Monday, May 26, 2014

PUSAT 'ONE-STOP' ATASI MASALAH PEMBANTU RUMAH



Apa lebihnya pusat 'one-stop' untuk mengatasi masalah pembantu rumah?

Sering kita dengar pembantu rumah yang tidak cekap, lari dari rumah dan juga sehingga berkomplot merompak majikannya serta pelbagai kerenah yang mereka adakan sehingga isu ini telah menjadi masalah nasional.

Masalah pembantu rumah nampaknya melibatkan ibu-ibu yang bekerja seringkali terbeban dengan kes-kes seperti  pembantu lari dari rumah ataupun agensi-agensi yang menawarkan pembantu rumah yang kurang cekap malahan ada yang tidak berdisplin.

Isu ini telah mendapat perhatian serius Wanita Umno dan mereka telah menggesa kerajaan mengadakan pusat 'one-stop' supaya pihak majikan dapat mengatasi isu pembantu rumah. Majikan pembantu rumah terpaksa memilih dan berpindah dari satu agensi ke satu agensi lain.

Di pusat 'one-stop', masalah seperti kesihatan, passport dan pembantu rumah yang lari akan lebih mudah diatasi dan dikesan sekiranya wakil-wakil kementerian juga terlibat. Rakyat akan mudah berurusan dan tidak tercari-cari kementerian dan agensi manakah yang perlu mereka pergi untuk menyelesaikan masalah pembantu
rumah mereka.

Kita juga perlukan plan B dari sekarang ia merupakan rancangan jangka masa panjang bagi menaik taraf imej tugas sebagai pembantu rumah kepada pengurus rumahtangga. Inilah masanya kita tidak seharusnya bergantung ke atas pembantu rumah asing untuk 10 tahun akan datang.

Tujuan pelan B ini adalah untuk membantu sekiranya isu pengambilan pembantu rumah warga asing tidak dapat diselesaikan, ia adalah alternatif lain bagi memenuhi permintaan khidmat itu.

Di samping itu, cadangan untuk mengadakan latihan kepada rakyat Malaysia sebagai Pengurus Rumah. Ini juga mampu wujudkan peluang rakyat Malaysia cebur diri sebagai usahawan di mana latihan diberikan.

Selama ini kita terlalu bergantung kepada pembantu rumah dari Indonesia, namun terdapat cadangan untuk membawa pembantu rumah Isalam dari Mindanao, Filipina.
 
Seramai 200 pembantu rumah Islam dari Mindanao dengan perbelanjaan maksimum sebanyak RM11,000 setiap seorang.

No comments:

Post a Comment