Friday, May 16, 2014

200 WANITA PROFESIONAL DAN ELIT INDIA SEBAGAI IKON

Bangsa India  merupakan yang ketiga bangsa terbesar di dalam polar rakyat Malaysia. Namun, sering didengari majoriti mereka masih di dalam kategori miskin tegar di antara Melayu dan Cina.

Jika dilihat sejarah Tanah Melayu, pihak British yang bertanggungjawab meletakkan bangsa India di estet-estet getah dan kelapa sawit, bangsa Cina di kawasan-kawasan lombong dan pusat perniagaan serta bangsa Melayu dikelompokkan dalam kalangan pejabat dan penguatkuasa. Maka, di sinilah mulanya bangsa India tersisih dari pembangunan pesat di Malaysia.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menyeru wanita MIC agar keluar dari segala masalah kemiskinan bangsa India dan wanitalah yang mampu menyumbang ke arah ini.

Berikut adalah seruan dan cadangan beliau;



KUALA LUMPUR 12 Mei - Wanita India yang berjaya dalam bidang masing-masing boleh memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh komuniti berkenaan.

Menurut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menerusi pengalaman dan pencapai­an yang luas, golongan berkenaan boleh menjadi mentor terbaik kepada wanita India lain yang berhasrat untuk berjaya dan membangunkan diri mereka.

“Di samping pelbagai inisiatif telah dilakukan, difahamkan komuniti India masih lagi menghadapi masalah sosial dan ekonomi. Jadi, ini merupa­kan masanya bagi wanita India yang telah berjaya untuk berkongsi idea dengan wanita lain menerusi pelaksa­naan pelbagai program untuk memperkasakan lagi komuniti terbabit.
“Malah, dengan menjadi sebagai mentor juga mereka boleh mengajar dan memimpin wanita berkenaan untuk mencapai tujuan hidup dalam kehidupan," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian biro Think-Tank dan minum sepetang bersama Datin Rosmah Mansor anjuran pergerakan Wanita MIC di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie.
Selain itu, jelas Rosmah, biro think-tank menerusi Pergerakan Wanita MIC itu juga mampu bertindak sebagai platform bagi golongan wanita India yang telah berjaya di negara ini untuk menyumbang bakti kepada masyarakat.
Katanya, menerusi kewujudan biro berkenaan, beliau yakin ia akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh wanita berpendapatan sederhana dan rendah serta golongan lain dalam komuniti itu yang memerlukan perhatian.
Dalam pada itu, Mohana berkata, biro tersebut merupakan satu langkah sistematik bagi wanita India yang berjaya untuk berpeluang menyumbang sekaligus membantu masalah yang dihadapi oleh masyarakat India.
“Pada ketika ini, kami sudah menerima keahlian lebih 200 wanita profesional dan elit daripada pelbagai bidang serta latar belakang untuk biro tersebut. Kami akan menyenarai pendek keahlian itu dalam masa terdekat, “katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment