Monday, June 9, 2014

NASIB PASUKAN BOLASEPAK WANITA AFGHANISTAN


Dalam sebuah negara di mana kebanyakan wanita kekal rakyat kelas kedua satu kumpulan telah memecah tembok halangan ini dengan membentuk pasukan liga bola sepak wanita Afghanistan.

Sebenarnya sukan ini sangat popular di Afghanistan walaupun kemudahan asas sukar didapati di luar kawasan bandar. Apatah lagi jika ingin melihat kumpulan wanita di padang bola. 


Tetapi baru-baru ini di perlawanan seprauh akhir Liga Perdana Wanita Kabul di Stadium Kebangsaan Bolasepak, jeritan dan sorakan dari suara wanita tidak tenggelam dengan keadaan hujan lebat dan kerusi penonton kelihatan hampir kosong.

Bukan mudah untuk masyarakat Afghanistan walaupun di bandar-bandar menerima permainan bolasepak di kalangan wanita. Namun, masa dan waktu telah merubah dan lebih ramai ibubapa yang telah beri kebenaran kepada anak-anak gadis mereka menyertai pasukan bolasepak.
 
Jawatankuasa Persekutuan bolasepak Afghan telah ditubuhkan hanya pada 2004. Pada awal penubuhannya, ahli jawatankuasa hanya memilih pemain mereka melalui peminat dari sekolah-sekolah tempatan. Agak sukar untuk mencari remaja perempuan dan wanita muda yang sanggup mengambil risiko dan langkah untuk menyertai liga ini.


Apabila jawatankuasa mula dilantik, hanya tujuh pelatih sukan dari sekolah tempatan dari sekitar Kabul. Tetapi pada hari ini, telah ada peningkatan yang menggalakkan dengan 1,000 penyertaan.

Di samping kesukaran penyertaan wanita, Afghanistan juga berhadapan dengan masalah peruntukan. Ini juga dialami oleh Pasukan Kebangsaan Bolasepak yang disertai kaum lelaki. Oleh itu, kerajaan Afghanistan hanya mampu menyediakan padang dan program latihan untuk pemain lelaki sahaja.


No comments:

Post a Comment