Friday, August 15, 2014

TAN HONG MING & UMMI KHAZRIENA ... IKLAN MERDEKA PETRONAS 2009

Masihkah kita ingat Iklan Merdeka 2009 ini?




5 tahun lalu, pelakon kecil Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena telah melakonkan iklan khas untuk Hari Merdeka.

Mesej yang ingin disampaikan sangat mudah... anak-anak kita suci daripada sebarang kekeliruan diskriminasi bangsa. Mereka memilih rakan yang disayangi bukan berdasarkan warna kulit atau pengaruh fahaman politik. Selagi rakan mereka menarik perhatian mereka, itulah yang menjadi pilihan untuk dijadikan rakan.

Kini, Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena sedang melalui alam remaja di Sekolah Menengah.


Apakah Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena masih mampu mengekalkan keharmonian sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama? 

Dengan senario pergolakan politik yang mempertikaikan keistimewaan sesuatu bangsa tidak akan menggugat persahabatan mereka yang telah ditunjukkan 5 tahun yang lalu?

Semoga dengan tema Hari Merdeka tahun ini, iaitu "Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta" ... diharap persahabatan mereka akan tetap segar kerana... di Malaysia, lahirnya cinta mereka!

2 comments: