Ibu Melayu Mengelilingi Dunia: Dari Rumah ke London
RM 25.00 / RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789830689586
Tahun terbit: 2012
Jumlah muka surat: 182
ISBN: 9789830689586
Tahun terbit: 2012
Jumlah muka surat: 182
Pengalaman Peribadi Tan Sri (Dr.) Hajah Aishah Ghani,
1955 – 1958
Travelog ini merakamkan catatan peribadi Aishah Ghani semasa mengejar
cinta pertamanya, iaitu melanjutkan pelajaran di London pada tahun
1955. Dari atas kapal Canton sehingga tiba di pelabuhan Tilbury, London,
beliau menulis dengan ringkas, tetapi padat tentang setiap tempat dan
peristiwa yang dilalui semasa belayar dan sepanjang beliau tinggal di
sana sehingga tahun 1958. Dalam setiap tulisannya, ada suara berani dan
bernas yang penuh semangat nasionalisme meskipun jauh di Negara lain.
Bukan itu sahaja, travelog ini mewakili pandangan seorang perempuan
Melayu tahun 50-an yang tajam dan kritis.
Allahyarhama Tan Sri Aishah Ghani ... Al fatihah |
Ketika perjalan yang telah meliputi hampir separuh dari dunia ini, Aishah yang telah menulis buku ini di bawah nama penanya Aishah Aziz, menceritakan kisah lawatannya ke Colombo, Bombay dan Eden iaitu tempat-tempat kapalnya berlabuh. Buku ini membawa pembacanya ke satu penjelajahan untuk membuka mata dalam apa yang disifatkan sebagai politik tempatan, mengulas mengenai isu sosial, adat dan tradisi.
Menarik buku ini adalah percubaan beliau dalam penulisan pelancongan di mana ketika itu tidak ramai yang telah membuat perjalanan, meletakkan ke dalam perspektif pemerhatian bijak beliau agar pembacanya dapat berkongsi pengalaman.
Menariknya tentang penulisan Aishah adalah perasaan nasionlismanya, kerinduan beliau untuk negara yang bebas dan progresif. Beliau mempunyai visi dan cita-cita besar untuk membawa negara beliau dan mereka yang ditinggalkan di tanahair. Pengalaman beliau berkhidmat di London, lawatan beliau ke tempat-tempat seperti Liverpool dan Kirkby adalah amat terkesan dengan renungan dan komen mengenai hal ehwal semasa dan perkembangan sosial pada masa itu. Walaupun beliau sangat bersemangat tentang hak-hak wanita dan ketaksuban British terhadap seni, beliau tetap membidas tentang keruntuhan moral, isu murtad dan hubungan bebas.
Berikut adalah di antara puisi yang terkandung di dalam buku tersebut;
“Tahukah kau, oh, sayang,
Sebelom kau dan aku berkenalan,
Aku telah menchintai sesuatu,
Kuanggap ia sebagai kekasehku pula
Tapi keadaan tak meizinkan kami bertemu,
Kerana kekurangan sharat pada diriku.
........
Sayang:
Izinkan aku pergi menemui kekasihku,
Dan aku akan kembali kepadamu,
Setelah kami puas berchumbu, berchengkerama,
Di-pantai chita-chita.”
Did you know, my darling,
before you and I met,
I have loved before,
one that I consider my lover
but situations did not allow us to meet, because of what I lacked
My love,
allow me to go and meet my lover,
and I will return to you,
after our passionate affair
on the shores of ambition... “
No comments:
Post a Comment