verify the cause of this tragedy.

But we must – and we will – find out precisely what happened to this flight.

No stone can be left unturned.

If it transpires that the plane was indeed shot down, we insist that the perpetrators must swiftly be brought to justice.

Emergency operations centres have been established. In the last few hours, Malaysian officials have been in constant contact with their counterparts in Ukraine and elsewhere.

And I will be speaking to a number of world leaders over the coming hours.

I have had several conversations with the Prime Minister of the Netherlands.

I have also spoken to the President of Ukraine. He has pledged that there will be a full, thorough and independent investigation, and Malaysian officials will be invited to take part.

The Ukrainian president also confirmed that his government will negotiate with rebels in the east of the country, in order to establish a humanitarian corridor to the crash site.

Just now, I received a call from President Obama.

He and I both agreed that the investigation must not be hindered in anyway.

An international team must have full access to the crash site.

And no one should interfere with the area, or move any debris, including the black box.

This is a tragic day, in what has already been a tragic year, for Malaysia.

As we work to understand what happened, our thoughts and prayers are with the family and friends of those onboard the flight.

I cannot imagine what they must be going through at this painful time.

The flight’s passengers and crew came from many different countries.

But today, regardless of nationality, we are all united in grief.


ENDS

#MH17 : PRIHATIN PERDANA MENTERI


Perdana Menteri telah bergegas ke Bangunan Pengurusan Penerbangan (FMB) Penerbangan Malaysia (MAS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 1.20 pagi.

Beliau sedang menghadiri taklimat MH17.






Sidang media dijangka dibuat jam 4 pagi hari ini.

Anggota keluarga mula tiba di Anjung Tinjau, KLIA. Takziah buat ahli keluarga. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini...







Apa yang telah berlaku... DI SINI

 

Thursday, July 17, 2014

ISTERI PERANA MENTERI : PASTIKAN WANITA DAN ISTERI GEMBIRA



Pesanan DS Rosmah Mansor...

"You must make the women happy especially your wives. And if you can, make the mothers happier, better still..."

... maksudnya, "Buatlah wanita terutamanya isteri and gembira. Jika boleh, buatlah para ibu lebih gembira... "

Pesanan ini disampaikan DS Rosmah ketika mencadangkan pembinaan taska di tempat kerja syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Benar kata-kata DS Rosmah, apabila wanita di tempat-tempat kerja gembira di mana anak-anak mereka terurus dan terjamin keselamatannya, para majikan akan menikmati produktiviti syarikat meningkat.





Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga menasihatkan orang ramai tidak berbelanja dengan boros untuk menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri hujung bulan ini. Nasihatnya, walaupun banyak jualan murah sedang berlangsung di ibu kota, Rosmah menasihatkan wang sumbangan daripada MRCB yang disampaikannya disimpan untuk pendidikan anak dan perubatan. 




“Jadi janganlah boros sangat, nak beli baju raya, satu dua pasang cukup.

“Satu pasang RM60, dua pasang jadi RM120. (Wang) yang lebih kita simpan,” katanya dalam majlis sumbangan Ehsan MRCB sempena Ramadan di Stesen Sentral