Friday, August 15, 2014

PENIAGA INTERNET DAPAT BANTUAN DARI PUIM


Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) akan membantu usahawan atau peniaga dalam talian seluruh negara untuk membangunkan perniagaan masing-masing melalui pelbagai bantuan berbentuk khidmat nasihat dan geran. Ini perlu dimanfaatkan sewajarnya oleh usahawan seluruh negara.

Seramai 18,866 peniaga dalam talian yang berdaftar dengan PUIM setakat ini berpeluang menikmati bantuan geran sehingga RM100,000.

Beliau berkata PUIM akan bertindak sebagai perantara bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi usahawan dalam talian dan akan cuba membantu menyelesaikannya dalam usaha memasarkan perniagaan mereka.

Geran tersebut adalah hasil kerjasama PUIM dengan beberapa pihak termasuk Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), SME Corporation dan SME Bank.

Usahawan juga berpeluang mendapat geran dan pinjaman terus daripada MARA dan SME Bank bagi menjalankan perniagaan atas talian.

PUIM juga menyediakan Geran ECOMM, E-Payment Gateway serta kedai Online yang bakal dibuka bagi usahawan yang berkelayakan.

Dengan adanya persatuan ini semua usahawan bukan hanya dapat berkongsi pengalaman dalam pertemuan berkala tetapi juga akan mendapat khidmat nasihat fasilitator berkelayakan dari PUIM selain berpeluang mendapat geran untuk mengembangkan perniagaan.
 
Maklumat lanjut boleh di dapati seperti berikut;
 
Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
11-1, Jln Utama Suria Tropika 1
43300 Seri Kembangan
Selangor Malaysia

Emel: salam@puim.my Tel: +6019-300 0805 Faks: +603-8958 0277
 

No comments:

Post a Comment