Monday, August 11, 2014

SELEPAS ELLEN... DI MANA ALBERT YAM?




Ellen yang bekerja sebagai guru muzik ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di kawasan Bayan Baru. Ini berikutan daripada laporan satu klip video yang bertajuk “Penang Nude Sports Games 2014”, dimuat naik di laman web perkongsian video Vimeo kira-kira dua bulan lalu. Polis juga sedang menjejaki wanita terbabit dan seorang lagi lelaki iaitu penganjur dari Singapura, Albert Yam


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Mana-mana individu yang didapati bersalah kerana melakukan isyarat bertujuan menghina maruah seseorang, berhadapan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali. 

Sekumpulan kira-kira 20 individu terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel sambil menjalankan aktiviti di Teluk Kampi, Teluk Bahang, Georgetown Jun lalu.

No comments:

Post a Comment