Friday, July 11, 2014

TUN MAHATHIR DI USIA 89 TAHUN

Manja seorang Perdana Menteri kepada bekas Perdana Menteri

Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-89.

Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran berkenaan dan menyifatkan Dr Mahathir sebagai masih kelihatan muda dan bertenaga.

“89 tahun namun nampak muda, bertenaga kan?
“Selamat hari jadi Tun Dr Mahathir, semoga Allah panjangkan umur,” kata Najib.

Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang paling lama memegang jawatan berkenaan iaitu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.


No comments:

Post a Comment