Friday, June 6, 2014

MENGENALI 10 WANITA PALING BERKUASA DI DUNIA


Berikut adalah pilihan FORBES untuk wanita paling berkuasa di dunia dan pemilihan terdiri daripada pemimpin ahli politik, perniagaan, aktivis dan juga media. Mereka merupakan wanita-wanita yang mampu memberi pengaruh dan kuasa kepada dunia.

Di dalam penyelidikan FORBES, hanya 10% daripada 1,645 senarai mereka yang berpengaruh dan terkaya di dunia adalah wanita. 14 daripada wanita ini adalah penyandang di dalam senarai. 

Bagi tahun 2014, FORBES menilai mereka lebih dari kekayaan yang dimiliki dan melihat faktor yang mampu memberi kesandan pengaruh kepada dunia. Di antara ukuran pilihan FORBES ialah kewangan, pengaruh media, dermawan dan NGO, politik dan teknologi.

#1
ANGELA MERKET, Canselor, German berumur 59 

Ahli politik dan wanita pertama dari bekas German Timur semenjak penyatuan semula, Canselor Merkel juga adalah tulang belakang dan seorang perancang asal 28 anggota Kesatuan Eropah.


#2 
JANET YELLEN, Pengerusi Rizab Persekutuan, Amerika berumur 67

Yellen merupakan wanita pertama menerajui bank negara yang paling berpengaruh di dunia, dengan baki di dalam bank ketika itu sebanyak US 4T.


#3
MELINDA GATES seorang dermawan, Amerika Syarikat yang berumur 49 tahun.

Melinda Gates telah mengukuhkan penguasaan beliau dalam usaha sebagai seorang dermawan dan  dalam komitmen geran sejak beliau mengasaskan Yayasan Bill & Melinda Gates Foundation bersama suaminya semenjak 1998.

#4
DILMA ROUSSEF, Presiden Brazil berumur 66  
Salah seorang presiden yang paling berkuasa di dunia. Rousseff telah berada di tampuk kuasa melebihi tempuh beliau sebagai presiden Brazil. Kedudukan ekonomi Brazil adalah di tahap ketujuh terbesar di dunia dengan KDNK sebanyak hampir US2.4T.
 
#5

CHRISTINE LAGARDE, Pengarah Urusan , International Monetary Fund, Perancis berumur 58 tahun.

Wanita pertama yang menjalankan organisasi kewangan di 188 negara yang telah menghabiskan tiga tahun pertamanya ketika krisis kewangan. Terkini beliau berurusan dengan ketegangan meningkat di Ukraine dan meluluskan pinjaman US17juta untuk negara pada bulan April.
 
#6
HILLARY CLINTON, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat berumur 66 tahun.
 
Buku memoir beliau yang akan datang bertajuk "HARD CHOICES" mengisahkan pengalaman beliau ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara, dilaporkan telah peroleh wang pendahuluan melebihi tujuh angka.
 
#7
MARY BARRA, CEO General Motors Amerika Syarikat berumur 52 tahun.

Sebuah syarikat pelopor otomotif semenjak 33 tahun, Barra telah mengambil tampuk sebagai Pengurus Besar sebelum beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada bulan Januari.
 

#8
MICHELLE OBAMA, Wanita Pertama Amerika Syarikat berumur 50 tahun.

Graduan Harvard dan bekas peguam korporat. Secara aktif mengguna platform sebagai wanita pertama untuk melawan obesiti kanak-kanak dan menggalakkan makan dan gaya hidup sihat. 

#9
SHERYL SANDBERG, Ketua Pegawai Operasi, Facebook, Amerika Syarikat berumur 44 tahun
 
Dengan nilai bersih hanya dengan satu bilion, Sandberg adalah Ketua Pegawai Operasi gergasi media sosial, yang mempunyai nilai pasaran US160B.

#10
VIRGINIA ROMETTY, Ketua Pegawai Eksekutif IBM, Amerika Syarikat berumur 56 tahun.

Apabila IBM mengalami kemerosotan hasil, beliau telah meluluskan bonus tahunan. Inilah telah membantu meningkatkan kepimpinannya sehingga berjaya sebarisan dengan syarikat teknologi yang lain. Rometty telah mula bekerja di IBM ketika berusia 24 tahun pada 1981 sebagai jurutera sistem.

Sebenarnya, FORBES telah menyenaraikan 25 wanita yang paling berkuasa dan berpengaruh di dunia yang boleh dilayari ... DI SINI 

Persoalannya, di manakah kedudukan wanita Malaysia di dalam senarai FORBES?


No comments:

Post a Comment