Thursday, July 17, 2014

AZIZUL SELAMAT KEMBALI KE MALAYSIA SEMENTARA ISTERI MASIH DI SWEDEN


Kerajaan Malaysia akur dan menghormati dengan perundangan di Sweden dan kerana itu, apabila mahkamah Sweden menjatuhkan hukuman ke atas pasangan Azizul dan Shalwati kerana undang-undang Sweden mendapati mereka bersalah
apabila memukul tangan salah seorang dari anak-anak mereka kerana tidak menunaikan solat.

Di Sweden ini dianggap sebagai penderaan kanak-kanak atau "corporal punishment" termasuk memukul, menampar, menyepak, mencubit, menarik rambut, menghayun, sebat sebagai menunjukkan hukuman oleh sesiapa atau di mana-mana samada di sekolah, rumah atau tempat awam, dan ia adalah satu kesalahan undang-undang.

Setelah menjalani hukuman penjara di Sweden selama 3 bulan,  kini Azizul telah kembali ke Malaysia. Setelah tidak dibenarkan berhubung dengan ayah mereka selama 7 bulan, kini anak-anaknya telah disatukan walaupun ibu mereka masih menjalani hukuman penjara sehingga September nanti.

Menceritakan pengalamannya di penjara Sweden, Azizul dilayan dengan profesional, namun oleh kerana makanan halal sukar didapati di penjara Sweden, beliau hanya dihidangkan dengan sayur-sayuran.

Inilah barakah Nuzul Quran apabila Azizul dapat berbuka puasa bersama-sama anak-anak dan ahli keluarganya yang lain.

Nasihat Azizul agar mana-mana pegawai yang ingin berkhidmat ke luar negara agar membuat penyelidikan dan memahami undang-undang sesebuah negara lain.

Ambillah pengajaran daripada apa yang telah berlaku ke atas Azizul dan isterinya dan semoga Puan Shalwati tabah dan sabar sehingga dibebaskan pada September nanti.


selepas menjalani hukuman penjara 3 bulan
selepas menjalani hukuman penjara 3 bulan

No comments:

Post a Comment