Monday, August 4, 2014

RAJA TEH MAIMUNAH SEBAGAI PROFESIONAL PALING BERBAKAT


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank (HLISB), Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, dipilih sebagai profesional wanita paling berbakat dalam perbankan Islam pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam Asia 2014 di Singapura.
Dikenali sebagai ketua yang bersemangat dan berinspirasi, Raja Teh Maimunah telah melalui banyak cabaran dalam kerjaya beliau yang menjangkau lebih 20 tahun, menumpukan kepada bahagian perbankan Islam dan pelaburan.

HLISB dalam satu kenyataan berkata selain portfolio di HLISB, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Inovasi Digital dan Perbankan Transaksi Hong Leong Bank.

Acara Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam Asia yang diadakan baru-baru ini mengenal pasti dan memberi penghargaan kepada golongan profesional dan organisasi kerana pencapaian cemerlang mereka dalam bidang masing-masing yang menyumbang kepada standard pendedahan korporat yang bertaraf tinggi di Asia.

No comments:

Post a Comment