Wednesday, June 18, 2014

PESONA WANITA MUSLIMAH



Makhluk yang unik, indah dan menawan tidak lain dan tidak bukan ialah kaum wanita, mereka diciptakan dengan penuh keistimewaan dan keasyikkan. Kelembutan, kecantikan dan kebaikan mereka selalu di dambakan oleh kaum lelaki kerana mereka ialah mahluk ciptaan Allah swt yang istimewa.

Islam menetapkan seseorang manusia itu sebagai wanita apabila dia memiliki 2 sifat, iaitu mempunyai sifat fizikal sebagai wanita seperti mempunyai kemaluan wanita, buah dada serta lain-lain yang seumpamanya (hormon dan lain-lain) setelah dilahirkan (secara asal, bukan melalui pembedahan plastik atau pemasangan alat tiruan) dan kerana itu Islam melarang penyerupaan wajah atau perilaku di antara kedua-dua jantina tersebut.

Sabda rasulullah ; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan juga melaknat wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Abu Dawud (4098); and Ahmad 2/325; dan Ibn Hibban (1904); dan lain-lain)
Manakala sifat yang kedua bukti seseorang itu merupakan wanita ialah apabila dia di datangi haid setelah baligh.

Islam tidak memasukkan faktor perasaan dan kehendak hati sebagai pertimbangan untuk menetapkan jantina manusia dan hal ini merupakan penolakkan kepada golongan yang ingin menukar jantina mereka dengan alasan bahawa naluri mereka kononnya tidak bersama dengan jantina yang dimiliki.
Seorang yang memiliki sifat lelaki, sekalipun beliau mendakwa mempunyai naluri dan perasaan kewanitaan tetap tidak boleh menukar jantinanya di sisi Islam kerana perasaan, dorongan hati hanyalah permainan syaitan yang berlegar di ruang minda manusia semenjak kecil dan ramai yang terjebak oleh permainan hati dan perasaan yang dipandu oleh syaitan ini.

Mereka terpedaya, kononnya jiwa mereka terperangkap di dalam jasad yang salah sekaligus telah membuatkan mereka jatuh kufur dan murtad daripada agama apabila mendakwa tuhan tidak berlaku adil, tuhan tersilap di dalam meletakkan jiwa mereka dan tuhan sebenarnya tercuai di dalam pengawasannya terhadap kelahiran mereka apabila dikeluarkan ke muka bumi melalui jasad yang salah.
  
Islam tidak melarang kecantikkan, keindahan dan hiburan, malah agama ini menyuruh umat-Nya supaya bersenang-lenang dan hidup dengan penuh aman damai. Kerana itu di dalam beberapa hadis baginda rasul sendiri ada menyebutkan bahawa baginda sangat sekali menyenangi wanita, bauan harum dan perkara-perkara yang menghiburkan keluarga.
Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Di hiasi di dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita.” (Ali Imran: 14)
Bahkan di dalam AlQuran, Allah swt menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. Bidadari itu ialah wanita yang sempurna sifatnya dan teramat cantik jasadnya serta dipenuhi dengan segala ciri keperluan yang merupakan idaman kaum lelaki.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahman : 70)
Oleh yang demikian, tidak salah jika kita mengatakan bahawa wanita dunia yang mempesonakan itu haruslah sekurang-kurangnya memiliki ciri yang paling hampir dengan si bidadari.

Wanita pesona ialah wanita yang menjadi idaman semua dan merupakan impian setiap gadis dan wanita untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Pesona bermaksud menawan dan menjadi pujaan para lelaki dan mendapat penghormatan daripada kaum sejenisnya sendiri.

No comments:

Post a Comment