Masyarakat
sedunia masih belum bersikap terbuka terhadap wanita yang ingin
melancong seorang diri. Lebih-lebih lagi apabila tersebar berita seorang
ibu dari Amerika Syarikat, Sarai Sierra, 33, ditemui terbunuh selepas
dirogol ketika melancong di Turki seorang diri pada awal tahun ini.
Namun, bahaya ada di mana-mana. Walaupun di rumah, sebarang kemungkinan yang mengancam nyawa boleh berlaku. Yang penting, seseorang harus tahu menjaga diri, berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Sewaktu saya menyuarakan hasrat kepada keluarga hendak bercuti ke Bandung, Indonesia seorang diri, mereka melarang kerana bimbangkan keselamatan saya. Namun saya bertekad juga untuk menjadikannya kenyataan. Walaupun pada awalnya ibubapa berat hati melepaskan saya pergi, akhirnya mereka bertukar fikiran. Seiring dengan itu, pelbagai nasihat dan peringatan diberikan.
Sebagai solo female traveller, banyak perkara yang perlu diambil kira untuk memastikan percutian anda selamat dan menyeronokkan. Berikut saya senaraikan beberapa tips buat anda yang mungkin terfikir hendak melancong seorang diri.

1. BUAT KAJIAN DAN SELIDIK
Sebelum
membuat keputusan untuk bercuti di sesuatu tempat, adalah lebih baik
jika anda mengkaji tentang kawasan itu termasuk latar belakang
masyarakatnya, bagaimana keadaan kawasan tersebut dan kes-kes yang
pernah berlaku di situ. Dengan mengetahui lebih banyak tentang tempat
itu, anda akan lebih bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.
2. SIMPAN BARANG BERHARGA
Apabila
melancong seorang diri, sebaiknya anda mengamalkan sifat merendah diri
dan tidak menunjukkan anda menjalani kehidupan yang mewah atau senang.
Simpan semua barangan berharga di tempat yang selamat. Lebih baik jangan
dibawa langsung bersama ketika melancong.
3. BELAJAR SENI PERTAHAN DIRI
Malang tidak berbau dan kita tak akan tahu bila bahaya datang menyerang. Memandangkan anda bercuti seorang diri, tiada siapa yang anda boleh harapkan untuk menyelamatkan anda jika berlaku perkara yang tidak diingini. Lebih baik jika anda mempelajari serba sedikit ilmu mempertahankan diri demi keselamatan anda.
4. BERHATI-HATI DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI
Lazimnya, tidak ramai orang yang tidak kita kenali boleh dipercaya. Namun pada masa yang sama, jangalah terlalu menjauhkan diri dari berjumpa kenalan baru. Cuma yang ingin disarankan, berhati-hati. Jangan mudah menerima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk menumpangkan anda ke destinasi yang anda ingin tujui. Jangan mudah menerima minuman atau makanan daripada orang yang tidak dikenali. Yang paling penting dengan sesiapa anda bertemu dan berbual, simpan sedikit rasa ragu terhadap mereka dan jangan begitu mudah mempercayai orang lain.
5. PILIH TEMPAT YANG SELAMAT
Sebelum
memulakan percutian, dicadangkan jika anda menempah bilik penginapan
lebih awal. Selain memudahkan anda bila tiba di destinasi itu nanti,
anda juga dapat mengkaji bagaimana keadaan tempat penginapan itu
menerusi ulasan daripada pelancong lain yang pernah menginap di situ.
Dari sana anda dapat menilai jika tempat itu selamat untuk anda menginap
seorang diri atau tidak. Pastikan anda memilih tempat penginapan yang
terletak di kawasan tumpuan pelancong.
No comments:
Post a Comment