Wednesday, July 9, 2014

TIPS MUDAH BAGI PASTIKAN RUMAH ANDA SELAMAT


Bagi memastikan rumah anda selamat harus menjadi keutamaan, namun tidak cukup hanya dikunci dengan mangga lagi. Rompakan menjadi lebih berleluasa hari ini kerana pencuri merompak dengan cara lebih canggih dan bijak.

Perbelanjaan jika ingin mengunci keseluruhan rumah kita agak tinggi dan jika membeli kamera keselamatan, alat penggera, pagar yang lebih besar dan pintu pagar automatik hanyalah beberapa langkah untuk menentukan keselamatan di rumah. Tidak semua di antara kita yang mampu membelanjakan langkah-langkah keselamatan tersebut. Oleh itu, bagaimana kita akan memastikan keselamatan tanpa berbelanja besar?  

Terdapat beberapa cara mudah untuk menjaga rumah anda dengan lebih selamat, dan menghalang pencuri tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar dan menjauhkan dari pencuri berminat memecah masuk rumah anda.

1. Pastikan langsir ditutup

 
Membiarkan tirai terbuka, terutamanya apabila anda berada jauh dari tempat kerja, memberi peluang untuk pencuri memeriksa apa yang boleh menjadi berharga di dalam rumah; LEDTV anda, komputer riba, kamera, dan lain-lain Jika mereka melihat sesuatu yang mereka suka, ANDA ADALAH SASARAN MEREKA. Jadi pastikan barang-barang berharga anda tidak di letak di depan pemandangan mata dan jika TV anda tidak boleh dialihkan, maka tutup saja langsir.

2. Jangan biarkan kotak alat atau gadjet yang baru dibeli di luar rumah
 

Berikut adalah satu lagi perkara yang berisiko untuk dihindarkan. Anda mempunyai LEDTV baru atau Samsung Galaxy dan semuanya samada diletakkan di ruang tamu atau anda akan sentiasa memegangnya. Tetapi kotak pembungkusnya perlu dibuang dan anda mungkin fikir ia sekadar sampah. Sebenarnya meninggalkan kotak pembungkus itu di luar rumah untuk dikutip akan menjadikan anda sasaran kerana ia menunjukkan anda bukan sahaja mampu membeli barang-barang tersebut, pada masa yang sama ada juga orang lain yang mungkin berminat.


3. Jangan tunjukkan tanda-tanda yang anda tiada 
di rumah

 
Anda perlukan jiran, rakan atau saudara yang boleh dipercayai untuk ini. Sebelum anda meninggalkan rumah, pastikan anda membatalkan langganan anda dalam tempoh anda tiada di rumah. Orang yang anda percaya boleh membantu mengendalikan mel bagi mengelakkn ia menjadi bertimbun. Seseorang yang dipercayai juga boleh diajak untuk berada di rumah untuk seketika kerana ini akan meyakinkan bahawa rumah anda masih diduduki.

4. Jangan biarkan alat-alat berada di luar


Ini termasuk alat-alat seperti tangga, sepana, tukul dan banyak lagi. Ini menjadikan ia bukan sahaja lebih mudah untuk pencuri menyasarkan rumah anda; mereka boleh menggunakan alat-alat ini untuk memecah masuk ke dalam juga. Oleh itu simpan semua alat dan tangga dari akses mudah di luar dan memastikan mereka dikunci atau selamat di dalam rumah.

Item yang anda boleh dibeli di bawah RM100

Terdapat alat-alat tertentu yang mampu dibeli untuk memastikan rumah anda lebih selamat, dan mampu dengan perancangan yang betul. Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh pertimbangkan untuk dibeli.

1. Beli kamera keselamatan 'dummy'
 

Sudah tentu, pilihan yang lebih baik adalah untuk membeli kamera keselamatan dan alat penggera yang sebenar, tetapi bergantung kepada berapa besar rumah anda dan berapa banyak kamera yang anda perlukan, anda boleh membelanjakan RM200 (terutamanya untuk sistem DIY) atau sehingga RM1, 000 hanya untuk dipasang. Anda boleh membeli kamera keselamatan dummy  untuk menipu pencuri dan membuat mereka berfikir dua kali mensasarkan rumah anda. Kosnya hanya sekitar RM35 dan ini cukup untuk membuat pencuri berfikir dua kali.

2. Gunakan kayu penghadang atau bar logam untuk pintu dan tingkap gelangsar

 
Pintu atau tingkap kunci gelongsor dengan mudah boleh dibuka. Cara terbaik seterusnya adalah dengan meletakkan samada sebatang kayu panjang, kayu penetap kayu atau bar logam di mana pintu gelongsor tidak dapat dibuka.  Kosnua mungkin di antara RM1 atau sehingga RM5 tetapi bergantung berapa besar pintu atau tingkap gelongsor anda. Anda hanya perlu pastikan pintu gelongsor selamat dengan tiada jurang besar apabila dibuka. 

3. Beli 'light timers'

 
Apabila anda meninggalkan rumah untuk beberapa hari, kebanyakan daripada kita akan meninggalkan cahaya siang dan malam sehingga kita kembali. Cara sebegini sebenarnya mudah untuk rumah anda dijadikan sasaran pencuri kerana lampu anda juga dipasang pada siang hari.  Pilihan terbaik adalah membeli light timers yang murah sekitar RM30 sehingga ke RM80.

Sebagai tip tambahan, anda juga boleh menghidupkan radio pada pada masa-masa yang berbeza supaya pencuri tidak pasti samada seseorang ada di rumah atau tidak.

4. Perkukuhkan pintu anda
 

Apabila pencuri memecah masuk ke dalam rumah, ia adalah perkara biasa jika mereka memecahkan pintu depan dan belakang. Dengan itu dalam fikiran, anda boleh membeli kunci untuk pintu anda dari RM24 kepada RM35, bergantung kepada ketebalan pintu. Terbaik jika anda boleh cuba memasang sendiri, tetapi yang terbaik untuk mengupah seseorang yang tahu bagaimana untuk memasang kunci pintu anda. Pastikan bahawa engsel pintu kekal kuat dan kukuh.
 
Walaupun tidak ada jaminan kepada mana-mana usaha ini - kita boleh sentiasa mencuba untuk menjadikan kehidupan dan rumah-rumah lebih selamat. Tidak cuba kita tidak akan tahu kesannya... SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERCUTI.

No comments:

Post a Comment