Tuesday, August 12, 2014

#MH17 : RAKYAT MALAYSIA BERTAFAKUR SELAMA SEMINIT DICADANGKAN



Seluruh negara dicadangkan bertafakur selama seminit apabila jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 tiba di tanah air.
  
Ia adalah antara cara bagi segenap lapisan masyarakat untuk menzahirkan dan berkongsi rasa kesedihan mereka dengan keluarga mangsa tragedi itu.
    
Sekiranya idea ini mendapat sambutan baik, seluruh rakyat Malaysia tidak kira warna kulit, agama, kaya atau miskin dapat memberi penghormatan kepada jenazah yang akan tiba di bumi kita.

Sementara itu, beberapa mayat daripada 12 mangsa berbangsa Cina yang terbabit dalam insiden penerbangan MH17 akan dibakar di Belanda sebelum dibawa balik ke Malaysia.

Hampir 12 keluarga mangsa telah bersetuju dengan cadangan ini namun belum dapat menentukan jumlah sebenar.

Setakat ini, dua rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti hasil bedah siasat di Belanda, yang dijangka siap pada minggu depan dan bila boleh dihantar pulang ke Malaysia, belum diketahui tetapi pihak kerajaan Malaysia akan menyelaras dengan pihak berkuasa Belanda untuk memastikan mereka boleh pulang secepat mungkin.

Kerajaan Malaysia tidak mahu menggesa Netherlands dalam perkara itu bagi menghormati pihak yang melakukan proses pengecaman mangsa nahas itu.

Talian dan hubungan maklumat yang diterima (mengenai MH17) mesti disalurkan melalui sekretariat di bawah Kementerian Pengangkutan.

Laporan media memetik kerajaan Netherlands sebagai berkata bahawa selain dua rakyat Malaysia, 21 mayat lain yang dikenal pasti ialah 16 warga Netherlands, seorang masing-masing dari Britain, Jerman dan Kanada.

Pihak media negara ini diminta supaya berhati-hati mengeluarkan berita mengenai MH17 demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Misi mencari mayat di kawasan nahas MH17 di Donetsk ditangguhkan berikutan pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah.

Dua rakyat Malaysia antara 21 mangsa nahas pesawat MH17 yang dikenal pasti oleh pasukan forensik.
Laporan media memetik kerajaan Belanda sebagai berkata, selain dua rakyat Malaysia, 21 mangsa lain yang dikenal pasti adalah 16 warga Belanda, seorang masing-masing dari Britain, Jerman dan Kanada.
Misi mencari cebisan mayat di tapak nahas di timur Ukraine ditangguhkan berikutan pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/MAS-MH17/MH17_2_Mangsa_Rakyat_Malaysia_Dikenal_Pasti.html#sthash.T7G8FRwd.dpuf

No comments:

Post a Comment