Monday, June 9, 2014

AHLI POLITIK INDIA ANGGAP ROGOL TIDAK DISENGAJAKAN


Di India, Ramsevak Paikra Menteri Dalam Negeri di Chhattisgarh, yang bertanggungjawab mengenai undang-undang dan perlembagaan telah memberi komen mengenai kejadian rogol,;

"Kejadian rogol tidak berlaku secara sengaja."

... dan seorang lagi Menteri Dalam Negeri di Madhya Pradesh pula berkata; 

"Kejadian ini adakalanya tidak salah dan adakalanya ia adalah salah"

... seorang pemimpin Parti Samajwadi, Mulayan Singh pula yang menentang hukuman mati ke atas perogol berkata... "Sememangnya budak lelaki akan buat silap."

Semua ini berlaku daripada kemarahan rakyat India apabila perkenalkan hukuman mati ke atas kumpulan perogol setelah beberapa kejadian rogol berkumpulan berlaku di mana gadis yang berumur di antara 12 dan 13 dibunuh selepas diperkosa di utara Uttar Pradesh.



Manakala kumpulan wanita di India menyatakan penentangan ahli-ahli politik tersebut membuktikan mereka tidak menghormati wanita di India dan jahil serta tidak sensitif mengenai kesan isu tersebut.

Lebih memeranjatkan apabila ada di antara ahli-ahli politik India meletakkan kesalahan budaya Barat yang memperkenal seluar ketat dan baju singkat. Dan ada pula yang memberi alasan hormon yang tidak seimbang di kalangan kaum lelaki.

Isu ini bukan sahaja mencetus kemarahan rakyat India terutama kaum wanitanya, tetapi mendapat liputan dan perhatian dunia juga yang menunjukkan India tidak berlaku adil terhadap kaum wanitanya.
 
Seandainya ini berlaku di negara kita, apakah reaksi kita, terumatanya wanita apabila kenyataan tersebut keluar dari mulut menteri di Malaysia?

No comments:

Post a Comment