Friday, August 1, 2014

SKUAD MY TEAM DI GLASGOW BERSAMA-SAMA MENGENANG MANGA MH17



Atlet dan pegawai Malaysia di Sukan Komanwel 2014 memakai lilitan hitam di lengan pada majlis pembukaan temasya tersebut bagi memperingati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Diketuai oleh pembawa bendera Fatehah Mustafa dan chef-de-mission Datuk Ong Poh Eng, barisan atlet  hadapan di dalam pakaian seragam Malaysia Airlines.  

Nahas yang berlaku di Ukraine mengorbankan 298 nyawa, termasuk 44 dari Malaysia. Jurucakap kontinjen Malaysia, Mohd. Fahmi Omar berkata, tiada seorang pun daripada 180 atlet dan 72 pegawai yang berada di Glasgow mempunyai kaitan secara langsung dengan tragedi tersebut.

Bendera Jalur Gemilang turut dikibarkan separuh tiang di Perkampungan Atlet Sukan Komanwel kelmarin.

Presiden Persekutuan Sukan Komanwel, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar memberitahu bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah andai kontinjen mahu memakai lilitan lengan tersebut pada majlis perasmian Sukan Komanwel. 


Alex Salmond, Menteri Pertama Scotland juga telah mengajak penonton di Celtic Park bertafakur untuk memberi penghormatan dan bersama-sama menunjukkan simpati kepada keluarga mangsa yang telah kehilangan di tragedi nahas MH17.



Malaysia juga berbangga apabila Dato Nichole David di antara atlet yang membawa masuk bendera Sukan Komanwel di Glasgow.




No comments:

Post a Comment