Thursday, August 14, 2014

#MH370 : 4 AKAUN BERJUMLAN RM100,000 LESAP



Empat akaun bank milik mangsa pesawat penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu dikesan ‘dirompak’ apabila wang simpanan mangsa berjumlah lebih RM100,000 lesap daripada akaun berkenaan.

Difahamkan kehilangan itu disedari pada 18 Julai lalu oleh seorang pengurus bank selepas mendapati berlaku pengeluaran dan pemindahan wang daripada keempat-empat akaun oleh individu tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata siasatan mendapati sejumlah wang daripada akaun tiga mangsa terbabit dipindahkan ke akaun mangsa keempat melalui perbankan online.

SUMBER : HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment