Sunday, August 31, 2014

#MERDEKA DARI GOOGLE



Hari ini, 31 Ogos 2014 Malaysia meraikan hari kemerdekaannya dan Google Malaysia juga telah mengucapkan dengan "Selamat Hari Merdeka" di Google Doodle. Bunga Raya atau nama saintifiknya rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia.

Gambar di atas akan kelihatan untuk beberapa hari di Google Search.

Bagi meraikan hari merdeka kita, kumpulan artist dari Google Doodles telah merekabentuk susunan kelopak bunga raya yang membentuk perkataan Google. 

Sepanjang hari ini juga, jika dilayari Google Search, gambar berikut akan terpapas di skrin kita.

Sebenarnya, artist yang dimaksudkan adalah Red Hong Yi telah merekabentuk satu lagi susunan dengan kelopak berwarna merah muda yang menyebabkan pihak Google sukar untuk memilih! 


Kedua-duanya sangat menarik tetapi akhirnya yang di atas telah terpilih kerana bagi pendapat Google itulah Malaysia hari ini, penuh dengan warna pelbagai bangsa, budaya dan ugama.

Terima kasih Google dan semoga diteruskan menghargai Malaysia pada setiap 31 Ogos bagi memperingati perjuangan kemerdekaan dari jajahan British.


No comments:

Post a Comment