Thursday, June 19, 2014

"NO WOMAN NO DRIVE" ... VIDEO BANTAH PEMANDU WANITA

 
Pelawak muda Arab, Hisham Fageeh menceritakan di sebalik video yang dihasilkannya sebagai sindirian terhadap politik Arab Saudi terhadap pemandu wanita.

Idea di sebalik video yang telah viral ini bertajuk "No Woman, No Drive," telah mendapat ilham dari bilik mandinya. Sedang beliau menyanyikan lagu Bob Marley kepada dirinya sendiri dan idea mula timbul di dalam kepalanya. 

Beberapa bulan kemudian, apabila di laman Twitter sibuk dengan isu wanita Arab Saudi yang akan menentang pengharaman pemandu wanita dengan demonstrasi, Fageeh dan dua lagi kawannya, pemuzik Arab Fahad Albutairi dan Alaa Wardi, membuat keputusan untuk menghasilkan video yang bertepatan dengan hari protes tersebut.

Akhirnya, kira-kira 60 wanita telah turun untuk menentang dengan memandu kereta di bandaraya Arab Saudi manakala hampir 3 juta di seluruh dunia  (dan masih meningkat) telah menonton video tersebut.

Menurut Fageeh,  tidak terdapat mana-mana di dalam undang-undang yang mengatakan wanita tidak boleh memandu. Tetapi di Arab, mereka tidak boleh mendapatkan lesen dan pada 26 Oktober tahun lalu Kementerian Dalam Negeri Arab telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa undang-undang negara "melarang aktiviti mengganggu ketenteraman awam," di mana ia merupakan tuduhan yang dilemparkan terhadap pemandu wanita pada masa lalu. 

Memandu tanpa lesen di Arab Saudi bakal membawa denda sehingga 900 Riyal. Tetapi ramai daripada wanita yang memandu di hari demonstrasi tersebut memiliki lesen memandu antarabangsa.

Walaupun pegawai-pegawai kerajaan Saudi mengeluarkan amaran keras terhadap sesiapa sahaja yang menyokong pemandu wanita, terdapat tiada tangkapan dilaporkan atau denda.

Bagi Fageeh pula dia tidak takut sedikitpun. Malahan beliau menceritakan beliau telah mendapat sokongan sebagai tindak balas kepada video tersebut, dari semua walaupun dari seorang nenek Arab hingga ke New York hipsters.

 

No comments:

Post a Comment