Friday, May 23, 2014

BAZAAR BAYAHISTA UNTUK REMAJA BERNIAGA


Kepada usahawan muda yang bergiat dalam fesyen muslimah terutama yang berniaga melalui online kin berpeluang untuk mempromosi dan memasarkan dengan lebih luas produk mereka melalui Program Bazaar Bayahista 2014 anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Memandangkan perniagaan online kian mendapat tempat di hati para pengguna, Puteri UMNO merasakan ia mempunyai potensi pasaran yang sangat bagus untuk diterokai oleh generasi muda.

Satu majlis Pra-Pelancaran Bazaar Bayahista di Encorp Strand Mall telah diadakan beberapa hari lalu dengan dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Puan Mas Ermieyati Samsudin.

Ketuanya,  memaklumkan bahawa program anjuran pergerakan tersebut julung kali diadakan sebagai galakan kepada usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan dan bersaing dengan usahawan sedia ada.

Program Bazaar Bayahista 2014 dijadualkan bakal berlangsung pada 7 dan 8 Jun akan datang dan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Golongan muda ini memerlukan sokongan dan bantuan dalam bentuk kemudahan dan kewangan. Oleh itu, Puteri UMNO juga akan berusaha membantu dengan melihat peluang-peluang perniagaan seperti dana daripada kementerian ataupun agensi kerajaan yang berkaitan dan acara ini akan berterusan sebagai program tahunan Biro Ekonomi dan Usahawan Puteri UMNO Malaysia yang akan dibuat dengan lebih kerap dalam setahun.

Program ini akan turut dimeriahkan dengan persembahan fesyen oleh 10 pereka fesyen muslimah yang sedang meningkat naik, pertunjukan fesyen karya pelajar tahun akhir jurusan tekstil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), persembahan daripada artis jemputan, Najwa Latif, bengkel solekan dan pemakaian tudung, bual bicara perniagaan serta pameran produk oleh 70 usahawan dalam talian.

No comments:

Post a Comment