Monday, July 7, 2014

MENTERI @KPWKM PERTAHAN KENYATAAN KU NAN

Ini adalah penjelasan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengapa NGO-NGO tidak digalakkan campurtangan usaha kerajaan mengatasi masalah gelandangan di ibukota;


NGO-NGO Kebajikan diharap jangan merosakkan gelandangan dengan memberikan tempat tinggal dan makanan percuma kerana ia akan menggangu inisiatif kerajaan untuk merubah kumpulan ini agar boleh terima masyarakat nanti.

,  Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyatakan terdapat golongan gelandangan yang mendapat segalanya percuma dari bantuan NGO-NGO dan akibatnya enggan menjalani program pemulihan yang dianjurkan kerajaan dan seterusnya memberi peluang pekerjaan.

Pihak kerajaan telah berusaha memberi gelandangan ini rumah kos rendah dan pekerjaan. Tetapi akibatnya mereka masih memilih untuk bergelandangan dan tidur di tepi jalan kerana bagi mereka ia lebih selesa dan enggan bekerja.

Walaupun ada di antara gelandangan ini yang terdesak, tetapi terdapat juga di antara mereka yang menganggap ini suatu kebiasaan dan inilah cara hidup mereka, pemikiran seperti ini perlu dihindarkan.

Kerajaan tidak mengatakan sumbangan NGO adalah salah tetapi makanan yang disalurkan perlu terus ke rumah-rumah kebajikan dan membantu gelandangan ini dipulih dan menjadi sebahagian dari masyarakat yang berguna.

Dato Rohani menerangankan melalui inisiatif Ops Qaseh, Kementerian berharap dapat mengurangkan jumlah gelandangan hingga sifar dan hanya mampu tercapai dengan kerjasama masyarakat. Masyarakat perlu membuang tanggapan yang gelandangan ini tidak akan lagi dilayan dengan belas kasihan ketika operasi.


Adakalanya kerajaan perlu bertegas dalam melaksanakan undang-undang. Tetapi ini tidak bermakna pendekatannya adalah kasar.

Kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan mungkin nampak keras namun ini adalah salah satu cara mengatasi masalah gelandangan ibukota di mana sebenarnya kerajaan membantu mereka dengan memberi satu kehidupan baru.

Setiap derma perlu disalurkan terus kepada yayasan kebajikan dan institusi kebajikan yang berdaftar. Adakalanya, kebajikan disalahguna oleh sindiket pengemis yang berniat jahat. KPWKM sedang bekerjasama dengan kementerian dan penguatkuasa berkenaan yang lain menyediakan rumah mampu milik dalam usaha mengurangkan gelandangan ini.

Salah satu usaha kementerian ialah mencadangkan kepada majikan menyediakan asrama untuk pekerja-pekerjanya kerana memandangkan ada di antara gelandangan ini datang ke ibukota untuk mencari pekerjaan tetapi tidak mampu membayar sewa rumah atau bilik.

Dengan penjelasan Menteri KPWKM ini, sepatutnya kita tidak keruhkan lagi keadaan dengan mengambil kesempatan dan mempolitikkan isu tersebut. Seharusnya, kita sama-sama membantu gelandangan ini. 

Sebagai rakyat, dengar dulu penjelasan dan jangan terus menghukum. Tidak akan ada satu kerajaan pun yang ingin melihat rakyatnya teraniaya tetapi kita sebagai rakyat pula haruslah tidak membenarkan diri dari diperguna oleh kumpulan tertentu yang hanya ingin mengambil kesempatan politik murah dan raih populariti tetapi hakikatnya tiada usaha membantu merubah nasib gelandangan ini.

No comments:

Post a Comment